Pra Tonton Tayangan : Gila Baby

Gila Baby

Di dalam blog saya ini masuk kan juga satu kategori niche untuk wayang.  Saya ni jarang tengok wayang, tapi sesekali tu tengok nak ler juga fefeling komen filem tu filem ni dengan rakan pembaca blog saya ni. Hahaha.   Tahun 2014 rasanya sempat dapat tonton 4 filem je. 3 filem tempatan dan satu filem antarabangsa . Filem tempatan Ia Wujud, Gila Baby dan Manisnya Cinta di Cappadoccia. Filem antarabangsa Penguins of Madagascar, tengok cerita ni tak dirancang pun lepas balik dari Baby Shower Orange Berries Cafe singgah mid valley tengok cerita ni. Not bad, tengok ada masa sikit saya cerita tentang movie ni.

Cerita gila baby ni keluar dulu daripada cerita Manisnya Cinta, tapi macam entah la tak berapa nak masuk sangat jalan ceritanya. Tapi kena la juga berterima kasih kepada orang yang memberi tiket ni Danish Rotikaya. Terima kasih ya bro. Lain kali bagi lagi? eh! Pra tonton Kasut Ku Kusut tak ajak pun? hehehe

Pelakon Gila Baby

Sinopsis Gila Baby

Filem aksi komedi ini mengisahkan Bob yang memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut.

Kekuatan yang ada pada cerita gila baby ni pun sebab ada Beto Kusyairy itu yang ramai peminat-peminat perempuan suka tengok.  Bagi saya cerita ini kurang berkenan la nak tonton. Dalam cerita ini Roy kawan si Bob ahli kongsi gelap ala-ala yakuza. Dalam organisasi konon-konon ada gelaran Ayahanda. U know what? Ayahanda tu sinonim dengan apa? Tapi kenapa watak tu bagi kat ca ya nun alif! fuh…

Keseluruhan cerita ni memang ada unsur komedi tu. Tergelak juga saya dibuatnya masa Bob (Beto) culik baby tu kena tahan polis la, kena muntah la, tukar lampin la… Hahahaha

Aksi pun ada, aksi lepas curi kereta dan kena kejar sebab curi kereta terculik baby yang ada dalam tu. Yang masa jumpa Mejar tu, dalam fikiran saya ingat mungkin mencabar ala-ala cerita omputeh. Mejar tu contact kawan-kawan dia yang lain cover Bob dengan Jaja lepas dah tau cerita sebenar Bob yang jadi mangsa keadaan kena kejar gangster, dan pergi serang markas Ayahanda San. Tapi sangkaan saya meleset, babak jumpa Mejar tu cuma satu babak komedi je.

Tapi tak dapat dinafikan la kualiti sinematografi filem tempatan kita semakin baik. BTW Lan Pet-Pet yang berlakon sebagai watak serius pembunuh upahan, tak cukup serius masih ada lagi gila-gila dia.Bagi pandangan saya sendiri filem ini saya bagi 2 bintang je.

(2)

5,058 total views, 2 views today

Setiap Cerita Hantu Ada Kebenarannya.
Fazura dan Shaheizy Sam bercinta di Cappadoccia

2 Replies to “Pra Tonton Tayangan : Gila Baby”

  1. Assalamualaikum.. thanks singgah blog sheila. heee suka tengok beto berlakon. belum ada kesempatan nak tengok cerita ni lagi. touching dengor mek onie feeling sorang tengok movie. hahahhahhaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge