Pizza Jepun

Pengalaman kerja dominos pizza dan pizza master boleh dikatakan setiap hari makan pizza dan badan berbau cheese. Hahaha

Walaupun nama pizza tapi kedua-dua tempat saya kerja dulu berlainan masing-masing ada keunikkan rasa pizza. Paling mencabar kerja pizza master. Cheese kena sagat. Perlukan tenaga yg kuat dan cepat. Orang ramai beratur menggelabah juga lah.

Raku Pizza

Lain pula dengan pizza jepun ni. Lagi unik, rasa memang bukan rasa pizza biasa lah. Pizza di Raku Pizza ni di inspirasi pizza jepun tapi telah diubahsuai mengikut kesesuaian culture Malaysia.

Bagi saya rasa tak lah teruk sangat. Boleh diterima tekak lagi. Sebab saya teringin juga lah nak rasa benda lain daripada lain. Asyik makan benda yang sama pun tak best juga.

Dulu pernah makan dekat restoran Jepun apa nama Shogun. Tempat tu total semua makanan jepun. Kena keletong dengan member kata ada makanan Melayu, Cina & India. Errr! Sabar jelah. Memang macam-macam makanan pelik jepun lah makan. Rugi lah bayar mahal-mahal tak makan kan. Hehehe

Raku Pizza 2

Sos bukan sos tomato tu yang bila ada sos pizza wasabi rasa mcm pernah makan dulu. Orang cakap wasabi ni sambal belancan jepun.  Rasa wasabi ni tak pedas tapi dia berangin kat hujung2 lidah. Siapa pernah rasa tu tau lah. Hahaha

Tapi not bad lah wasabi dalam pizza. Try lah cuba.

Ini bukan Hagus tau ni pizza Arang. Serius ni..
Ini bukan Hagus tau ni pizza Arang. Serius ni..
Ni Bukan Bet Ping Pong ya. Ni menu pizza.!
Ni Bukan Bet Ping Pong ya. Ni menu pizza.!

Bila buka menu, topping ada macam-macam, korang akan jumpa topping yang pelik-pelik. So boleh lah korang nak campur aduk kan semua topping yang ada dalam pizza yang korang nak makan tu. Dah nama pun trademark Raku Pizza ni “Build Your Own Pizza” apa lagi campur aduk je semua yang korang rasa macam menarik nak masukkan dalam pizza.

pizza diy

Apa topping pizza saya letak?

  1. Shreddeded Seaweed
  2. Teriyaki
  3. Soft Shell Crabs
  4. Chicken Ham
  5. Grill Chicken
  6. Mozzarella Cheese (Extra Cheese
  7. Bread type Charcoal

Makan sebijik seorang, kau mampu? hahahaha

Rasa semua topping-topping ok! tapi tak suka roti arang yang macam hangus tu.. heee

Lagi satu roti Raku Pizza ni jenis yang crispy tak ada roti yang tebal tu. Kalau buat roti yang tebal tu mesti sedap. Arang-arang tu tak payah lah. Yang lain semua ok enak dimakan! 😀

Lepas ni nak rasa makan Japanese Style Pizza sila rajin-rajin kan diri ke Subang Jaya ya.

raku pizza restoran

Alamat seperti di bawah.
Jalan SS15/4D, Subang Jaya.
Business Hours: Monday – Sunday 11:00 – 22:00
www.facebook.com/rakupizza
https://instagram.com/rakupizza/

Tapi ada satu benda nak bagitau nih.. Good Luck mencari parking! hehehe. Tempat ni susah sikit nak cari parking. Kena usaha lebih untuk dapatkan parking. Chaiyok2! Demi sekeping pizza jepun.

Oh lupa nak bagitau! pemilik restoran ni kata Raku tu bermaksud sedap. So dalam bahasa Melayu Raku Pizza adalah Pizza Sedap!. Nak tau sedap ke tak sedap ke datang sendiri lah. Tekak orang lain-lain.

Lagi satu, Raku Pizza ni belum dapat tanda halal JAKIM lagi. Katanya dalam proses lagi.

(2)

1,508 total views, 1 views today

Bro Char Kuey Teow Tanjung Malim
Kedai Makan Western dan Barista di Melaka

8 Replies to “Pizza Jepun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge