Pindah Rumah Ke Hostgator dan Genesis Framework

Ya! Aku dah pindah rumah, tapi rumah blog jelah! Aku dah pindah kan blog aku ke Hostgator, menyampah pula aku dengan hosting Syokhost yang asyik Internal Server Error!. Dari dulu lagi nak pindah, padahal blog aku bukan update apa-apa pun, itu yang malas nak pindah hosting. So kali ini baru ada kesempatan nak godek2 blog.

Genesis Framework Theme

Ini lagi satu sebab, cukup pening aku nak buat pemilihan theme yang sesuai dengan jiwa aku, yang terbaru lepas aku try guna theme Hot topix. Ingat kan guna theme Hot Topix boleh la bagi mood aku membara, hampeh juga!  Hangat-hangat taik ayam. 8 March 2014  nanti ada event Sepetang Bersama Blogger, itu yang buat mood aku membara semula. Cepat-cepat aku buat pertukaran Hosting nak update blog yang mana patut dulu. Aku tengok macam best je blog SukaSedap pakai Genesis Framework Theme, kebetulan pula geng-geng blogger buat jemaah pembelian theme ini jadi nya aku sambar la cepat2 tongtong dalam bahasa rock 😀

Apa kena buat lepas Pindah Hosting?

Aku blur-blur juga, apa yang nak kena buat lepas pindah hosting? Aku buat bedah siasat, belek satu-satu. So perkara pertama aku buat adalah set kan permalinks setting post name. Kemudian aku aktifkan semua plugin-plugin yang ada.

Aktifkan plugin-plugin

Selepas blog ini berjaya dipindahkan semua gambar tak keluar, nak tahu apa punca nya? Punca nya setiap link gambar ada angka 11. Mana entah datang angka 11 itu pun  aku tak tahu, terpaksa la aku delete satu-satu.

Setting Gambar

Setakat ini (Semasa entri ini ditulis) 3 benda penting  ini jela aku buat dulu.

  1. Setting Permalinks ke Postname
  2. Aktif kan plugin
  3. Delete angka 11 dalam link gambar yang entah macam mana timbul.

Yang lain-lain setting perlahan-lahan aku belek-belek nanti.

(400)

7,711 total views, 3 views today

CommentLuv Bermasalah
Kelas Latihan WordPress Anjuran DenaiHati Network

7 Comments on "Pindah Rumah Ke Hostgator dan Genesis Framework"

  1. okeh dah ni. cantek dah..
    titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 100My Profile

  2. simple theme dan kemas 😉
    Bahrain recently posted…Pengalaman Temuduga Buat Kali PertamaMy Profile

  3. Terbaik laahh pakai genesis.. Aku tak tukar2 lagi.. Bila entah nak siap edit theme..
    Anarm recently posted…Review Filem : RoboCop (2014)My Profile

  4. Nama domain mmg terbaik, mcm internet marketer malaysia :)..
    Andy recently posted…10 Cara Menghilangkan Kulit BerminyakMy Profile

  5. genesis simple n clean layout dia,sesuai untuk blogger
    Norhayati Suaib recently posted…Daftar Ahli Shaklee Bertambah Di Sebabkan Pemasaran OnlineMy Profile

Leave a Reply to Norhayati Suaib Cancel reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!