Permainan Baru : DSLR Canon 600d

Canon Dslr 600d

 

Hati ini meronta-ronta untuk memiliki sebijik DSLR sendiri… Huargh! Berkira-kira juga, akhirnya dapat juga sebijik Canon 600d. Banyak nak kena belajar lagi ni.  Tapi tak apa, ada sifu-sifu photographer boleh minta tunjuk ajar. Nak tuntut ilmu kena la tebal muka sikit. Macam-macam kena tanya. Harap-harap orang yang aku tanya tak bengang dah la! hehe..

Terima kasih kepada sahabat blogger aku, Mohd Rasul jadi penasihat semasa aku beli camera canon ini. Beliau yang sememang nya power bab2 photo ini. Petang tu aku beli camera ini, malam aku follow geng Voxscape Studio shooting Music Video untuk sebuah kumpulan band baru, lupa pulak nak tanya nama kumpulan band tu. Bukan senang nak buat MV ni, dalam pukul 4 pagi aku gerak balik da, diaorang aku tak tau pukul berapa habis. Shooting dibuat sekitar kawasan Bukit Bintang. Shooting malam tak banyak gambar cun, tambahan pulak newbie macam aku ini. Jadi ini la setepek dua tepek gambar dari aku. heee…

mv voxscape

mv band

 

 

7,281 total views, 1 views today

Lorong Seni Seksyen 2 Shah Alam

4 Replies to “Permainan Baru : DSLR Canon 600d”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge