Penghargaan Buat Blogger – Bloggers Award 2014

Bloggers Award 2014
Bloggers Award 2014

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Tahniah dan Ribuan Terima Kasih kepada blogger dan semua yang hadir menjayakan Bloggers Award 2014. Terutamanya Collaboration Partner Hai BloggerPak John Steamboat . Sebuah majlis penghargaan kepada blogger yang dianjurkan oleh Kelab Komuniti Hai Blogger! di Restoran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo cawangan Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Nampak nya, bakat penulisan kita semua selaku blogger tidak disia-sia kan. Ada pihak yang menghargainya dan melihat bakat yang kita ada. Dengan adanya penghargaan (Award) sebegini sudah tentu memberi tambah nilai kepada seseorang blogger itu untuk menghasilkan penulisan dan karya yang lebih berkualiti dan kreatif di dalam blog.

Blogger Award 2014
Ishak Ismail, eXplorasa – Blogger Icon

Pada majlis Anugerah Blogger (Bloggers Award) ini juga turut mengangkat 2 orang blogger sebagai icon dan inspirasi kepada kita semua. Salah seorang nya blogger yang tidak asing lagi dalam bidang makanan (food blogger) iaitu saudara Ishak Ismail daripada eXplorasa. Blogger Ishak Ismail yang merupakan orang lama di dalam industri blog  dan berpengalaman dalam memberi ulasan makanan yang dirasa. Antara perkongsian beliau menyatakan, blogger kena mantapkan penulisan blog dan banyak kan main keyword makanan kerana keyword tentang makanan banyak yang dicari di google search. Selain itu, beliau berharap syarikat-syarikat pengusaha makanan nampak akan potensi blogger yang akan banyak peranan untuk membuat hebahan (Brand Awareness). Katanya lagi, banyak dapat jemputan sekadar memberi makan sudah cukup, walhal sebagai blogger ini adalah kerjaya buat kita semua. Tidak rugi syarikat-syarikat diluar sana mengeluarkan sedikit bajet membayar blogger untuk promosikan perniagaan mereka dalam masa jangka panjang.

Azfar Geng #Cubatry
Azfar Geng #Cubatry

Daripada bakat menulis kita bawa kepada bakat menghasilkan video. Mereka ini digelarkan sebagai vlogger. Vlogger ini adalah cabang kepada Blogger. Dimana blogger itu boleh kita pecah kan kepada dua. Iaitu blogger yang menulis dan blogger yang membuat video. Saya nampak bakat seorang vlogger, video yang dihasilkan daripada cabaran-cabaran orang ramai. Saya telah menjemput Vlogger Azfar – Youtuber daripada geng #Cubatry. Geng #Cubatry ini ada 2 orang ahli. Tapi seorang rakan beliau tidak dapat hadir. Vlogger Azfar beritahu setiap video yang dirakam adalah merupakan cabaran buat diri nya yang tidak berani berhadapan di hadapan camera. Azfar melalui chanel youtube Azfar82Production telah mempunyai lebih 15 buah video dan mempunyai 6246 subscriber tidak kekok lagi dihadapan video.

Tiba saat-saat yang dijanjikan di mana pemenang dianugerah sebuah trofi Top 3 Food Review dan wang tunai keseluruhan bernilai RM3000. Para pemenang ini dinilai daripada gaya penulisan yang kreatif dan gambar yang dipaparkan semasa Contest “Food Review Pak John Steamboat & BBQ” dijalankan. Masing-masing berdebar hendak tahu siapa agak nya pemenang itu. Saya suka part nak umum pemenang! satu gimik telah dibuat, saya baca bullet point yang telah ditulis dalam blog peserta dan suruh mereka meneka masing-masing. Agak berdebar juga.

Tapi untuk anda baca, tiada debaran ini, debaran ini eksklusif hanya untuk di dalam event Bloggers Award 2014 sahaja.. Hehehe..

Pemenang Ketiga : Mahamahu – www.mahamahu.com

Mahamahu - top 3 food blogger

Pemenang Kedua: Ellie Toh – www.cleffairy.com

Ellie Toh - Top 3 Food Blogger

Pemenang Pertama: Nadia Johari – www.miszrockers.blogspot.com

Nadia Johari - Top 3 Food Review

 

Tahniah kepada top 3 winner! Semoga dengan penganugerahan ini, dapat lagi tingkatkan lagi kualiti kita sebagai blogger dan lebih serius mulai sekarang. Tiba-tiba…. Ada lagi seorang pemenang “Special Winner” dipilih dan menjadi milik Anwar Abdullah – Kaio.my.  Dan  jangan terkejut. Semua orang menang dah tiada siapa kalah, setiap seorang mendapat sijil Penghargaan daripada Hai Blogger! & Pak John Steamboat & BBQ. Dan setiap seorang mendapat sekotak bekalan steamboat. Satu-satu nya event yang dapat doorgift paling besar.. huhu

Kaio

 

doorgift

Saya rasa event ini tentu sunyi jika tiada persembahan akustik. Persembahan akustik dibawa khas daripada kumpulan Voxscape Malaysia, Azhar Mustapa dan Razak A’ai. Sambil layan steamboat sambil dengar persembahan akustik mereka. Tak sangka pula dapat sambutan meriah dan gamit. Siap ada permintaan minta Razak A’ai nyanyikan lagu All of me – John Lagend.

Azhar Mustapa
Azhar Mustapa
Razak
Razak A’ai

Jemputan Khas – Vlogger Shazreen Fazlynda turut bersama di dalam majlis ini. Tidak lama lagi Shazreen Fazlynda akan keluarkan short filem dibawah arahan nya bertajuk “Garam”.

Lyn

 

Terima kasih kepada semua pihak terlibat. Exbuzz Media, Voxscape & eXplorasa. Harapan saya, akan datang ramai blogger yang akan tercalon di dalam Bloggers Award.

Gambar Oleh Exbuzz Media – Mohd Rasul

Lagi banyak gambar lihat di facebook Hai Blogger!

Official Video Blogger Award – Hai Blogger! oleh Kaio Studio

10,461 total views, 1 views today

Penajaan IhyaFest Untuk Anak-Anak Yatim
Bloggers Award 2014

18 Replies to “Penghargaan Buat Blogger – Bloggers Award 2014”

  1. mcm best je steamboat ni..tapi dlu saya penah pegi restrn ni, tapi bila tanya ada halal cert tak, they mention its still in progress. da confirm ada halal ye? publishla skali halal dr restorn steamboat ni, so that lagi ramai org kita yg akan confident nak dtg makan kat situ.^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge