Pengangkutan Awam ke Jalan Ipoh dari Pudu Sentral

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Blog ini ada keyword baru masuk “pengangkutan awam ke jalan ipoh dari pudu sentral”. Ada orang tengah cari public transport dari Pudu Sentral ke Jalan Ipoh rupanya. Memandangkan Jalan Ipoh ni kawasan aku tinggal, meh sini abang nak tolong tunjuk apa yang boleh korang naik dekat Pudu Sentral ke Jalan Ipoh.

BHN5810_M100

Senang je tak payah pening-pening kepala, lepas korang keluar je dari Pudu Sentral naik LRT Plaza Rakyat turun stesen samada PWTC atau Titiwangsa. Jalan kaki keluar ke Klinik Reddy melintas dan ambil bas seberang jalan. Bas yang boleh naik Metrobus nombor 43, 26, 100 SJ Bus 43, Bas Rapid KL nombor U8, U13, U3, U6, U224 Ada lagi rasanya beberapa nombor yang aku terlepas pandang. So korang kena berani-beranikan diri bertanya ya. Jangan malu-malu, malu bertanya sesat jalan. 😀

Kalau dari PWTC korang menghala ke kondo Bistari belah kiri korang nampak sungai/longkang besar terus je jalan sampai nampak jalan raya. Pandang sebelah kiri ada bustop, tunggu bas dekat situ diam-diam. Hehehehe…

WQA6897_U8

Tambang pula Metrobus RM1 je. Bas Rapid KL kau tanya harga dulu, biasa aku bayar Rm1 je. Tapi bila tanya mesti driver bus minta RM2. hehehe

Semoga korang selamat sampai tempat yang nak dituju ya. Good Luck!

(0)

1,536 total views, 1 views today

Instagram Update Baru Rugi Tak Cuba!
Mini UTC Sentul Tiada SSM!

One Reply to “Pengangkutan Awam ke Jalan Ipoh dari Pudu Sentral”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge