Pengalaman pertama kali jadi Dj Radio eWana fm

Entry yang lepas ada aku kongsikan How To Be a Deejay jika berminat boleh baca disana. Dan buat pertama kali nya pengalaman aku menjadi seorang Deejay celup untuk segmen Hai Blogger! di eWana.fm. Pergh! Macam-macam perasaan timbul, takut, gugup, gagap semua ada. Mana tak nya, dah aku kena cakap seorang dalam konti eWana.fm tak pernah buat sebelum ini. Aku bukan nya jadi macam jemputan ke apa yang tanya-tanya soalan tak apa lagi, ini kena cakap sendirik! ok. hahaha

Memang betul la! bukan calang-calang orang boleh jadi Deejay Radio. Kena betul-betul cepat tangkap idea yang kreatif-kreatif untuk apa yang nak cakap selepas tu. Tabik spring la pada deejay2 radio Malaysia! Lagi2  Dj Elly Raja Lawak dalam segmen Kalut Pagi – eWana.fm pagi-pagi lagi ada je cerita-cerita yang nak dikalutnya! hahaha 😀  Tapi apa-apa pun aku dah mencuba memang puas hati! walaupun aku gelak terbahak2 dengar balik suara aku. hahaha

Ok sebelum itu untuk yang belum kenal Ewana.fm, meh sini aku perkenal kan dulu Ewana.fm adalah sebuah Radio IP yang boleh dikata seluruh negara boleh mendengar, terutamanya di Malaysia, Indonesia, Singapore dan kawasan-kawasan Nusantara. Pergh! Best2 Shila Amzah di China pun dapat dengar radio eWana.fm. Bukan susah pun, kau orang taip aje lah dekat browser internet memasing www.ewana.fm

Ewana fm – More Than Just Radio | Betul eWana fm bukan hanya sekadar radio, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik ada di radio IP itu, dan lagi best nya radio eWana ini ada menyediakan segmen-segmen khas untuk blogger. Untuk malam ini ada segmen Carta Blogger 30 jam 10 malam bersama Lia Omey dan Dj Azz Azlie. Lia omey  seorang blogger yang sangat aktif, kalau tengok fb Lia Omey ini baru balik dari berjalan di Sabah. Best betul…

Dan yang  terbaru segmen Hai Blogger! yang dilancarkan semalam, bersama www.halimbrothers.com. Siapa lagi aku la tuu.. haha 😀 . Ok macam ini, dalam segmen Hai Blogger! blogger akan jadi Dj dan bercerita semula apa yang menarik tentang blog sendiri. Maksud nya blog kau orang tulis pasal travel, bola ke, lifestyle nanti cerita la balik apa kau orang tulis tu dalam konti. Ini la peluang kau orang nak rasa pengalaman jadi Dj Radio kan?… Sambil2 itu boleh la promot blog memasing tak gitu? Untuk masuk ke Konti eWana fm dan sambil-sambil itu boleh la promot blog adalah 100% PERCUMA jika ada blogger-blogger yang berminat untuk join segmen ini jangan malu-malu pm aku di facebook – Halim Brothers atau email kan ” Segmen Hai Blogger ” bersama detail anda ke wansalam@ewana.fm

Segmen Hai Blogger! ini setiap hari Isnin jam 8 malam – 9 malam, 1 jam sahaja.. Setiap minggu akan bertukar-tukar blogger yang lain. Untuk segmen ini diperlukan 50 orang blogger sahaja.  Sedikit sebanyak dengan ada nya segmen Hai Blogger! aku yakin industri blogging di Malaysia akan terus meningkat, maju dan lebih kreatif. Jika berminat, let me know. Jangan malu-malu dan sogan2 konon.

Buat yang belum tahu kebenda nya Hai Blogger ni?

Nah baca sendiri dekat sini Hai Blogger! Chatting Apps

(996)

8,210 total views, 1 views today

Segmen Hai Blogger! di eWana.fm
HaiBlogger! Chatting Apps Blogger Satu Langkah Ke Depan

5 Replies to “Pengalaman pertama kali jadi Dj Radio eWana fm”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge