Pengalaman Pertama Kali Borong GM Klang

Post Pengalaman aku pergi GM Klang ini aku tulis masa di blogspot dulu , selepas tukar blog wordpress setiap hari ada carian Google aku check Site Stats.So apa salah nya aku share story pengalaman aku pergi GM Klang dulu … 🙂

 Sekian lama aku merancang nak pergi ke GM Klang akhir nya sampai jugak aku ke sana petang tadi. Aku pergi ke GM Klang sebab dah ada customer order barang tu yg nak kena cepat , Esok dah kena siap-2 bungkus untuk di Pos laju kan . So aku bertolak ke sana dengan menaiki Kemudahan Awam KTM yg sangat-2 letih nak menunggu untuk sampai ke destinasi nya. Bertolak jam 11 pagi Nak tahu sampai pukul berapa ? Pukul 3pm baru sampai KLANG.

KTM Klang
KTM Klang

  Akhir nya Sampai pun , Lebih kurang 3 jam di dalam KTM. Sesudah je keluar daripada KTM aku nampak 3 jalan. *blur-2 aku dibuat nya nak pilih jalan yang mana satu ni nak naik bas. Sebelum nak datang sini aku  research dah dulu kat google. Cuma apa yg dibaca tak sama apa yg ada berada di depan mata. So mulalah aku melilau-2 cari jalan. Mula nya ingat nak ambil jalan terus , tapi nampak mcm jauh la pulak. Maka nya aku try ambil jalan Kiri … Bila lihat sekeliling tak ada tanda-2 pun di situ ada perhentian Bas. Jadi nya aku pun ikut jalan Kanan sbb kat situ ada bas lalu lalang. Melilau-lilau aku cari jalan untuk dapat kan bas. Sampai lah aku dekat Masjid India Klang ni. 

Masjid India Klang kalau tak silap
Masjid India Klang kalau tak silap

 Nak tanya orang terasa berat lah pulak mulut. Akibat cuaca panas dan badan pun mula keluar kan peluh-2 sihat nak tak nak aku kena tanya orang dekat mana bas nak pergi ke GM Klang. Aku ada akal , buat-2 beli air kat kedai runcit (kebetulan masa tu aku pun dah dahaga sangat) pastu tanya akak tu. Hehehe. Nah ni Perbualan kitaorang :

Aku : Akak kat mana ada bas nak g GM Klang … 

Akak : Yg kat depan tu kat depan mydin

Aku : Ohh yg ada signboard tu ke 

Akak : aah ( mcm *blur-2 bila aku cakap yg ada signboard tu , entah betul ke tidak )

Aku : Ok kak terima kasih

Aku pun mula operasi mencari jalan ke Mydin. Dah sudah mana pulak jalan nak pergi mydin ni. Sesudah nya aku tanya uncle kedai india. ” Bos kat mana mau ambil bas pergi GM Klang “. Uncle tu bgtau  ” jalan terus dekat situ ada mydin , kat tepi-2 tu lah ada bas berenti ” ohh.. Aku pun terus kan perjalan mengikut cakap uncle tadi. Akhir nya Betul pun. Aku tahan bas City Liner tanya ada lalu GM Klang tak. Pemandu bas tu kata ada , tiket nya RM1 je …

GM Klang i comingggggggg. ,,,, akhir nya sampai jugakk

GM Klang
Ini Lah GM Klang

 Jauh jugak nak berjalan daripada tempat bas Berenti tadi rasa mcm jalan kat padang jarak padang Terkukur je … Sebab kat bahagian luar ada shop lot yg belum di bukak lagi aku tengok  … Masuk-2 je pintu , aku kehairanan hmm kenapa banyak kedai tak bukak lagi ke aku datang awal …  Aku jalan ke depan sikit ada lagi pintu , kat dalam situ rupa nya .. Yg pintu mula-2 masuk tadi kat situ shop lot belum di bukak lagi … Aku datang sana dah tahu nak cari apa tingkat berapa tanpa buang masa aku terus masuk kedai , order dan bayar .. Action macam dah lama je aku berurusan dengan tauke tu … hahaha

Kat dalam macam-2 ada malas pulak aku nak tangkap gambar  , aku ambil gambar yg penting-2 je ( lain la kalau orang perempuan mesti banyak gambar kalau datang sini , betul tak ? hehe )

 Dah dapat barang apa nak kena seberang jalan pulak ambil bas untuk balik … Bas tu Banting – KL … Sbb kan duit dah habis borong barang tadi dan malas nak cari atm yg baki-2 tu ngam-2 buat tambang bas dan tambang KTM … Berat mulut ni nak tanya tambang terus ke KL .. Sampai je kat tempat yg masa datang tadi ambil bas , aku jalan sikit ke depan … Ohh akhir nya aku dah paham dahh … Rugi betul aku tak ambil jalan TERUS sesudah keluar daripada KTM … Sbb itu lah JALAN yg Benar lagi MEMBENAR kan .. ( cakap ala-2 style Papa Zola )

 Aku kena jalan terus je selepas keluar KTM sampai ke Pejabat Pos

Pejabat Pos Klang
Pejabat Pos Klang

 So ni lah barang nya aku borong … Tak kan nak bagitau barang apa pulak kan .. Kang bagitau barang apa korang tanya harga pulak , spoil lah harga market … hehehe..

Baca : Jom Kita ke Festival Ramadan Klang

HBDC GM Klang 5

 Ok habis cerita aku PERGI GM Klang … Ni masa nak balik tengok jam aduhhhh dah pukul 4pm ni dah lambat ni aku kena pergi kerja habis lahhh aku … Aku tenang kan hati masuk je dalam KTM aku dengar lagu guna earphone dan lelap kan mata … Sedar-2 je dah hujan lebat kat luar … Lagi lah KTM tergendala sekejap .. Menjawab aku … Aku dapat sms daripada bos aku “7pm sampai sini” mana tak nya tadi bertolak balik pukul 4pm sampai nya pukul 6pm jenuh aku maki KTM dalam hati ( paham-2 jelah kan kalau korang tertekan macam ni ) … Aku pun get ready siap-2 nak p Kerja .. Bos aku sms “cancel” .. Tak pergi kerja lah jawab nya aku dan CONFIRM esok dapat surat Warning yg Ketiga … hahhaa

Ok itu je aku nak share story aku yg sangat meletih kan harini 13,3,2013 (Kalau korang nak pergi sana bagitau je aku boleh pergi sama-2 nanti hehe)

Penat Bercerita,
Halim Brothers

16,897 total views, 4 views today

Incoming search terms:

  • gm klang online
  • gm klang belanja
  • pengangkutan awam ke gm klang
  • terminal bas klang sentral ke gm klang
Visit Malaysia 2014 : Melaka Bandar Teknologi Hijau

6 Replies to “Pengalaman Pertama Kali Borong GM Klang”

  1. masa cuti pnjg last year ada pegi GM klng ni..tahu x klau pegi kat supermarket/kedai2 lain harga cardigan rm 45 ++ kat GM klang tu RM 10 je..walhal material sama ja..seriously kalau ada pluang nak pegi lagi 🙂

  2. salam kak , kalo dari ktm klang nak ke gm klang kiranya terus ke pejabat pos tu ade bas lah ye berenti dipejabat pos tu untuk ke gm klang ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge