Pembukaan Butik Asyikin Exclusive Setapak Central

asyikin exclusive setapak mall

asyikin exclusive setapak mall

Antara butik terkenal di Melaka adalah Asyikin Exclusive. Ada 2 cawagan Asyikin Exclusive dekat Melaka. Satu di Mahkota Parade dan satu lagi di MITC, Melaka. Orang perempuan nak beli tudung ke, baju, apa-apa pakaian perempuan la ini dua tempat untuk dorang shopping. Brand Asyikin Exclusive ini saya mula kenal sejak tahun lepas, saya cover cerita travelog pemilik Asyikin Rahmat dan suaminya. Korang baca dekat sini Travelog Cinta Tang Guo Hua Sebuah Jurnal Asyikin Exclusive.

Saya sebenarnya agak-agak tertanya macam mana orang bisnes pakaian ini ye? Begitu banyak stock, warna, design, ujuran dan bermacam-maca lagi. Panggilan mesra saya panggil Kak Syikin je. Rupanya Kak Syikin ini bukan setakat jual baju, jubah, tudung semata-semata, lebih daripada tu iaitu bisnes tekstil, bisnes kain. Amik kau! Kilang direct daripada China daripada kain tu macam-macam dah boleh buat.

Kak Syikin pun ada satu lagi kedai, kedai ini fokus pada tekstil dan tudung. Memang khas orang datang tempah untuk buat bisnes tudung tak pun tudung yang dah siap. Kedai ini nama Baba Nyonya Shop. Nama je Baba Nyonya Shop bukan kedai makan tau. hahaha.

Disebabkan dekat kedai nya di Jalan TAR, rajin juga la datang kesana borak-borak pasal tudung, rancangnya dulu nak buat bisnes tudung, end up awal-awal lagi dah surrender tak kena dengan jiwa beb. Bab warna je saya dah mula pening kepala. hahaha

Awal bulan Januari tahun 2018, Asyikin Exclusive buka lagi satu cawangan butik di Setapak Central, KL. Sempat saya datang menjenguk soft opening butik AE dekat Setapak Central. Fuh! memang exclusive rekaan butik, simple & elegan. Senang je nak cari tingkat bawah sebelah coffee bean berhadapan dengan H&M.

Paling best tahun ini semua koleksi-koleksi artis Puteri Sarah Liyana, Shila Amzah, dan Sherry Al Hadad.

Saya nak cerita pasal fashion perempuan ni tak tahu sangat, apa kata korang datang sendiri nak cari shawl, tudung, jubah, palazo, baju plus size, dan banyak lagi pakaian-pakaia,  seluar denim pun ada tau.

butik asyikin exclusive setapak central

Saya rasa, tak bagi alamat penuh gerenti la senang untuk korang jumpa. Butik Asyikin Exclusive ini dekat Setapak Central Mall tingkat bawah, masuk je pintu masuk jalan ke kiri cari coffee bean, kalau dah jumpa coffee bean tu jumpa la tu butik Asyikin Exclusive. Sebelah tu ja.

Tahniah! Asyikin Exclusive atas pembukaan butik baru di Setapak Central Mall

(100)

493 total views, 1 views today

Shopping Raya Last Minutes Atas Lori Trak Fashion On Wheel
Naik Bas Dari KL Ke Johor

Be the first to comment on "Pembukaan Butik Asyikin Exclusive Setapak Central"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!