Pembelian Kedua Lazada

Pembelian pertama aku di Lazada sempena 2nd Anniversary Lazada, memuaskan. So untuk pembelian kedua setelah ditapis-tapis terdapat 6 item menjadi pilihan. Dua darinya aksesori tambahan camera EasyShare yang aku beli di Lazada bulan lepas.

Selepas proses check out, satu email Lazada –  COD Order Confirmation akan dihantar kepada pelanggan.

Lazada - COD Order Confirmation

Lazada – COD Order Confirmation

 

Item pertama yang aku hitamkan adalah item rahsia aku, hehehe 😀 . Kingston Class 4 MicroSDHC Card 8gb, dan Keep Rechargeable Quick charge adalah aksesori tambahan untuk kamera Kodak EasyShare ku 🙂 . Vztec Multimedia Speaker dan Multimedia Headset untuk kegunaan pc.

Aik dah kenapa tertiba sesat Sleeping Bag pula tu?? Huhu. Sleeping bag itu bakal digunakan berkampung di Kuala Selangor sempena Simposium Perniagaan Maya selama 4 hari, jom siapa nak follow? Beritahu awal-awal. Pm aku di facebook. Cuba kau orang kira berapa semua total? RM128.90? Sepatutnya semua sekali RM158.90, tapi dapat lagi kupon diskaun Lazada RM30 hehehe.

Ok2 dah melalut jauh dah ni, apa-apa pun kita tunggu barang sampai dulu. Harap sampai awal la. Barang yang paling penting Sleeping Bag tu nak guna untuk tidur nanti..

Aiyo! Sudah pukul berapa ini? Esok ada latihan untuk segmen Blogger Berbicara anjuran Ewana.Fm.

Aku nak cari bahan sikit apa yang menarik dalam blog aku ini untuk diceritakan dalam blogger berbicara nanti. Apa dia eh????

(629)

7,437 total views, 1 views today

Barang pembelian Kedua Lazada sudah sampai
Camera Kodak EasyShare C195 sudah sampai

2 Comments on "Pembelian Kedua Lazada"

  1. Rajin bro membeli belah dekat laman web Lazada….. Tentu puas hati, sebab dapat membeli belah secara online pada harga yang murah…
    Anuar recently posted…Hobi Terbaru Isteri saya, Cantik tak? (Bahagian 45)My Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!