Pelancaran Album Baru Opick ” Sahabat Sejati”

Pertama sekali tahniah buat Opick untuk Album baru Sahabat Sejati yang dilancarkan baru-baru ini. Pada minggu lepas 19 June, aku berkesempatan ke sidang media pelancaran album baru pak opick yang berjudul “Sahabat Sejati” di restoran Hadramawt, The Curve Mutiara Damansara.

Pelancaran Album Baru Opick Sahabat Sejati
Pelancaran Album Baru Opick Sahabat Sejati

OPICK – Sahabat Sejati

Kelunakan suara, penghayatan dalam menyampaikan bait-bait lirik lagu merupakan kekuatan yang dimiliki oleh penyanyi yang dikenali Opick, disamping melodi indah yang pasti membuai perasaan pendengar. Setelah kejayaan yang dikecapi melalui album kesembilan beliau sebelum ini, perjalanan seni beliau diteruskan dengan album kesepuluh beliau Sahabat Sejati.

Ada yang istimewa di dalam karya yang menampilkan 10 buah lagu ini, Opick menampilkan anak perempuan beliau bernama Ghaniya untuk berduet bersama beliau. Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ternyata Ghaniyah memiliki bakat seperti ayah beliau. Buktinya, paduan suara mereka boleh didengar melalui lagu yang juga single Opick bertajuk “Sahabat Sejati”.

Album Sahabat Sejati ini mempertaruhkan lagu-lagu hits seperti Sahabat Sejati, Maha Pemurah, Tuhan Beri Kami Cinta, Sentuh Aku, Kembalilah dan banyak lagi.

Opick- Sahabat Sejati terbitan Tombo Ati Production ini diedarkan oleh Inteam Records dengan kerjasama Sony Music Malaysia dan telah berada di pasaran seluruh Malaysia. Juga boleh didapati secara atas talian www.inteammobile.com dengan harga RM25.90.

Terima kasih juga buat Restoran Hadramawt kerana telah menyediakan makan-makanan yang enak dan sedap-sedap belaka seperti nasi arab dan masakan kambing mereka terbaik!!!

Nasi Arab Kambing
Nasi Arab Kambing

(1329)

9,168 total views, 1 views today

Syukur Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWana fm bersama Pak John Steamboat BBQ dan Blogger!
Eh-Eh Bazar Sookatidozzz...

6 Replies to “Pelancaran Album Baru Opick ” Sahabat Sejati””

Leave a Reply to gamal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge