Papero Shah Alam Citarasa Timur Tengah

Menjadi adat dan kebiasaan orang Arab minum air selepas selesai makan. Ini kerana budaya orang Arab adalah makan dalam kuantiti yang banyak. Jika anda pernah tengok makanan-makanan arab seperti Nasi Mandy Kambing, Kabsah Rice, Nasi Beriani dan lain-lain. Kita sendiri tengok pun takut banyak gila.. walhal pada kita makan sikit pun dah boleh rasa kenyang.

Sepanjang bulan ramadan ini aku dah cuba macam-macam makanan masakan melayu dan western tapi untuk kali ini aku nak bawa korang makan makanan Timur Tengah pula, amacam? Jom kita ke Seksyen 13 Shah Alam, macam yang korang tahu memang terkenal dengan kedai-kedai makan. Dekat Kondo Acappella deret bawah kan banyak kedai makan kan? Ada satu restoran baru buka nama Papero. Korang perasan tak kedai ni? yang warna Oren menyala tu.. Dari jauh lagi dah nampak daa. Baru je buka 15 Mei bulan lepas.

Baca : Munif Hijjaz dan Papero Bergabung Meletop

Latar belakang dan Konsep Restoran Papero

Restoran Papero menghidangkan makananan ala-ala Timur Tengah  & Makanan Itali. Apa yang aku tengok Papero ini lain daripada restoran makanan arab yang lain. Makanan yang terdapat di Restoran Papero fokus kepada Pizza / Sandwish / Shawarma dan berkonsepkan fast food (segar). Dihidangkan dalam pinggan berbanding yang lain dihidangkan dalam talam atau buffet tapi portion masih banyak.

Restoran Papero telah mengorak langkah pertama pada tahun 2013 di cawangan pertama yang terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Owner Papero
Pemilik Papero Hujung Sudut Tuan Sheik Ahmad Fakhruddin
Saya diberitahu makanan di Restoran Papero adalah 100% halal pemiliknya Tuan Sheik Ahmad Fakhruddin bersama 2 orang partner lagi. 2 orang Melayu dan 1 orang  Arab Syria yang beragama Islam mengusaha melahirkan restoran masakan segera bercitarasa Timur Tengah.

Waktu berbuka puasa dah nak masuk jom kita order makanan dulu.

Abam Sohoque Order Apa tuu?
Abam Sohoque Order Apa tuu?

Ini lah menu-menu yang kami makan.

Roti Berbuka Puasa. Eh! Roti Fatayer lah!
Roti Berbuka Puasa. Eh! Roti Fatayer lah!

Roti Fatayer ada pelbagai jenis yang kami makan bentuk seakan-akan karipap gedang ni roti fatayer kosong, sedap dicicah bersama sup.

Havana-Pizza-Restoran-Papero-Shah-alam
Havana Pizza

Terdapat pelbagai lagi jenis pizza yang boleh anda pesan seperti Tandoori Pizza, Papero Pizza, Toshka Pizza dan Hawaii Pizza.

Shawarma Chicken Kebab
Shawarma Chicken Kebab

Shawarma Kebab Gulung. Mahu isi daging atau ayam?

Grill Chicken
Grill Chicken

Aku order yang ni tapi dah ada orang cilok makanan aku haritu.. T_T

Mexican Rice Chicken
Mexican Rice Chicken
Pizza Rice
Pizza Rice

Pertama kali jumpa pizza nasi nih… Dalam pizza ada nasi dicicah bersama sambal memang kombinasi terbaik…. Nasi pula beras panjang-panjang. Makan sikit pun dah kenyang. Ada lagi banyak makanan best-best. Makan yang ni pun dah cukup. Nah! tengok menu ni. Harga pun berpatutan tak mahal sangat.

menu papero 1

menu papero 2

Menu Ramadan Papero
Menu Ramadan Papero

Cepat-cepat datang berbuka puasa di Restoran Papero pelbagai menu yang menarik dan sedap. Lambat nanti melepas, hari raya diorang cuti  5 hari da. Rugi kang mengidam pula meleleh air liur. Hihihi

Delivery Papero

Jangan buat leceh ar! Nak delivery pun boleh, penghantaran Delivery samada di Sri Petaling atau di Shah Alam.

Tempat Duduk Selesa, Sesuai untuk Semua Peringkat Remaja, Keluarga
Tempat Duduk Selesa, Sesuai untuk Semua Peringkat Remaja, Keluarga

Papero

Perkhidmatan untuk sebarang majlis keraian seperti :
Hari Jadi / Majlis Ifthar Ramadhan / Open House / Kenduri / Conference dan lain lain di Restoran Papero sila hubungi.
Sheik Ahmad Fakhruddin
Hp No : 0133530320
Email : s.a.fakhruddin@gmail.com /orientdam@gmail.com
Facebook : PaperoAlamat :
Restoran Papero
Kondo Acappella, Seksyen 13,
Shah Alam
(berdepan restoran tupai tupai)Waktu Operasi Bulan Ramadan
Restoran Papero Shah Alam
5.30pm – 12.00am
Selepas raya :
4.00pm – 12.00am

(10)

3,220 total views, 1 views today

Berbuka Puasa Bersama Projek Travel
Buffet Ramadhan 2015

2 Replies to “Papero Shah Alam Citarasa Timur Tengah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge