Panas Terik Layan Cendol Memang Best

Tak dapat dinafikan cuaca panas di Malaysia sekarang memang bahang dia lain macam. Askar dan polis pun tumbang dalam perbarisan dan perarakan diaorang. Penyebab cuaca panas kebelakangan ini dikatakan disebabkan El Nino cuaca panas kering. Nak tau lebih lanjut apakah El Nino ini boleh baca di Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Apa-apa pun nak bagitau cuaca-cuaca panas macam ini banyak-banyak minum air untuk elakkan daripada terkena strok haba. Bahaya woo strok haba ini, jangan pandang ringan boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Berbotol-botol air kosong habis minum dekat rumah ni. Rasa payau dah tekak. Nak juga lah rasa manis-manis sikit. Fikir punya fikir nak berjalan jauh pun macam maleh je. Aku terlupa yang dekat rumah aku ni ada mall yang dekat. Nak tahu apa nama mall tu? Brem Mall, Kepong!!!! Punya la dekat jalan kaki ajo. hahaha

Berjalan kaki berpeluh juga lah… Sampai-sampai je terus rasa bernasib baik diri nya…. Nampak ada satu kedai cendol dalam Brem Mall tu baru bukak. Memang layan juga makan cendol petang-petang yang panas macam ni. Ya Tuhan, bersyukur sangat petang-petang hangat macam ni cendol dapat mengalir dalam tekak.. Fuh!

uncle cendol kl

  • Cendol Pulut
  • Cendol Nata De Coco
  • Cendol Attap Seed
  • ABC Ice cream

Bukan takat cendol dan rojak je ada menu-menu lain pun best juga memang ngam layan dengan cendol dan ABC.

Uncle Cendol Rojak Buah

kuey tiow

burger uncle cendol

Paratta Mutton Buritto's

Keseluruhan memang puas hati lah “mentedarah” dekat sini. hahaha

Makan cendol, ABC, rojak, western, chinese fusion, makanan mamak apa semua ada dalam satu cafe je..

Tengok kami makan penuh satu meja. Huu… Yang penting habis ok! Tak baik membazir.

makan di uncle cendol kepong

Korang mesti tertanya-tanya kan dekat mana kitaorang makan ni? Dah nak hujung-hujung baru nak bagitau. Siapa baca sampai habis dikira agak gigih oleh itu mari kita bocor port makan cendol sedap panas-panas di waktu petang. hahaha

Uncle Cendol Kepong

Uncle Cendol Café,
NO G 08, Brem Mall,
Jalan Kepong,
Jinjang Selatan,
52000 Kuala Lumpur

Facebook : Uncle Cendol

Sekian. itu je.
 
Petang-petang panas terasa hangat,
Jom perkena uncle cendol sampai tak hingat…. hahahaha
 
*pantun 2 kerat.
gambar kredit: Mohd Fakhrul Islam

914 total views, 1 views today

Nak Rekemen Datang Makan di Kantan Hotplate Kajang
Kena Cuba Pizza Ini Lebih Besar Daripada Pizza Biasa

3 Replies to “Panas Terik Layan Cendol Memang Best”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge