Pakat Mai Kedah Tonton Teater

menarik di kedah

Masa aku tulis entry ini tinggal lagi 2 hari je lagi untuk aku ajak hampa ramai-ramai pakat p Kedah? Ada apa Kedah? Apa benda best dekat Kedah? Apa yang menarik dekat Kedah sampai aku nak ajak pakat ramai orang p Kedah nun tu? Tak haih! Macam ni. Jangan tak tahu cheq dulu ada kampung dekat belah-belah utara tau, Seberang Prai, lepas tu  pindah Parit Buntar, Perak la ni tok wan cheq pindah duk Sungai Petani. Cheq pun pening aihhh, anak-anak tok wan cheq. depa suka betei bawak pindah-pindah.

Sebenarnya cheq bukan nak cerita pasal cheq punya kampung, next time la kot cheq cerita tu pun kalau ada masa la. hahaha. Zaman kanak-kanak dekat kampung banyak cerita menarik. Dah-dah kalau ada masa cheq cerita noh!

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Sebenarnya macam ini, yang sebenar-benarnya yang cheq nak ajak hangpa ramai-ramai pakat-pakat datang Kedah 20hb ini untuk p tonton Festival Teater Malaysia 2016. Hangpa layan teater-teater ni semua dak? Aku start layan teater ni pun masa mula-mula dulu tonton Mek Mulung Putera Cahaya Bulan di Istana Budaya.

Rupa-rupanya best betul dapat tonton teater, teater ini persembahan dia secara langsung depan mata. Kagum gila aku tengok dia orang berlakon teater. Kalau aku mampos susah kot nak buat teater ni, nak ingat skrip, mimik muka, gerak geri mana boleh nak ingat semua tu oiii… Eh! tiba-tiba hilang loghat Kedah cheq tadi. hahaha.

sidang-media-festival-teater-malaysia

Masa aku hadir sidang media Festival Teater Malaysia 2016 ini diberitahu Festival Teater Malaysia 2016 ini merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Teater Malaysia. 

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Ada 6 kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir di Festival Teater Malaysia 2016.

Kumpulan : Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis.
Tajuk : KA’ SORGA
Tarikh : 20 Nov 2016 (Ahad)
Masa : 8.30 Malam

Kumpulan : Gabungan Seni Warisan Anak Pinang Pulau Pinang.
Tajuk : The Maids
Tarikh : 21 Novwmber 2016 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam

Kumpulan : Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor.
Tajuk : Jalan Mati
Tarikh : 22 November 2016
Masa : 8.30 Malam

Kumpulan : Stage Production, Universiti Malaysia.
Tajuk : Prebet Kabimbangan
Tarikh : 23 November 2016
Masa : 8.30 Malam

Kumpulan : Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan
Tajuk : Tergantung
Tarikh : 24 November 2016
Masa : 3 Petang

Kumpulan : Persatuan Seni Persembahan Sifar Kuching Sarawak.
Tajuk : Si Panji Rumput
Tarikh : 25 November 2016
Masa : 8.30 Malam

Panjang dah baca ni Halim woii, tapi dekat mana Festival Teater 2016 ni dibuat? Cepat la bagitau!

Eh-eh! Cheq belum bagitau lagi eh Kedah celah mana? Hahaha. Punya syok cerita sampai lupa nak bagitau location eh?

Hangpa tau dak? Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kedah. Aaaa! Dekat situ la, pakat datang ramai-ramai nengok teater tahun ni eh.

Apa yang hangpa akan tengok ni nanti 6 kumpulan dekat atas tu yang cheq bagitau yang dah  layak ke peringkat akhir daripada 104 kumpulan teater di semua 14 buah negeri.  Lepas tu daripada tinggal 14 kumpulan  panel penilai penjurian hanya 6 kumpulan sampai peringkat akhir dan cuma satu kumpulan akan menjuarai Festival Teater Malaysia 2016 bagi setiap negeri.

 

Jumpa di sana!!! Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kedah 20 November – 25 November 2016.

(1)

519 total views, 0 views today

Aku, Mewangi dan Duta Produk
Semua Orang Boleh Memiliki Iphone 7 Dengan Harga Murah

One Reply to “Pakat Mai Kedah Tonton Teater”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge