Panduan Mudah Surat Perjanjian

surat janji

  “Selalu ditipu akibat tiada Surat Perjanjian? Tak tahu buat? Tak perlu susah-susah sekarang. Semuanya lengkap dalam Ebook Rahsia Surat Perjanjian. Tak perlu fikir nak buat ayat. Semuanya telah siap sedia dalam Microsoft Word. Edit sahaja maklumat berkaitan. Dapatkan sekarang sebelum anda ditipu lagi! [Klik Sini]

  “Upah buat satu Surat Perjanjian bernilai RM150. Dengan Ebook Rahsia Surat Perjanjian, Anda mendapat 17 jenis surat perjanjian dan 2 bonus surat rasmi penting dengan hanya RM127 sahaja! Sekali beli, boleh guna sehingga tiada undang-undang. Dapatkan disini [Surat Perjanjian]

  “Nak Sewa rumah atau nak sewakan rumah kepada orang tapi tiada surat perjanjian? Bahaya tu.. Silap-silap boleh kena halau keluar atau tuan rumah sendiri alami kerugian akibat tiada Surat Perjanjian.. Dengan Ebook Rahsia Surat Perjanjian, semuanya lengkap dengan panduan langkah demi langkah menjadikan Surat Perjanjian anda sah diperakui. 

  “Dah pinjam duit tapi tak reti-reti nak bayar balik. Jika tiada surat perjanjian, sampai bila-bila pun anda tak akan dapat duit tu balik. Dengan adanya surat perjanjian, si peminjam yang liat nak bayar atau larikan diri tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang. Sakit hati bukan bila kita tak dapat tuntut apa-apa akibat kecuaian membuat surat perjanjian. Dapatkan Ebook Rahsia Surat Perjanjian bagi melindungi hak anda !!

  “Nak upah peguam mahal dan kadang-kadang lambat sebab peguam sentiasa sibuk dan malas nak layan satu surat perjanjian. Nak tulis sendiri pulak tak faham format dan ayat surat perjanjian. Search kat google, ada dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia saja. Jangan bimbang kerana dengan Ebook Rahsia Surat Perjanjian, ia akan menyelamatkan anda dari kerugian besar. Semuanya dalam Bahasa Melayu. Mudah difahami dan Mudah diedit semula dalam Microsoft Word. 17 jenis surat perjanjian siap sedia untuk digunakan. Selamatkan hak anda. Dapatkan sekarang !

  “Surat Perjanjian sewa rumah, sewa kedai, sewa kereta, sambung bayar kenderaan, pinjaman kewangan, pinjaman barang, duit kutu, kontrak kerja, surat kebenaran, cagarkan barangan, dan sebagainya semuanya lengkap dalam Ebook Rahsia Surat Perjanjian. Buat apa nak pening kepala nak upah peguam, search google berjam-jam, terjemah semula dari bahasa inggeris/indonesia ke dalam bahasa Melayu. Semuanya siap sedia !!

  “Tahu tak, anda boleh buat service menyediakan surat perjanjian dimana caj service satu surat perjanjian ialah RM150? Dengan Ebook Rahsia Surat Perjanjian, anda sudah boleh menjana pendapatan dengan memberi perkhidmatan menyediakan pelbagai jenis surat perjanjian dimana jua pelanggan anda berada. Dapatkan ebook panduan surat perjanjian ini dan Jana pendapatan mudah SEKARANG!!

 

9,179 total views, no views today

Pemasaran Menggunakan Pinterest

Sama seperti mana-mana rangkaian portal sosial lain yang menawarkan beberapa teknik pemasaran yang membolehkan anda memperkenalkan syarikat atau jenama anda kepada pelanggan baru seperti Facebook dan Twitter. Pinterest juga mempunyai fungsi yang sama. Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan untuk menggembangkan perniagaan anda. Anda seharusnya fokus untuk mendapatkan pengiktirafan jenama untuk produk dan perkhidmatan anda, dan mendapatkan trafik tertentu ke laman web anda. Setelah mereka tiba di laman web anda, sudah tentu anda ingin menukarkan trafik ini kepada pelanggan anda dan mendapatkan jualan daripada pengunjung tersebut. Jadi, mari kita mulakan. Sudahkah anda bersedia untuk menjadi kreatif?

Pinterest ialah satu laman web sosial yang menggunakan konsep visual. Oleh itu, perkara paling asas adalah anda perlu meletakkan kandungan berbentuk visual di dalam ruangan Pinterest anda. Anda akan membuat papan pin dan kemudian memaparkan kandungan visual anda yang terbaik di sana.

Secara mudahnya, konsep Pinterest adalah seperti anda sedang mengantung satu papan tanda mengenai diri anda yang boleh dilihat oleh semua orang yang menggunjungi portal Pinterest anda. Lebih banyak perkara yang anda paparkan di atas “papan tanda” anda itu maka akan lebih faham pengunjung anda tentang diri anda. Gunakan kreativiti anda untuk meletakkan nama papan tanda tadi, jadikannya sesuatu yang menarik perhatian dan mudah diingati. Apabila papan tanda tadi sudah dibuat, anda sudah bersedia untuk memaparkan kandungan kepadanya.

Laman muka surat dan gambar yang anda paparkan di papan ini mestilah lebih daripada gambar biasa. Pastikan ia sesuatu yang menarik perhatian supaya pengunjung akan singgah untuk mengamatinya dengan lebih teliti. Paparan yang tidak menarik sesiapapun tidak akan memberi nilai kepada perniagaan internet anda. Ingat bahawa anda juga boleh memaparkan video, yang sebenarnya amat mudah untuk dilakukan.

Kebanyakan daripada jenama perniagaan yang besar memberikan perhatian kepada kehebatan pemasaran visual secara online, dan bagaimana ia boleh menimbulkan emosi yang diinginkan daripada pengikut. Syarikat-syarikat berjenama besar telah lama menggunakan pemasaran visual melalui iklan di television dan majalah sejak sekian lama. Portal Pinterest ini cuma menjadikan pemasaran visual ini lebih menarik melalui internet.  Salah satu platform yang digunakan ialah Instagram untuk iPhone atau Android. Namun hingga kini, ia belum disediakan untuk Blackberry.

Instagram membolehkan perniagaan-perniagaan untuk menggunakan gambar sebagai sebahagian daripada skim pemasaran dalaman mereka. Bahkan lagi, dalam beberapa tahun sahaja Instagram telah mempunyai lebih daripada 15 juta pengguna yang telah memuatnaik 400 juta gambar. Syarikat-syarikat seperti Starbucks dan Red Bull mengunakan Instagram dalam pemasaran dalaman mereka. Anda perlu mengambil kesempatan atas aplikasi yang berguna ini.

Sebenarnya Pinterest menyediakan peluang pemasaran yang amat berkuasa. Oleh kerana Pinterest adalah laman web yang masih baru dan menggunakan konsep media sosial, ramai yang menyedari akan laman web ini, namun tidak ramai yang menyedari bahawa ia adalah satu alat yang mereka patut gunakan untuk memasarkan perniagaan mereka, dan menghantar trafik tertentu kepada laman web mereka. Saya telah memberitahu anda rahsia ini. Persoalannya sekarang, apa yang anda akan lakukan dengan maklumat ini? Sekarang ini anda mempunyai peluang untuk menjadi antara yang terawal menggunakannya.

Oleh itu, carilah peluang bagaimana anda boleh menggunakan portal Pinterest sebagai salah satu cara untuk anda melakukan pemasaran percuma dan berkesan untuk perniagaan internet anda.

6,343 total views, no views today

Kepentingan Memiliki USP Perniagaan

 

Pernahkah anda mendengar terma “Unique Selling Proposition” (USP)? USP ialah sesuatu yang membezakan anda daripada pesaing-pesaing anda di luar sana. Ia boleh dalam bentuk satu moto khas yang menggambarkan kepakaran anda, atau gambaran yang memberikan kepuasan kepada pelanggan, ataupun persepsi pelanggan semata-mata apabila nama perniagaan anda disebut. Walau apapun USP perniagaan anda, anda harus fokus untuk menunjukkan bahawa perniagaan anda akan menguntungkan pelanggan anda. Ia merupakan strategi penjenamaan yang amat baik.

Sebagai contoh, USP untuk produk syarikat pengeluar roti Gardenia adalah “Sungguh enak dimakan begitu saja” yang menunjukkan rasa roti ini sendiri sudah enak dan tidak perlu ditambah dengan rasa jem atau rasa tambahan lain. Dari perspektif pengguna, sekiranya diberi pilihan antara roti Gardenia dan roti berjenama XYZ, besar kemungkinan mereka akan memilih roti Gardenia berbanding roti berjenama XYZ itu tadi atas dasar penjenamaan USP yang dimiliki oleh syarikat roti Gardenia.

Tahukah anda bahawa setiap perniagaan disarankan untuk mempunyai USP tersendiri sebagai satu strategi penjenamaan yang efektif? Mari kita lihat apakah kelebihan-kelebihan mempunyai USP dalam perniagaan Internet anda.

1. Anda lebih menonjol berbanding pesaing-pesaing anda

Dengan hanya memiliki USP, anda sudah tergolong dalam kumpulan kecil yang mengambil satu langkah lebih hampir untuk menarik perhatian prospek pelanggan anda. Dengan memiliki USP yang unik dan lain daripada pesaing-pesaing anda, sudah tentu anda akan lebih menonjol di dalam bidang perniagaan anda.

2. Meningkatkan potensi pelanggan memilih anda berbanding pesaing anda

Sekiranya diberi pilihan antara produk anda yang mempunyai USP dengan produk usahawan lain yang tidak mempunyai USP, pelanggan akan terdorong untuk memilih produk anda berbanding produk yang satu lagi tadi. Ini ialah satu aspek psikologi untuk memujuk pelanggan anda secara halus untuk membeli produk anda berbanding produk lain di pasaran.

3. Anda mempunyai penjenamaan yang kukuh dalam jangka masa panjang

Oleh kerana fokus anda adalah untuk menapak dari segi penjenamaan yang kukuh untuk menjana keuntungan dalam perniagaan anda, sudah tentu anda akan mengambil langkah bijak untuk memperkenalkan USP anda kepada prospek pelanggan anda. Dalam jangka panjang, pelanggan akan menghargai anda sebagai usahawan berjaya atas dasar USP anda.

Anda jangan pula kecewa sekiranya anda tidak mempunyai USP anda sendiri. Kenapa tidak hasilkan USP anda sekarang? Ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Untuk memberikan idea bagaimana mendapatkan USP yang sesuai untuk perniagaan Internet anda, anda boleh lakukan sedikit checklist seperti berikut:

1. Apakah jenis perniagaan anda?

Anda perlu kaji jenis dan kekuatan perniagaan anda, adakah ia perkhidmatan membina laman web, percetakan, menjual barangan secara dropship, suntingan kerja penulisan dan sebagainya.

2. Bagaimana anda menjalankan perniagaan anda?

Kemudian anda perlu kaji cara anda menjalankan perniagaan anda, adakah ia secara online atau offline, ataupun keduanya sekali, adakah anda menerima tempahan 24 jam sehari atau waktu bekerja sahaja, ataupun secara bermusim (seperti perniagaan kuih raya di musim perayaan).

3. Apakah kelebihan dan kekurangan anda?

Anda juga perlu senaraikan apakah kelebihan yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan anda, seperti hadiah bonus dengan setiap pembelian, ataupun harga diskaun bagi pembelian seterusnya. Di samping itu, anda juga perlu senaraikan kekurangan perniagaan anda, untuk anda cuba atasi dalam usaha untuk menambat hati lebih ramai prospek pelanggan anda.

4. Apakah keinginan pelanggan-pelanggan anda?

Seterusnya anda perlu kaji apakah yang diinginkan oleh pelanggan-pelanggan anda. Ini mungkin bermaksud pelanggan anda mempunyai satu masalah tertentu, dan produk anda berpotensi menyelesaikan masalah tersebut, sudah tentu anda akan tonjolkan potensi ini untuk memenuhi keperluan pelanggan anda.

5. Apakah yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing anda?

Setelah anda mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan anda sendiri, dan juga keinginan pelanggan-pelanggan, anda juga perlu mengkaji apakah yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing anda. Apakah kelebihan yang mereka miliki yang anda perlu usaha untuk perbaiki dalam perniagaan anda, dan apakah kekurangan mereka yang anda boleh atasi.

Hasil daripada checklist di atas anda akan jelas untuk menghasilkan USP untuk perniagaan anda yang boleh menonjolkan kelebihan anda yang memenuhi keinginan pelanggan dan kelebihan ini tidak ditawarkan oleh pesaing-pesaing anda. Sudah tentu pelanggan akan condong untuk memilih anda berbanding orang lain.

Selamat mencuba!

6,811 total views, 1 views today

Buat Duit 0nline Melalui Blogging

Buat Duit Dengan Menulis

Buat Duit Dengan Menulis

Menulis blog boleh menjadi satu cara yang hebat untuk menjana pendapatan secara online. Mungkin anda pernah menulis blog sebelum ini untuk mengisi masa lapang. Kenapa tidak anda lebih serius dan tukarkan hobi blogging anda untuk mendapatkan duit? Anda boleh gunakan laman web anda atau blog-blog lain untuk menjana pendapatan. Ia mempunyai potensi yang amat tinggi!

Blog ialah satu cara yang sangat efektif untuk mempromosi dan memasarkan sesuatu produk/servis. Laman web peribadi akan menarik lebih ramai pengunjung daripada laman-laman web komersial. Menurut kajian pakar perniagaan internet, pengguna internet lebih suka memilih untuk membaca blog kerana blog adalah lebih peribadi dan mudah untuk difahami berbanding laman-laman web jualan biasa.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah untuk menggunakan blog anda untuk menjana pendapatan. Sekiranya anda berminat dengan blogging, ia tidaklah susah. Anda cume perlu fokus dan memasang strategi. Mari kita lihat beberapa tips untuk anda memulakan blogging untuk menjana pendapatan.

Pertama sekali, anda perlu pastikan anda memilih niche yang boleh membawa keuntungan. Anda tidak sepatutnya memilih suatu niche yang anda tidak minati walaupun ia mempunyai potensi untuk membawa keuntungan, kerana dengan berlalunya masa, anda akan mula hilang minat dan momentum anda. Sebaliknya, pilihlah niche yang berpotensi tinggi yang anda benar-benar minati. Sudah tentu anda akan lebih sukakannya!

Seterusnya, anda perlu pelajari ilmu optimasi enjin carian (search engine optimisation) sekiranya anda belum mempelajarinya. Dengan menempatkan blog anda di ranking yang tinggi di Google dan enjin carian yang lain, barulah anda akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menjana pendapatan online.

Ilmu optimasi enjin carian tidaklah sesukar yang mungkin anda fikirkan. Anda cuma perlu mula menulis artikel-artikel yang berbentuk santai dan mudah dihayati untuk dimasukkan ke dalam blog anda. Kadang-kadang, satu artikel yang panjang boleh dipecahkan kepada beberapa posting blog.

Anda juga perlu pastikan bahawa penulisan blog anda adalah berkualiti tinggi dan memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca-pembaca anda. Dengan cara ini anda akan dapat menambat hati pembaca-pembaca anda untuk kembali semula ke blog anda di lain hari untuk melihat artikel anda yang seterusnya.   Sekiranya anda ingin menjana pendapatan daripada blog, anda perlu membina kumpulan pengikut setia yang terus menerus kembali ke blog anda. Ini sudah tentu akan berlaku sekiranya blog anda lebih informatif dan dapat membantu pembaca-pembaca anda.

Pastikan anda menyelitkan gambar dan/atau video. Ia akan dapat memberikan nilai yang tinggi untuk posting blog anda. Menurut pakar perniagaan internet, pembaca lebih sukakan blog yang mempunyai gambar-gambar dan video-video yang menarik. Kebanyakan pembaca lebih sukakannya berbanding hanya membaca posting blog dalam bentuk penulisan.

Namun sudah tentu terdapat juga beberapa pembaca blog yang tidak sukakan gambar dan video sebagai sebahagian daripada posting blog. Anda tidak akan dapat memenuhi citarasa semua orang pada setiap masa.  Jika anda inginkan pelawat rajin dan kerap datang ke blog, anda perlu pastikan anda kerap mengemaskini blog anda.

Tiada siapa yang akan terus mengikuti blog anda sekiranya ia dikemaskini cuma sekali setiap bulan atau kadang-kadang sahaja. Pembaca akan tertarik membaca sekiranya mereka mendapat posting blog yang terkini secara berkala daripada si pemilik blog.

Perkara paling penting di dalam menguruskan blog anda sendiri adalah anda perlu sentiasa jujur dan mengekalkan sentuhan peribadi dengan pembaca-pembaca anda. Anggaplah blog anda sebagai diari peribadi online anda dan ia akan terus menambat hari pembaca-pembaca anda. Bergembiralah dan mulakan misi menjana pendapatan anda.

6,495 total views, 1 views today

4 Tips untuk Membantu Meningkatkan Senarai Peminat Laman Facebook Anda

Laman Facebook ialah satu alat yang bernilai untuk perniagaan anda, terutamanya jika anda menggunakannya sepenuhnya. Sekiranya anda menggunakan laman Facebook dengan betul, ia boleh membantu membawa trafik yang khusus dan meningkatkan jualan anda. Selain itu, laman Facebook juga boleh membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang usahawan internet dan pada masa yang sama membina penjenamaan anda untuk jangkamasa panjang.

Tapi bagaimana untuk meningkatkan jumlah peminat anda? Bagaimana untuk mendapatkan mereka menekan butang ‘Like’ itu?

Terdapat pelbagai strategi berkesan yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan jumlah peminat anda di portal Facebook. Di antaranya adalah anda boleh menganjurkan peraduan, berkongsi kisah, mengadakan aktiviti penghargaan pelanggan, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian peminat-peminat anda, dan menggalakkan mereka untuk membawa orang lain ke laman Facebook anda.

Mari kita lihat 4 tip mudah yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan senarai peminat laman Facebook anda:

1. Minta bantuan daripada kawan-kawan anda

Memulakan laman Facebook adalah mudah. Mendapatkan orang untuk sukakannya dengan menekan butang ‘Like’ di peringkat awal mungkin agak sukar. Jangan takut meminta bantuan kawan-kawan anda untuk menyokong laman Facebook anda. Minta bantuan mereka untuk turut serta dalam perbincangan di laman anda, dan lakukan perkara yang sama untuk mereka atau berikan mereka publisiti dalam bentuk lain. Lebih mudah untuk meminta bantuan kawan-kawan anda dan anda tidak perlu risau dituduh melakukan ‘spamming’. Sekiranya mereka merupakan sahabat sebenar anda, sudah pasti mereka tidak akan keberatan untuk membantu anda.

2. Gunakan sepenuhnya fungsi ‘Acknowledgment’ dan ‘Tagging’

Fungsi ‘tagging’ dalam status ialah satu alat membina rangkaian yang amat hebat dan ia boleh digunakan untuk mendapatkan trafik baru ke laman Facebook anda. Jangan takut untuk melakukan ‘tag’ kepada seorang penulis atau laman Facebook lain yang amat popular untuk mendapatkan perhatian. Namun, lakukan ini jika anda mempunyai alasan yang baik untuk melakukannya. Jika tidak, anda dengan mudah boleh dituduh sebagai melakukan spamming.

3. Pastikan anda turut serta di luar laman Facebook anda

Lakukan fungsi carian dan direktori Facebook untuk membantu anda mencari laman Facebook lain dalam niche anda. Kemudian cari pula ruang perbincangan lain yang berkaitan yang anda boleh turut serta. Ini adalah cara yang hebat untuk mendapatkan peminat baru ke laman anda. Jika mereka mempunyai minat yang sama seperti anda, sudah pasti mereka tidak akan teragak-agak untuk menjadi sahabat dan melakukan Like pada laman Facebook anda.

4. Kerjasama dengan pemilik laman Facebook yang lain untuk mengadakan upacara istimewa

Anda boleh berkerjasama dengan pemilik laman yang lain untuk mengadakan upacara istimewa yang boleh menguntungkan peminat-peminat daripada kesemua laman yang terlibat, dan pada masa yang sama mendapatkan pelawat baru yang boleh sukakan laman anda dan menjadi peminat anda. Sebagai contoh, anda boleh menjadualkan sidang konferens secara online yang mengajar pengguna baru bagaimana untuk membina laman Facebook yang berjaya. Ini akan membawa pelawat baru ke semua laman yang turut serta dan mereka boleh menjadi peminat baru anda. Namun anda perlu pastikan kesemua laman Facebook yang anda lakukan kerjasama itu adalah dalam pasaran niche yang sama atau berkait dengan laman anda. Tambahan lagi, upacara yang anda rancang dengan pemilik laman lain perlulah mempunyai kaitan dengan kesemua laman anda.

Itulah dia 4 tip mudah untuk membantu anda meningkatkan jumlah ‘Like’ dan senarai peminat  di laman Facebook anda .

 

6,379 total views, 1 views today