Semua Orang Boleh Memiliki Iphone 7 Dengan Harga Murah

iphone-7

Korang setuju tak bila aku cakap teknologi zaman sekarang bergerak dengan pantas. Lagi-lagi pembuatan telefon pintar. Tak sah kalau setiap seorang tak ada sebiji telefon pintar malahan lebih 2-3 biji seorang. Fuh! Dasyat. Mana tak nya, bulan lepas keluar satu model telefon, bulan berikutnya dah keluar model baru yang lebih canggih.

apple-iphone-7-iphone-7-plus-review

Antara telefon pintar yang digilai ramai orang adalah iphone. Dengan memakai iphone engkau akan kelihatan  lebih macho, kacak, dan agak mewah. hehehe. Tak lain tak bukan aku la tu. Aku pakai iphone 6 gold 64gb dah nak masuk 2 tahun dah, lepas tu keluar model baru iphone 6s dengan iphone 6 plus. Baru-baru ini keluar pula model iphone 7 dan i phone 7 plus. Aku tengok pun naik geram, spec iphone 7 power betul. Harga dia kuss semangat. Siapa je mampu kan? Kalau member korang tiba-tiba nampak korang pakai iphone 7 kan memang kau akan dipandang orang kaya, hahahaha. Padahal dengan ada nya satu program ReNew+ korang boleh dapat harga iphone 7 dengan harga serendah RM160 je. Hahaha baru boleh berlagak depan kawan-kawan korang.

renew+ compasia

For sure ada sejenis orang yang suka tukar fon tiap-tiap tahun. Kalau ikut kan hati ramai je yang suka tukar fon tiap-tiap tahun. Ok! Kepada korang yang jenis suka tukar-tukar telefon tu aku nak rekemen kan satu pakej pelan program yang dinamakan ReNew+ daripada Compasia. Korang boleh dapatkan iphone 7  terbaru dengan harga serendah RM160 je. Boleh dapatkan di laman web www.compasia.com

COMPASIA Memperkenal Program ReNew+

compasia-iphone-7-renew

Ok! aku dah tengok da program ReNew+. Perkara paling penting sekali program ReNew+ ini tak ada kontrak, if korang perasan ada program sampai kena ikat kontrak 2 tahun. Dengan ReNew+ bebas daripada kontrak.

1. Low Mothly Payments
2. One Year Free Phone Guard
3. Carrier Independent
4. Brand Independent
5. No Upgrade Fee.

Nak tukar smarphone setiap tahun pun tak ada masalah. Dengan program ReNew+ daripada @compasia.my

Bagaimana Untuk ReNew+ dengan 3 langkah mudah :
  1. Buka link www.compasia.com dan pilih smartphone kegemaran korang (shop online)
  2. Pilih store yang korang boleh ambil phone korang dan CompAsia akan email untuk confirmkan details korang.
  3. Selepas terima email dari CompAsia, pergi ke store yang korang pilih dengan menggunakan kredit kad Maybank dan boleh bawak balik smartphone korang dah .
Mudah kan? Dengan Maybank EzyPay, pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank.
Sekarang semua orang boleh memiliki iphone 7 baru sendiri dengan harga yang murah.

751 total views, no views today

Suka Tonton Travelog Cinta Tang Guo Hua Sebuah Jurnal Asyikin Exclusive

jurnal-asyikin-astro-oasis

Sekiranya korang penonton setia stesen tv berbayar khususnya Astro Oasis 106 yang terkenal sebagai saluran yang menitikberatkan pelbagai genre program tetapi berteraskan keagamaan pasti tidak terlepas menonton sebuah rancangan bertajuk “Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua“. Aku pasti korang sedar mengenai rancangan ini apatah lagi sudah lima episod berlalu yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 7.30 malam.

hi-tea-jurnal-asyikin-travelog-cinta

asyikin-exclusive-dan-baby-nyonya-shop
Baru-baru ini, aku berkesempatan bertemu secara dekat dengan pasangan usahawan yang dimaksudkan dalam program itu iaitu Puan Nur Asyikin binti Rahmat dan suaminya, Hj Tang Guo Hua yang lebih mesra disapa Tuan Haji. Aku bertemu mereka dalam majlis ‘hi tea’ bagi memperkenalkan program ‘Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua’ berkenaan.

hi-tea-ruang-shah-alam
Pada majlis yang berlangsung santai bersama segelintir rakan-rakan bloggers dan media, aku rasa tenang mendengar kisah pasangan daripada dua Negara berbeza ini. Ya lah seorang di Malaysia dan seorang lagi berasal dari tanah China.

Namun takdir dan jodoh mempertemukan keduanya di Malaysia, bahkan lebih membanggakan lagi apabila mereka bukan sahaja mampu mengekalkan sebuah keluarga harmoni bersama empat cahayamata tetapi berjaya juga membangunkan industri tekstil. Orang perempuan sudah tentu kenal kan dengan fesyen muslimah di bawah label “Asyikin Exsclusive” yang sudah lama bertapak malah sudah ada tiga buah cawangan butiknya pun, iaitu di MITC Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.
Jadi tak perlulah aku cerita lebih lanjut tentang produk ‘Asyikin Exsclusive” kerana tujuan kedatangan ke majlis hi tea hanyalah untuk mempromosikan travelog cinta yang sudah pun selesai menjalani penggambaran di tanah China.
Ada 9 episod kesemuanya, tetapi baharu 5 episod berlalu dan tinggal lagi 4 episod yang boleh korang saksikan jika nak tahu mengenai kisah suka duka dua individu tersebut selaku watak utama sepanjang rancangan. Dan jika korang nak tahu apa sebenarnya tujuan rancangan ini diterbitkan?
Ha dengar apa kata Puan Nur Asyikin,

Saya ingin membawa penonton menyelusuri pengalaman perniagaan tekstil melalui sentuhan perkongsian jatuh bangun dan jerih perih sepanjang kami berdua membina empayar.

asyikin-exclusive

Tambah usahawan berusia 33 tahun ini lagi, apa yang dialami mereka berdua bukan mudah bahkan banyak air mata yang tumpah sepanjang perjuangan membangunkan jenama ‘Asyikin Exclusive’, namum fokus utama rancangan tertumpu lebih kepada mengenal budaya masyarakat Cina di Negara Tembok Besar China itu, tanah tumpahnya darah suami tercinta, Hj Ishak Tang.

Semasa menonton travelog ini, tentu korang perasan kebanyakan lokasi di mana penggambaran dilakukan bukanlah ‘wish list’ tumpuan pelancongan seantero dunia tetapi di kawasan luar daripada destinasi popular pelancong.

khazanah-budaya-dan-alam
Antaranya, korang akan dapat melihat beberapa daerah terpecil di mana salah satu daripadanya adalah perkampungan Hj Ishak Tang sendiri iaitu di Lanzhou. Kata Nur Asyikin, apa yang ingin ditonjolkan kepada penonton sebenarnya adalah lokasi yang dipilih tidak kurang menyimpan seribu satu khazanah budaya dan alam yang sangat indah untuk diterokai.

Meh kita dengar pula apa kata Hj Ishak tentang pengalaman pertamanya ini bersama isteri tercinta di rantau orang.

Kami menerima maklum balas yang memberangsangkan dan bersyukur kerana rancangan tersebut mendapat tempat di hati penonton Selain perkongsian antara dua budaya, banyak elemen kejutan menarik dalam rancangan ini yang dapat penonton saksikan, cerita Tuan Haji Ishak Tang.

Menurut Ishak yang turut mengendalikan perniagaan tekstil, Baba Nyonya Shop, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, rancangan travelog yang diterbitkan merupakan satu perkongsian yang tidak ternilai harganya dalam usaha membangunkan empayar bisnes mereka.

Untuk kita sukses, banyak hakikat pahit yang terpaksa kami telan agar terus cekal bersaing dalam pasaran fesyen, jelas Tuan Haji Ishak.

Jadi sekiranya korang mahu mengetahui selok belok dunia perniagaan dan bagaimana perjuangan serta ketabahan yang perlu dihadapi eloklah tandakan kalendar korang setiap hari Ahad di Astro Oasis 106 , jam 7.30 petang untuk bersama mengikuti episod-episod seterusnya sehingga tamat dalam masa empat minggu lagi. Jangan lupa tau!

Kalau korang ada rancangan nak buka bisnes lepas ini baiklah menonton rancangan ini. Mana tahu kot-kot ada tip-tip yang diberikan boleh dijadikan panduan kan? Aku pun nak…. Hihi…

1,271 total views, no views today

Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Sedap

ayam-penyet-ria-wangsa-maju-sedap

ayam-penyet-ria-wangsa-maju

Hai korang! Cuba korang tanya apa favourite food aku? Yeah! Ayam Penyet is my top list favourite food. Pergi mana-mana pun aku akan cari Ayam Penyet untuk lunch atau dinner. Cuba bayangkan sepinggan ayam penyet ada seketul ayam goreng penyet digoreng rapuh, makan bersama tempe, timun, tauhu, kobis dan keropok. Tahu tak apa yang buat sepinggan ayam penyet tu sedap? SAMBAL! Kalau sambal sedap memang terangkat makan kalau sambal tak sedap memang kelaut la.

ayam-penyet-ria-wangsa-maju-sedap

So food review kali ini nak cerita pasal makan malam bersama ayam penyet.  Excited ni dapat makan makanan kegemaran lepas tu ada orang teman pula tu. Cia. cia. cia…

Apa yang korang perlu tahu pasal aku adalah Ayam Penyet adalah antara senarai makanan kegemaran aku. Aku mula suka makan ayam penyet sejak tahun lepas. Siapa yang follow aku dekat instagram Halim Brothers tahu la dekat port mana aku selalu makan Ayam Penyet.

Nak ambil mood sikit jadi aku nak cuba rasa ayam penyet dekat kedai-kedai lain. Baru la kita boleh buat perbandingan yang mana satu betul-betul sedap, kan? Aku pergi ke Wangsa Maju, urmmm.. Banyak betul kedai makan Ayam Penyet dekat sini eh. Dalam banyak-banyak kedai aku tertarik dengan Restoran Ayam Penyet Ria. Bunyi nya macam ada Riang Ria, kena la dengan hati aku yang sedih lara. Dengan ada nama Ria ni dapat la aku menghiburkan perut dengan riang ria sekali. hukhukhuk T_T

Woi.. Woi..  Apa sedih-sedih ni? Orang datang nak makan la. So get your spoon and fork ready. Opss.. Sorry makan pakai tangan je. Meh saya suapkan awak.  Bismillah. Jemput makan semua! 😀

Ayam Penyet Sedap, Lazat dan Enak

ayam-penyet-wangsa-maju-sedap
Ayam Penyet + Nasi = RM12.90

Sebelum makan aku test dulu sambal dia power ke tak. Ternyata sambal Ayam Penyet Ria memang power! Cukup pedas, cukup rasa dan yang pasti aku dapat rasa kan sambal sini lain daripada sambal-sambal ayam penyet yang pernah aku makan. Ayam penyet digoreng lembut dan isi ayam yang segar lagi terasa enak dicicah pula tempe bersama sambal dan keropok penambah selera. Fuh! berselera aku makan.

Ayam Bakar BBQ

ayam-bakar-ayam-penyet-ria-wangsa-maju
Ayam Bakar BBQ RM14.20

Ayam penyet tadi dah memang signature dekat Restoran Ayam Penyet Ria ni. Tapi ada satu lagi special ayam bakar bbq. Ada 2 pilihan ayam bakar disini yang manis-manis pedas dan pedas. Yang manis-manis pedas tu diperap dan dibakar dengan resepi sos kicap manis dan yang pedas pula diperap dan dibakar bersama bumbu resepi asli. Aku suka yang pedas, yang manis-manis pun aku suka. Eh! Suka dua-dua la. Bila dah makan tak berhenti! hahaha.

ayam-bakar-sedap-wangsa-maju
Ayam Bakar BBQ Bumbu

Ikan Bakar Talapia BBQ

ikan-bakar-talapia-sedap-wangsa-maju
Ikan Bakar Talapia BBQ RM14.20

Kalau dah ada ayam bakar tak best la pula kalau tak ada ikan bakar, iyadok? Korang selain daripada suka makan ayam, korang mesti suka makan ikan juga kan? Ikan bakar talapia ini kombinasi yang menarik untuk makan malam korang bersama ayam penyet dan ayam bakar. Bila makan ketiga-tiga menu ini akan membuat perut korang yang berkeroncong datang kelaparan tadi bakal kenyang bagaikan ular sawa! hahaha. Ikan isi fresh! Dibakar secara langsung apabila dipesan. Kalau tak percaya tengok gambar di bawah!

bbq-ayam-dan-ikan
Bakar BBQ

Sup Rawon Daging Lembut

sup-rawon-lazat

Ayam penyet sudah, ayam bakar bbq dan ikan bakar talapia pun sudah. Apa lagi boleh makan? Ahh! Jom cuba Sup Rawon. Aku pertama kali dengar nama sup rawon ni, mula-mula dengar arr! apa keliwon? hahaha. Tapi serius cakap daging sup rawon ayam penyet ria memang lembut betul. Bila ditanya kenapa lembut sangat sampai boleh nampak dan rasa tekstur daging tu. Bila ditanya, rupa-rupanya tips untuk melembutkan daging dia orang rebus dulu selama lebih 8 jam. Memang betu-betul lembut makan pun tak ada terselit dekat tepi gigi. Memang layan hirup sup sambil makan daging dan nasi.

Makan Gado-Gado

gado-gado-sedap

Gado-gado makanan salad bersayur berasal dari Jawa. Terus terang cakap ini baru pertama kali aku makan gado-gado walupun dah biasa dengar. Aku suka gado-gado ni, bila dah start mengunyah dah tak boleh berhenti da. Kuah kacang dia sedap! 😀

Soda Gembira dan Teh Botol

soda-gembira-dan-teh-botol

Lepas dah puas makan memacam, ayam penyet la, ayam bakar, ikan bakar, gado-gado apa bagi semua aku minum air soda gembira. Fuh lepas minum soda gembira terasa gembira menusuk kalbu betul la. Dan satu lagi air Teh Botol. Teh Botol ni di Indonesia antara letak coke dengan Teh Botol orang sana lebih suka ambil Teh Botol. Rasanya pun sedap. Kalau dahaga minum Teh Botol sejuk-sejuk, hilang dahaga.

Puas Hati Makan di Restoran Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju

ayam-penyet-wangsa-maju
Bahagian Depan dan Bawah
tempat-buat-event
Bahagian Atas

Secara keseluruhan aku puas hati makan di Restoran Ayam Penyet Ria. Dekorasi kedai pun cantik dan santai. Kedai yang agak besar, bersih dan terdapat satu ruangan di bahagian atas. Di bahagian atas boleh muatkan dalam 20 orang untuk nak buat apa-apa event, hi tea dan gathering pun boleh tempah khas. Cuma bayar harga makanan je tak ada bayaran untuk kos sewa kedai.

Sedikit info untuk yang gilakan Nasi Ayam Penyet yang perlu tahu Restoran Ayam Penyet yang pertama dibuka di Malaysia sebelum menjadi ikut-ikutan jenama lain sekitar tahun 2009 lagi di Wangsa Maju. Di Malaysia merupakan franchise daripada HQ Indonesia. Segala resepi, masakan dan tukang masak di sini adalah asli orang Indonesia sendiri yang masak.

ayam-penyet-paling-sedap
Kebersihan kedai Grade A!

Alamat:

No 33G, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Line, Pusat Bandar Wangsa Maju,
55300 Kuala Lumpur.

Landmark : Berdekatan Bank Islam dan sebelah kedai Temerloh Catering.

Nombor telefon:
03-41437889

Cawangan lain: G Tower, Melawati, SOGO, Setia City Mall, Publika, dan Aeon Bukit Raja.

Trivia : Terjadi nya Ayam Penyet ini menurut kata pengasas Ayam Penyet Ria, mengatakan pada masa itu perniagaan beliau tidak untung lalu memohon doa kepada Allah bagaimana mahu beri untung pada perniagaanya. Satu hari dia mendapat seru untuk memenyetkan ayam kalau mahu perniagaan nya untung. Mula daripada situ terjadinya ayam penyet dan perniagaan semakin maju dan telah sampai sehingga ke negara Malaysia.

Last but not least thanks Ayu sudi teman makan! hahaha. Ayam penyet tidak mungkin bisa sedap jika tiada yang menemani. Chia.. Chia..

ayam penyet ria, wangsa maju
Ini Ayu!

1,072 total views, 1 views today

Mula Minat Pakaian Preloved, Tak Sabar Tunggu Pelancaran Bandoru

bandoru-store-batu-3-shah-alam

Hai korang, meh nak tunjuk sesuatu yang best masa aku datang terjah pra pelancaran Bandoru Store selasa lepas which is 02 haribulan 11 yang lepas. Memang rambang mata nak pilih, banyak gila baju-baju, seluar, kemeja, sweater, beg tangan jacket dan banyak lagi buat golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Konsep butik yang diketengah kan tak terasa pun barangan preloved, rasa macam beli barangan baru. Punya la elok lagi barangan ini semua, berkualiti pula tu dan paling penting stock original daripada Jepun.

Meh nak belanja outfit yang aku sedang gaya kan ini. Preloved Outfit dari Bandoru Store.

bandoru-preloved-shah-alam

T-Shirt – RM10
Jacket – RM50
Jeans Kepala Kain – RM90
Kasut – RM70

Total =  RM220

Harga sebenar : RM500

Walaupun preloved barang masih cun dan kualiti baik. Barangan branded beb! Made in Japan. hohoho. Btw baju t-shirt School Of Rock and Roll yang aku pakai tu Amy Search dah pernah pakai.. hehehe

halim-preloved-item-bandoru

Aku pun tak sangka aku boleh minat dengan pakaian preloved atau dalam bahasa mudah nya BUNDLE. Terus terang aku cakap bila aku try nak beli barang bundle dekat luar sana, entah la aku rasa semacam rasa tak enak. Bukan sebab benda tu bundle, tapi aku rasa tak selamat dengan kebersihan baju, lepas tu main gantung je, tak tersusun, susah nak pilih apa yang kita nak cari dan macam-macam lagi.

“SAYA SENDIRI YANG AKAN PASTIKAN BARANG NI ORIGINAL !!” – Rifa’at (Factory Manager)

Tapi apa yang Bandoru Store usahakan setiap barangan menjalani proses pengasingan berperingkat untuk memastikan kualiti dan kebersihan barangan dan memenuhi citarasa pengguna dengan slogan Better Than New.

pre-loved-vintage-clothes-malaysia

Sempat juga la aku belajar-belajar sikit pasal dunia preloved item ni. Ada yang Rare, Vintage dan Retro. Jangan terkejut kalau macam harga mahal sikit, contoh macam jeans dekat atas RM90 kan, sebab tu guna kepala kain. Mula-mula aku pun tak tahu apa benda kepala kain. Tuan Wafi dan staff Bandoru sedikit sebanyak sempat kongsi dengan aku. Hehehe memang best balik hujung hujung ni dapat ilmu lebih sikit. Ada juga koleksi rare yang harga cecah ratusan dan ribuan ringgit.

BACA: Apa Itu Jeans ‘Kepala Kain’ Dan Kenapa Harganya Lebih Mahal Berbanding Jeans Biasa.

Segenap sosial media facebook, instagram, youtube apa semua dah heboh pasal satu pembukaan butik preloved mall terbesar di Shah Alam akan dibuka tak lama lagi. Habis riuh rendah bising sebulan awal aku follow update dia orang ini, Hebat! Promosi besar-besaran tudia, ini bukan biasa-biasa ini.

bandoru-batu-3-shah-alam

Ramai gila orang dah desak tanya, “dah buka ke, dah boleh beli ke” memasing dah tak sabar nampak gaya nya. Menelan air liur memasing lepas tengok kita orang dapat datang hari pra pelancaran yang dibuka untuk blogger sahaja.

Soft Launch Bandoru Store

Dapatkan 20% Kupon Diskaun Serta Peluang Menangi Beg LV, Macbook & iPad! Daftar sini

Disebalik Tabir Pra Pelancaran Bandoru Store

Rileks-rileks! Tinggal satu hari lagi. Ye tinggal satu hari je lagi untuk Pembukaan Preloved Mall terbesar di Shah Alam.

Sabtu yee!!! 05hb sabtu ni Grand Launch besar-besaran.. ahh!! Masa tu korang datang la bawak pakwe makwe suami isteri, mak ayah abg adik kakak sedara mara kengkawan datang serbu Bandoru Store ok! Address korang tgk kat ig diaorang @bandorumalaysia.

Sabtu ni start 1.30pm baru boleh shopping . Stock banyak barang-barang branded, rare item, vintage dan retro baru bawa masuk.

Antara jenama terkemuka yang boleh didapati di Bandoru Store adalah Uniqlo, Zara, Converse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton, H&M, Timberland, Dr Martens, Levis, Edwin, Raplh Lauren, dan banyak lagi jenama tempatan dan antarabangsa terutamanya jenama Jepun!!

FREE SHUTTLE KTM BATU 3 SHAH ALAM ke BANDORU STORE DISEDIAKAN!!!

970 total views, 1 views today

Nak Menang Beg LV, Macbook & iPads?

Hi korang!

bandoru-store-contest
Jom nak ajak korang semua mengambil bahagian dalam peraduan sempena pembukaan Bandoru Store untuk memenangi Beg LV, iPads & Macbook.

Siapa nak menang Beg LV, iPads dan Macbook? Tipu la kalau tak nak. Berebut-rebut semua nak kan. Ok kali ini jom rebut peluang menangi hadiah lumayan. Mudah je cara nak menang.

bandoru-store-contest-share-point
Apa yang korang lakukan ialah… Kongsikan peraduan ini kepada kawan-kawan.
Setiap kali salah seorang rakan anda sign up, korang akan mendapat 20 penyertaan tambahan (Points) untuk menang.
Dekat mana nak join contest ni? Register di >>  http://v.bandoru.com/ref/a3827661/

Cara bagaimana untuk memenangi peraduan ini.

Step 1 – Share di Facebook

Step 2 – Share di Twitter

Step 3 – Emailkan Kepada Kawan
Daftar di >> http://v.bandoru.com/ref/a3827661

Tingkatkan Peluang Untuk Memenangi Beg LV, Macbook
iPad Dengan SHARE Page Ini Kepada Seramai Mungkin
Rakan-Rakan Anda.

Setiap Rakan Anda Yang Daftar Melalui Referral Link
Dibawah Akan Menambahkan 20 Kali Peluang (Points)
Anda Untuk Menang.

5 Peserta Yang Mengumpul Points Terbanyak
Sebelum 5 Nov 2016 Akan Dikira Sebagai Pemenang!

Jom Start SHARE!

bandoru-store-contest-grand-opening

621 total views, 1 views today

Minuman Kologen Sarang Burung Joy Of Life

sarang-burung-walit

Tonik sarang burung terkenal sebagai ubat awet muda di kalangan orang Cina purba. Tonik sarang burung biasanya dimakan oleh golongan orang kaya dan bangsawan dan ia dikatakan mampu untuk mengekalkan kecantikan seseorang sambil membantu untuk mengimbangi unsur Ying dan Yang dalam badan.

sel-sel-dalam-badan-manusia

Beberapa ribu tahun kemudian, manusia masih memakan tonik sarang burung kerana pengambilan sarang burung secara berterusan telah terbukti secara saintifik dimana ia beberapa manfaat kesihatan seperti merangsang pertumbuhan semula sel-sel dalam badan manusia, menguatkan sistem imun dan pernafasan, serta meningkatkan prestasi organ-organ dalaman kita. Antara kebaikan tonik sarang burung yang paling terkenal adalah mafaat dari segi kecantikan, iaitu keupayaannya untuk meremajakan sel-sel di samping menggalakkan kulit yang licin dan berseri dalam jangka masa panjang.

the-joy-of-life-soft-launch

Menyedari betapa pentingnya bagi orang zaman moden untuk nengekalkan kesihatan dan kecantikan luar dan dalaman, Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolite) telah melancarkan produk minuman sarang burung berkolagen, ‘The Joy of Life‘.

collogen-bird-nest-drink

Minuman sarang burung berkolagen ini didatangkan dalam 5 perisa yang lazat dan menyegarkan iaitu; Aloe Vera, Lychee, Longan, Kurma Merah dengan Goji dan perisa original ‘The Joy of Life’. Minuman ini dibotolkan dalam packaging yang menarik dan boleh dikitar semula.
Minuman sarang burung Joy of Life ini disahkan Halal oleh JAKIM menawarkan manfaat kesihatan yang banyak. Minuman sarang burung ini juga mengandungi 2500mg kolagen dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia adalah bebas daripada bahan pengawet, perasa tiruan dan warna tiruan. Ia juga tidak mengandungi sebarang pemanis, menjadikannya selamat dan berkhasiat untuk dimakan dalam jangka masa panjang.

Minuman kesihatan ini boleh didapati di kedai serbaneka 7-11 dengan harga runcit RM6.50 setiap botol dan tidak lama lagi akan dijual di farmasi utama dan pasar raya besar di negara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘The Joy of Life,’ sila layari www.thejoyoflife.my
Facebook : The Joy Of Life

534 total views, no views today