P1 Omanite Iftar 2015

Tahun ini boleh tahan juga dapat jemputan event berbuka puasa. Tapi maaflah tidak semua yang dapat hadir disebabkan kekangan masa, jarak perjalanan dan lain-lain faktor yang harus diambil kira. Tetapi tidak semuanya aku tolak, mana yang aku rasa ok, dekat dan senang nak pergi balik aku menerima jemputan tersebut.

P1 Iftar 2015

Macam minggu lepas P1 Network telah mengadakan P1 Omanite Iftar 2015 bersama blogger. Aku dapat tahu awal tentang event ini, dapat lah aku merancang perjalanan. Event ini buat di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Gigih bertolak dari rumah naik train ktm sampai Batu Tiga kemudian ambil teksi ke hotel ini. Nasib baik sempat sampai dalam pukul 7.00 malam.

Atilia Haron Emcee

Sepanjang event buka puasa ni aku layan tangkap gambar. Makan pun sikit-sikit duduk bangun duduk bangun gitu lah. Event ini turut dimeriahkan oleh penyanyi/artis Atilia Haron sebagai emcee. Lepas tu ada persembahan nyanyian lagu raya oleh kumpulan Dischord. Terasa macam beraya dekat KL pula T_T

Dischord

Dischord

Azan berkumandang menanda waktu berbuka puasa, marilah kita ramai-ramai menjamu selera. Alhamdulillah di atas rezeki yang masih diberikan oleh NYA..

Buka Puasa p1 Omanite 2015

Anak Yatim Darul Sakinah

Rasa tak syok lah kita makan bermewah-mewah tetapi dekat luar sana berapa ramai lagi orang tak dapat makan. Rezeki dikongsikan bersama-sama oleh itu rumah anak-anak yatim rumah Sakinah turut dijemput meraikan adik-adik ini.

P1 Network Menghulurkan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim Sakinah

P1 Network Menghulurkan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim Sakinah

Begitu lah kisahnya bila aku menghadirikan waktu event, ada lagi beberapa cerita yang nak dikarangkan sebelum berakhirnya bulan Ramadon ni. Sob…sob..sob :'( Cepatnya masa berjalan.

Terima kasih kepada pihak P1  Network yang sudi menjemput ke event P1 Omanite Iftar 2015 ini.

P1 Brand & Communications Dept - the organizer of the event

P1 Brand & Communications Dept – the organizer of the event

Tentang P1 Omanite

OMA & Media

OMA bermaksud “Online Media Associates“, inisiatif P1 untuk bersama blogger dan pengamal media baru melibatkan diri dalam apa-apa sahaja aktiviti P1 Network. Seperti event ini P1 dapat mengumpul seramai 200 orang blogger, ia seperti komuniti blogger. Komuniti Blogger dah bercambah dah bermacam-macam yang ada tapi kalau korang berminat nak join komuniti OMA – Daftar sini.

Peringatan Mesra : Pandai-pandai jaga diri ok!

(28)

1,442 total views, 2 views today

Blogger Raya @ Tudia! Char Koey Teow
Iftar Potluck Blogger 2015

2 Comments on "P1 Omanite Iftar 2015"

  1. Sampai 200 blogger yang join event ni.. Ramainya… Dah boleh buat aktiviti Gathering sesama blogger macam dekat SBB jer ni…
    Anuar recently posted…Solat Mesti On time, Full Time dan kalau boleh buat OvertimeMy Profile

  2. saya first time dapat pergi event P1 mlm tuu…. memang happening sangat…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!