Nak Rekemen Datang Makan di Kantan Hotplate Kajang

Sekarang dekat office hari-hari makan mamak je la. Turun je ofis kedai mamak. Yang lain-lain semua kedai cina! hahaha. Ada satu kedai Melayu Nasi Kak Wok Antarabangsa tapi malas nak berjalan, jauh… Lunch mamak, dinner pun mamak. Dah boring makan makanan mamak je. Dey! Ane… Roti kosong kuah banjir penyek-penyek pijak kasi satu! ewuuu hahahah..

Kalau rajin kita orang pergi makan dekat Bandar Tun Hussien Onn. Dekat sana ada kedai makan Melayu, nasi dagang, nasi kerabu, sate apa semua ada memang sedap. Tapi entah macam last weekend kita  orang macam rajin sikit pergi makan dekat Kajang ada lah dalam 10km macam tu, padahal nak makan je pun. Dalam sibuk-sibuk sempat juga ke Kajang semata-mata nak pergi makan. hehehe

Apa special nya? Sampai kita orang sanggup redah sampai ke Kajang hanya untuk makan malam sahaja! hahah

Sebenarnya kita orang dapat undangan daripada penyanyi artis dulu-dulu, Amir Pearl. Korang ingat lagi tak ni? Alaaa yang nyanyi lagu “Aku Tak Bersalah” layan juga dengar lagu ni.

Abang Amir dah wasap banyak kali dah jemput kita orang makan dekat kedai makan yang baru dia buka. Nama kedai makan tu Kantan Hotplate. Masa kita orang datang ahad hari itu kedai makan tu baru je buka 23 hari. Kita orang pun terkejut ingatkan dah lama buka. Sebab korang boleh tengok kedai dia memang macam dah lama buka padahal baru je buka dalam sebulan camtu. Makanan semua not bad, sedap-sedap, unik lain daripada lain.

Kantan Hotplate menghidangkan menu makanan Westasia.

Banyak juga makanan yang kitaorang order, tapi kalau boleh nak order semua. Hahahaha

Perut tak muat, dah kenyang…

hot plate kantan special
Hot Plate Kantan Special
T-Bone Steak Hot Plate
T-Bone Steak Hot Plate

Part ini best, sebab belum pernah jumpa lagi kedai yang buat konsep Westasia. Nak tahu westasia tu apa? Wetasia tu gabungan Western + Asia. So dekat sini menu-menu Western dan makan Asia. Kot korang ini tekak ala-ala mat salleh gitu nak makan western tapi dalam masa yang sama nak kena makan nasi juga, maklum la orang Malaysia kan kena makan nasi. Korang order je Nasi Goreng Kambing tak pun Nasi Goreng Salmon. Dua-dua ini not bad, siap sekali sup Salmon Soup dan Seafood Soup.

Nasi Goreng Kambing
Nasi Goreng Kambing & Salmon Soup

+

Nasi Goreng Salmon
Nasi Goreng Salmon & Seafood Soup

= WESTASIA

kantan meatball
Kantan Meatball

Meatball ni kids meal tapi kitaorang bantai je order. Sedap weh tak yah pergi makan kat ikea dah yang kena beratur panjang tu. hihihi

ikan kembung bakar
Kembung Ikan Bakar Hotplate

Ikan bakar pon ado! Kot tak nak Kembung Bakar, korang order la Pari, Bawal atau Cencaru Bakar.

Makanan sedap-sedap, portion banyak & price reasonable.

So nak rekemen korang la datang makan dekat Kantan Hotplate, Kajang

Restoran Kantan Hotplate,
Lot 13595, Jln. Sungai Kantan
43000, Kajang, Selangor
011-20002211.
Facebook : Kantan Hotplate
Instagram : Kantan Hotplate

(6)

2,017 total views, 0 views today

Incoming search terms:

  • kedai makan sedap di kajang
  • kedai makan kajang
Buka Puasa Citarasa Makanan Arab
Panas Terik Layan Cendol Memang Best

5 Replies to “Nak Rekemen Datang Makan di Kantan Hotplate Kajang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge