Naik Bas Dari KL Ke Johor

Dah lama tak balik kampung naik bas, syok wor balik kampung naik bas ekspress. Sampai dekat kampung naik bas jenis lama nak uzur kena buka tingkap bagi rasa angin. Kampung aku dekat Tampin, jadi masa tu bas Engiap. Lama juga bas tu ada sampai aku besar. Tapi sekarang tak ada dah bas Engiap tu.

Aku macam ini masih bergerak secara indie, atau nak senang faham maksud indie – Independent. Bergerak bebas.

Bergerak secara indie apa ada hal.

Minggu lepas di Kelantan. Minggu ini di Johor pula.  Semalam beli tiket bas dekat TBS. Suka betul tengok sistem tiket bas sekarang, mudah, cepat, pantas. Tempat duduk pun boleh pilih. Apa lagi pilih tempat duduk tepi tingkap la. Naik flight pun asyik tak dapat2 tepi tingkap. Kahkahkah.

Dalam pukul 3 lebih petang tadi sampai Terminal Bas Batu Pahat. Sesampai sini je terus terkebil-kebil nak naik bas yang mana satu. Bajet-bajet ada grab dengan uber sekali nan hado. Hahaha. ATM punya la jauh kalau tidak boleh cucuk duit naik teksi.

tiket bas batu pahat

Gagah kan juga diri tanya satu bas ke satu bas lalu tak ke tempat lokasi. Jumpa juga bas ke Tasek Merdeka, Bukit Pasir. Tambang RM1.20. Fuh jimat duit. Terminal Bas Batu Pahat ke Tasek Merdeka 4km lebih je.

tasek merdeka batu pahat

Oh lupa nak bagitau saya ada di Batu Pahat 3-4 hari minggu ini ikut program Fiesta Islamic 2017.

fiesta islamic johor
fiesta islamic batu pahat
Nak rehat dan bersiap kejap, sekejap lagi malam boleh ronda ronda tapak niaga. Nampak benda best boleh beli. Esok pula ada ceramah Ustaz Syamsul Debat. Orang BP kalau tak datang memang rugi la.

fiesta islamic 2017

Geng geng blogger yang lain sampai esok dan lusa.

774 total views, 3 views today

Saya Cuba Argan Oil Ini Menggunakan Bersama Pomade, Hasilnya
Single Wangikanlah Hatimu Noraniza Idris

5 Replies to “Naik Bas Dari KL Ke Johor”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge