My Fest: Kempen Malaysia Year Of Festival 2015

myfest2015

Tahun 2014 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi. Bersua kita pada tahun baru 2015 akan datang. Pelbagai insentif pihak kerajaan kepada industri pelancongan di dalam negara kita. Terutama nya pihak Tourism Malaysia bertungkus lumus dalam usaha-usaha promosi produk pelancongan yang dilaksanakan sepanjang tahun Melawat Malaysia (VMY2014)

Statistik Ketibaan Pelancong bagi tempoh Januari hingga Julai 2014.

Statistik menunjukkan minat pelancong datang melawat Malaysia untuk tempoh 7 bulan pertama 2014 sebanyak 16.1 juta orang dan sasaran ini terus menaik sehingga hujung tahun ini. Pada tahun 2013 statistik pelancong ke negara Malaysia sebanyak 14.7 juta orang, sebanyak 9.7% menaik tahun ini berbanding tahun lepas. Syabas! kepada Tourism Malaysia atas segala usaha yang giat dilakukan untuk menarik minat pelancong luar negara memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terbaik.

grand_launch_myfest2015

Malaysia Mega Events & Festivals 2015

Untuk tahun hadapan pula kempen MyFest 2015 akan meneruskan meningkatkan industri pelancongan. Malaysia yang kaya-raya dengan pelbagai kekayaan budaya dan perayaan akan ditonjolkan sertai diraikan dengan program dan aktiviti yang telah dirancang pada tahun hadapan. MyFest 2015 Grand Launch Showcasing Citrawana akan dilancarkan pada Januari 2015 bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

” … bagi mengekalkan momentum industri pelancongan, kerajaan akan melaksanakan program Malaysia Year Of Festival 2015″ – YAB Perdana Menteri Ucapan bajet 2014

Merangsang pertumbuhan pelancongan negara MyFest 2015 mensasarkan sebanyak 29.4 juta pelancong manakala sasaran pendapatan industri pelancongan mencecah RM89 juta melalui kedatangan pelancong ke negara ini.

LATARBELAKANG MYFEST 2015

Kekayaan pelbagai budaya yang ada di Malaysia telah merealisasikan kempen Malaysia Year of Festivals 2015. Kempen bertemakan “Endless Celebrations” ini bertujuan untuk menonjolkan dan meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan yang banyak terdapat di Malaysia sebagai tarikan kepada pelancong. MyFest 2015 juga mensasarkan untuk terus meningkatkan momentum pertumbuhan industri pelancongan yang dicapai sepanjang pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Promosi pelbagai perayaan di Malaysia dan unsur-unsur kebudayaan akan terus dirangsang sebagai tawaran pelancongan di dalam kempen MyFest 2015. Acara pelancongan terbesar untuk tahun hadapan ini akan fokus kepada festival perayaan dan kebudayaan termasuklah acara yang bersifatkan kekeluargaan, membeli-belah dan banyak lagi.

RASIONAL LOGO MYFEST 2015

Logo MyFEST 2015 berasaskan peralatan muzik tradisional yang dikenali sebagai Rebana Ubi. Menariknya, gendang digunakan secara meluas oleh pelbagai kaum utama di Malaysia. Oleh itu, gendang merupakan alat muzik yang boleh dikaitkan dengan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia, sejajar dengan semangat 1Malaysia. Oleh yang demikian, reka bentuk logo mencerminkan sesuatu yang penting dalam warisan, tradisi dan budaya negara. – Sumber

7,011 total views, 1 views today

MATTA Fair PWTC 2015
Glamorous Camping Site - Tanah Aina Fahad Resort

2 Replies to “My Fest: Kempen Malaysia Year Of Festival 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge