Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia

Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia

Ada berita sedih yang nak saya sampaikan. Saya harap semua orang dapat menerima dengan tabah. Saya pasti anda amat kenal akan seorang insan ini. Insan ini telah banyak jasa menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Sebenarnya usia beliau dah lanjut, selalu sakit-sakit. Akhirnya pada umur 84 tahun beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Innalillahiwainnalillahirojiun, semoga roh beliau di rahmati dan tenang di satu dunia yang lain.

Beliau yang dimaksudkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Salam takziah kepada seluruh keluarga Tok Guru Nik Aziz. Memang rasa berat nak meninggalkan orang yang kita sayang terutamanya keluarga kita sendiri. Saya doakan semoga roh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dikurniakan husnul khotimah dan ditempatkan bersama para syuhada di Syurga Al-Jannah. Al-Fatihah.

nik aziz

Pesanan Tok Guru Nik Aziz

Teruskan Perjuangan Saya selepas saya tiada.

“Usia ambo kini lebih 81 tahun, roh yang pergi pada malamnya jika tidak kembali.. matilah ambo. Buatlah segala daya upaya untuk meMenangkan ISLAM dimuka bumi ini sebelum pergi bertemu Allah” – kata Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

rumah nik aziz

Dipekarangan rumah Tok Guru Nik Aziz sekarang mulai ramai menziarahi.

Jenazah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz akan disembahyangkan esok pada jam 10.00 pagi di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

(1)

3,608 total views, 3 views today

Bosan Baca Blog Kau, Skema Sangat!
Bergathering Bersama Blogger Sambil Nikmati Makanan Sedap

3 Comments on "Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia"

  1. Allahu, rasa cam mimpi je tgna dah tkde, semakin ramai ulama’ pergi meninggalkan kita, semakin dekat kita dengan pengakhiran dunia 🙁 al fatihah..

  2. semoga tuan guru damai di sana. Al fatihah
    InaniHazwani recently posted…Aku Setia MenunggumuMy Profile

  3. aku baru tahu tadi weyh 🙁
    salam takziahh. moga ditempatkan dikalangan org2 beriman.. aamiin
    cik amal recently posted…FREE: Jom Aktifkan Mykad Jadi smart shopperMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!