Munif Hijjaz dan Papero Bergabung Meletop

Munif Hijjaz Papero

Kepada pembaca blog Halim Brothers, sudahkan anda membaca food review saya di restoran papero? Kalau belum baca silakan baca Papero Shah Alam Citarasa Timur Tengah. Untuk pengetahuan anda semua apabila anda kunjungi restoran Papero sekarang sudah berlainan. Ya! restoran Papero telah diubahsuai sepenuhnya. Dahulu restoran Papero ini fokus hanya menu-menu Pizza, Sandwish dan Shawarma. Kini makan malam anda disini tentu lebih menarik dengan hidangan pelbagai jenis nasi arab dan western.

Nasi Mandy Kambing dan Ayam

Arabic Special

  1. Nasi Arab Mandy Ayam/Kambing,
  2. Nasi Arab Maqlubah Ayam/Kambing/Mixed
  3. Nasi Briyani Arab Ayam
  4. Nasi Kabsah

Nasi Maqlubah chicken lamb

Terdapat set single, family set 4-5 pack, family set 6-7 pack

Western Mania

  1. Fish & Chip
  2. Chicken Maryland
  3. Chicken Chop
  4. Chicken Boxing (6pax)
  5. Chicken Grill
  6. Beef Steak
  7. Lamb Chop
  8. T-Bone Steak
  9. Lamb Rack
  10. Smoke Salmon Grill

Lamb Stew

dan banyak lagi menu pilihan western yang anda boleh pilih.

Pelbagai menu telah ditambah kerana Restoran Papero ini telah bergabung dengan Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood milik artis nasyid Munif Ahmad (Vokalis Kumpulan Nasyid, Hijjaz). Sekaligus menjadikan satu nama Restoran Muniff Hijjaz Papero. Cawangan Restoran Munif Hijjaz di Greenwood, Gombak telah ditutup dan digantikan dengan pembukaan gabungan restoran di Shah Alam ini.

Saya diberitahu pengubahsuaian restoran telah mengambil masa lebih kurang 2 bulan. Apa yang saya dapat lihat ubahsuai melibat dekorasi dalaman suasana santai sesuai untuk seisi keluarga datang makan manakala di bahagian luar golongan anak muda datang makan sambil lepak ambil angin di kawasan luar.

food review munif hijjaz papero

Saya berkesempatan mencuba sendiri semasa pembukaan nya pada tarikh 07 Oktober lepas dijemput oleh Encik Abdul Malek. Saya makan Nasi Arab Maqlubah Mix ayam dan kambing. Saya order nasi maqlubah kerana dah biasa dengan nasi arab mandy, apa salah kita cuba benda yang tak pernah kita makan kan. Nasi Maqluba ini memang betul beza dengan nasi mandy. Terasa juice campuran ramuan rempah ratus nya, makan pula dengan ayam dan kambing yang lembut gila. Susah nak dapat isi daging yang lembut tau! dulu pernah makan dekat satu kedai arab ni mak ai! liat daging kambing dia.

Nak datang makan dekat sini senang je.
Sri Acappella, No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13 Shah Alam Selangor
Bersebelahan dengan Restoran Steamboat D’Kayangan dan berhadapan dengan Restoran Tupai-Tupai Shah Alam.

Facebook —> Restoran Munif Hijjaz Papero

Next restaurant please… :p

(5)

2,166 total views, 1 views today

Seafood dan Steamboat Buffet Bukit Bintang
Makan Steamboat Sampai Kenyang di Melaka

2 Replies to “Munif Hijjaz dan Papero Bergabung Meletop”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge