Mula Minat Pakaian Preloved, Tak Sabar Tunggu Pelancaran Bandoru

bandoru-store-batu-3-shah-alam

Hai korang, meh nak tunjuk sesuatu yang best masa aku datang terjah pra pelancaran Bandoru Store selasa lepas which is 02 haribulan 11 yang lepas. Memang rambang mata nak pilih, banyak gila baju-baju, seluar, kemeja, sweater, beg tangan jacket dan banyak lagi buat golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Konsep butik yang diketengah kan tak terasa pun barangan preloved, rasa macam beli barangan baru. Punya la elok lagi barangan ini semua, berkualiti pula tu dan paling penting stock original daripada Jepun.

Meh nak belanja outfit yang aku sedang gaya kan ini. Preloved Outfit dari Bandoru Store.

bandoru-preloved-shah-alam

T-Shirt – RM10
Jacket – RM50
Jeans Kepala Kain – RM90
Kasut – RM70

Total =  RM220

Harga sebenar : RM500

Walaupun preloved barang masih cun dan kualiti baik. Barangan branded beb! Made in Japan. hohoho. Btw baju t-shirt School Of Rock and Roll yang aku pakai tu Amy Search dah pernah pakai.. hehehe

halim-preloved-item-bandoru

Aku pun tak sangka aku boleh minat dengan pakaian preloved atau dalam bahasa mudah nya BUNDLE. Terus terang aku cakap bila aku try nak beli barang bundle dekat luar sana, entah la aku rasa semacam rasa tak enak. Bukan sebab benda tu bundle, tapi aku rasa tak selamat dengan kebersihan baju, lepas tu main gantung je, tak tersusun, susah nak pilih apa yang kita nak cari dan macam-macam lagi.

“SAYA SENDIRI YANG AKAN PASTIKAN BARANG NI ORIGINAL !!” – Rifa’at (Factory Manager)

Tapi apa yang Bandoru Store usahakan setiap barangan menjalani proses pengasingan berperingkat untuk memastikan kualiti dan kebersihan barangan dan memenuhi citarasa pengguna dengan slogan Better Than New.

pre-loved-vintage-clothes-malaysia

Sempat juga la aku belajar-belajar sikit pasal dunia preloved item ni. Ada yang Rare, Vintage dan Retro. Jangan terkejut kalau macam harga mahal sikit, contoh macam jeans dekat atas RM90 kan, sebab tu guna kepala kain. Mula-mula aku pun tak tahu apa benda kepala kain. Tuan Wafi dan staff Bandoru sedikit sebanyak sempat kongsi dengan aku. Hehehe memang best balik hujung hujung ni dapat ilmu lebih sikit. Ada juga koleksi rare yang harga cecah ratusan dan ribuan ringgit.

BACA: Apa Itu Jeans ‘Kepala Kain’ Dan Kenapa Harganya Lebih Mahal Berbanding Jeans Biasa.

Segenap sosial media facebook, instagram, youtube apa semua dah heboh pasal satu pembukaan butik preloved mall terbesar di Shah Alam akan dibuka tak lama lagi. Habis riuh rendah bising sebulan awal aku follow update dia orang ini, Hebat! Promosi besar-besaran tudia, ini bukan biasa-biasa ini.

bandoru-batu-3-shah-alam

Ramai gila orang dah desak tanya, “dah buka ke, dah boleh beli ke” memasing dah tak sabar nampak gaya nya. Menelan air liur memasing lepas tengok kita orang dapat datang hari pra pelancaran yang dibuka untuk blogger sahaja.

Soft Launch Bandoru Store

Dapatkan 20% Kupon Diskaun Serta Peluang Menangi Beg LV, Macbook & iPad! Daftar sini

Disebalik Tabir Pra Pelancaran Bandoru Store

Rileks-rileks! Tinggal satu hari lagi. Ye tinggal satu hari je lagi untuk Pembukaan Preloved Mall terbesar di Shah Alam.

Sabtu yee!!! 05hb sabtu ni Grand Launch besar-besaran.. ahh!! Masa tu korang datang la bawak pakwe makwe suami isteri, mak ayah abg adik kakak sedara mara kengkawan datang serbu Bandoru Store ok! Address korang tgk kat ig diaorang @bandorumalaysia.

Sabtu ni start 1.30pm baru boleh shopping . Stock banyak barang-barang branded, rare item, vintage dan retro baru bawa masuk.

Antara jenama terkemuka yang boleh didapati di Bandoru Store adalah Uniqlo, Zara, Converse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton, H&M, Timberland, Dr Martens, Levis, Edwin, Raplh Lauren, dan banyak lagi jenama tempatan dan antarabangsa terutamanya jenama Jepun!!

FREE SHUTTLE KTM BATU 3 SHAH ALAM ke BANDORU STORE DISEDIAKAN!!!

970 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • bandoru shah alam
  • beli baju best di bandoru
  • harga barang di bondoru store
Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Sedap
Nak Menang Beg LV, Macbook & iPads?

3 Replies to “Mula Minat Pakaian Preloved, Tak Sabar Tunggu Pelancaran Bandoru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge