Movie Day Out Tonton Zack Kapcai

zack kapcai

Weh, lamanya tak tengok cerita Melayu. Tahun ini movie banyak tengok cerita omputeh, sekali sekala layan cerita Melayu apa salahnya. hahaha

Rasanya tahun ini macam tak berapa banyak je filem Melayu keluar pawagam. Bulan ini tengok filem Melayu ada Zack Kapcai. Yang lain semua cerita omputeh. Apa lagi layan jela kan. Ingatkan tak best je cerita Zack Kapcai ni. Mula-mula start je dah buat lawak Fad Bocey dengan Syuk SYJ. Tak percaya pergi la tengok sendiri. :p

zack kapcai

Sebelum pergi tengok wayang pergi makan steamboat jap. Eh! macam dah lama je tak makan steamboat dekat Pak John. hehehe. Tak tahu pula Blogretis & MIG Movie Out dinner di Pak John Steamboat.

Lepas makan-makan, dah jom kita pergi tengok Zack Kapcai.  Boleh tengok video di bawah.

Cerita dia macam ini.

Zack merupakan seorang peminat motosikal kapcai yang dibesarkan tanpa ayah. Pada satu hari, ibunya telah menceritakan kisah sebenar yang mana bapa kandungnya masih lagi hidup dan merupakan Raja Kapcai. Terkejut dengan berita itu, Zack mengambil keputusan untuk mencari bapa kandungnya sehingga jumpa.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Julai 2016
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: 1 Jam 21 Minit
Pengedar: METROWEALTH
Pelakon: Fad, Rahim R2, Syuk SYJ, Julia Marin
Pengarah: Rosli Mohd Taib
Format: 2D

Tengok video trailer dulu.

Gerak Lu Pape Roger.

Jangan lupa tengok Zack Kapcai di pawagam, dah keluar masa 14 Julai itu hari lagi.

Boring tengok cerita omputeh, tengokc cerita Melayu pula, tak payah nak baca substitle. Sambil tidur pun faham jalan cerita. kahkahkah..

3 bintang daripada 5 untuk filem Zack Kapcai keluaran MIG Entertainment.

(4)

1,175 total views, 2 views today

Majlis Blogger Raya Sambutan Tahun Ketiga
Iftar Tudia Char Kuey Teow

1 Comment on "Movie Day Out Tonton Zack Kapcai"

  1. adeh, tak sempat join haritu. masa tak mengizinkan. klu tak boleh jmpa halim hehehe
    Uncle Zuan recently posted…Apa Yang Menarik di Bandar Seri Begawan?My Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!