Mini UTC Sentul Tiada SSM!

Gila! dah dekat sebulan SSM aku tak renew.. Daripada sehari ke sehari nak renew asyik bertangguh-tangguh ja. Tak perasan tarikh expired. Masak lah aku lambat renew kena denda RM30 tak termasuk 6% GST lagi tuhh.Haritu 2 kali dah pergi SSM KL Sentral.  First pergi dah tutup, kali kedua pergi umangai! ramai gila orang. Tak sanggup nak nunggu lelama. Lepas tu ada member cadang pergi UTC Pudu. Adoi! kat sana pun sama ruang pulak kecik pulak tu.

Mini_UTC_Sentul

Aku try pergi UTC Sentul, hampeh… UTC Sentul takdak SSM rupanya patut lah aku search google tak ada jumpa pasal SSM Sentul. So untuk korang nak pergi SSM yang ada KL Sentral, Pudu ataupun The Mall (atau nama baru Sunway Putra Mall) depan PWTC. Tu pun taktau ada lagi ke tak sejak dah diambil alih oleh orang lain. Diubahsai cantik da sekarang tempat tu. Esok aku nak p usha-usha sana jap.

Mini UTC Sentul cuma ada Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pos Malaysia. Aku pernah dulu buat IC kat sini. Datang malam esok siap. Kalau datang awal mungkin time tu jugak siap rasanya.

Apa yang aku nak cari tak ada buat apa tunggu lama, chow jelah. Alang-alang pomade aku dah habis menyinggah jap la kedai selipar dekat pintu gerbang Kg Baru. Sebelum ni aku naik bas GOKL nampak lalu pintu gerbang tu bas free kan apa lagi naik jelah. Cuma satu jelah Pemandu Bas GOKL panas baran siot. Korang boleh baca entry aku sebelum ni Pemandu Bas yang Panas Baran, dalam entry tu pemandu bas tu buat benda banggang yang budak-budak punya perangai. Korang baca lah entry tu.

pomad

BTW aku dah beli da Pomade baru. Sekian lama rambut berserabai pakai wax apa pun tak jadi. Try pakai pomade cantik je kemas rambut. Sebelum ni aku pakai Suavecito yang jenis firme hold. Kali ni aku try pakai gonzo pula. Mula-mula pakai ni rasa melekit kuat lagi, tak cukup strong dan bila sikat tu macam ada sisa-sisa pomade yang melekat. Yelah aku pakai masa rambut lembab. Esok nak try pakai waktu rambut kering pulak.

Aku pakai Suavecito tu ok lah, nampak hensem sikit. Harga pun agak hensem jugak lah RM65. Yang gonzo ni RM45 je pasal aku repeat customer kata abang tu.. hehehe

Boleh lah pergi beli pomade dekat kedai selipar pintu gerbang Kg. Baru. Brader tu share kedai lagi separuh tengah masak kuih raya tu. Kot-kot nak menempah boleh dah tu.. Last minit kang tempahan dah tutup da….

 

(140)

6,294 total views, 3 views today

Incoming search terms:

  • ssm utc sentul
3 Pilihan Ubat Hilangkan Parut #1 Paling Dicadang Pakai
Pemandu Bas yang Panas Baran

5 Comments on "Mini UTC Sentul Tiada SSM!"

  1. Bagusla halim buat entri2 cmni…nmpk mcm remeh…mcm jalan nak pergi ampang point tu…google terus kluar halim punya entry…hahha
    shiqin sunshine recently posted…Chakri Palace KLCC Ramadhan Buffet 2015!My Profile

  2. Mula2 cerita pasal utc, then pemandu bas baran, then minyak rambut. ganas pulak tengok packaging diorang tu. hehehehe
    sayaiday recently posted…Resepi Mudah : Ayam Goreng Mentega Telur MasinMy Profile

  3. Entry ni sgt membantu. Tapi ending dia last daftar kat mana? Nak renew jugak ni.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!