Mini Showcase tribute Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

tribute P.Ramlee

Serius. Aku tak puas tengok persembahan tribute Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Macam ni cerita dia, bulan lepas aku ada pergi tengok persembahan Sabuah Naskhah Lagenda yang dianjurkan oleh Voxscape Entertaiment dekat Talent Lounge. Persembahan ini diaorang buat tribute kepada Tan Sri P.Ramlee diorang nyanyikan balik lagu-lagu best P.Ramlee, menggayakan ala-ala P.Ramlee dan bagusnya ada serba sedikit tentang sejarah P.Ramlee.

Rasa sedih juga lah bila tv haritu  ada siarkan dokumentari hidup P.Ramlee dimana pengakhiran hidupnya menyayatkan hati. Tambahan lagi selepas pemergian Allahyarham baru lah beliau diangkat dan diberi gelaran Tan Sri. Sepatutnya penghargaan ini seharusnya beri pada masa Allahyarham masih hidup lagi. Ini tidak, masa hidup dianiaya.

MYT

Disini aku beri kepujian untuk Malaysia Youth Talent yang merupakan sebuah komuniti dikendalikan oleh Voxscape Entertainment. Diaorang ini bagus ada bakat, nyanyi sedap sebab tu lah voxscape beri platform untuk mengetengahkan bakat yang mereka ada. Setiap minggu ada kelas vokal, latihan grooming, latihan persembahan dan sebagainya. Tidak heran lah P.Ramlee Mini Showcase ini berjalan lancar.

Komuniti ini merupakan salah satu komuniti golongan belia yang aktif dan menjalankan pelbagai aktiviti hampir setiap minggu berpusat di Cheras. Selain daripada P.Ramlee Mini Showcase, Sa-buah Naskhah Lagenda theMYTcrew juga pernah terlibat dalam beberapa majlis besar seperti :

1. Petronas Weekend Show (September 2013 – November 2013)

2. Paradigm Mall top 10 Around (Kelantan, We Still Hear You)

3. Markets – 15 by Jaya One

4. Pak John Steamboat Weekend Show (Disember 2014 – March 2015 | Kami berkalobarasi)

5. Chemistry Cafe Weekend Show (September 2014 – Now)

6. Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29)

Seperti biasa, jika korang yang sedang membaca entry ini berminat untuk membuat tempahan persembahan nyanyian, studio rakaman, pengurusan artis, sewaan alatan P.A System boleh hubungi aku 01118546597

atau

012-4250544 (Iszee) | 013-3755552 (Elfie)

#NaskhahLagenda
#TheMYTcrew
#KaryaBelia
#Voxscape
#TalentLounge
#LonganGarage

865 total views, 3 views today

Pusat Kesihatan Terapi Ozone Baru Buka di Shah Alam
Kempen #taknakseludup Hari Tanpa Tembakau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge