Merecek Hawau Kabali Versi Bahasa Melayu

kabali melayu

Lepas habis meeting jumaat 29hb Julai yang lepas, aku bergegas terus pergi KLCC laju-laju. Punya la jem daripada Shah Alam nak ke KL time tu. Memang cari padah la time peak hours orang nak balik kerja. Ini gara-gara nak tengok filem Kabali punya pasal la ni. Punya la eksited nak tengok Filem Kabali dalam kereta punya meronta-ronta nak cepat sampai ke KLCC. hahaha

Sampai-sampai je KLCC terus naik dekat TGV ambil tiket dekat Neyra Shazeyra. Dapat tiket VIP uolls.. Punya la ramai orang yang beratur nak tengok cerita Kabali ni. Lama juga la nak kena tunggu sebelum nak masuk  hall wayang. Aku dah macam wow! Rajinikanth! Rupa-rupanya bukan, klon je diaorang buat, kalau real betul aku dah pergi ambil gambar dengan dia kot. Artis Filem Tamil popular satu dunia kot. Rugi la kalau tak ambil gambar. Hahahah

Filem Kabali ini dah keluar dekat pawagam 22 Julai lagi tapi versi tamil la. Yang kita orang tengok ini Kabali yang dah telah di alih bahasa Melayu. Kira nya ini filem tamil pertama yang menggunakan bahasa Melayu. Suara latar pun calang-calang artis. Bukan senang tau nak bawa suara lepas tu nak bagi ngam dengan dialek bahasa Melayu.

Antara artis latar suara Bahasa Melayu

V Arun Kumaran – Kabaliswaran (Rajinikanth)

Fatiya Latiff – Dhansika

Datuk Jalaluddin Hassan –

Bila dah diubah suai kepada lenggok Bahasa Melayu memang ada part-part memang kelakar la bila dengar. Hahaha

Elok-elok genre filem ini fighting-fighting terus ada komedi dan lawak bila guna Bahasa Melayu. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Malik Streams Corporation atas usaha mengubah alihkan filem Tamil yang pertama ke Bahasa Melayu.

Dalam filem ini juga ada dua lagi pelakon Malaysia, Norman Hakim dan Zack Taipan. Watak diaorang kecik je dalam filem ini untuk pancing market lebih teruja untuk tengok. hahaha

“Hasil jualan tiket “Kabali” di Malaysia sahaja telah mencatat RM12 juta setakat ini,”

Kabali yang turut dilakonkan Radhika Apte, Kishore, Kalaiyarasan, Dhansika dan Dinesh Ravi dikatakan menggunakan kos kira-kira RM80 juta. Selain India dan Malaysia, kisah mengenai dunia samseng itu turut menjalani penggambaran di Hong Kong dan Thailand.

Sesiapa ingat apa suara latar Datuk Jalaludin Hassan bawa dalam filem Kabali ni tolong bagitau sikit, lupa la pulak nama watak gengster dalam filem ni. hahaha

 

(6)

798 total views, 1 views today

Jika Diabaikan Kanak-Kanak Ini Apa Akan Jadi
Wherever you are, I'm always by your side

1 Comment on "Merecek Hawau Kabali Versi Bahasa Melayu"

  1. Alamak…. Macam best sangat jer filem Kabali ni…. Tapi kenapa saya rasa kurang berminat jer nak tengok… huhuhu
    Minggu lepas bawa anak-anak tengok wayang… Tapi cerita GhostBuster..
    Anuar recently posted…Alhamdulillah… Rezeki Blogger Semakin Bertambah, Bila Usahawan Internet (IM) Sibuk Buat Sales di Pasaran AntarabangsaMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!