Mengupas Alam Ghaib – Pengalaman Mahal

Panglima Hitam

Sebuah pengalaman mahal yang dirasakan. Satu-satunya pengalaman yang dicari-cari selama ini. Aktiviti paranormal ini sejak tahun lepas lagi aku dan kawan-kawan buat tapi tak ada hasil yang memuaskan, merasakan sesuatu yang membuang masa apabila yang dicari tak dijumpa. Tetapi selepas kita dah jumpa orang yang betul cara yang betul hasilnya amat memeranjatkan lagi menyeramkan. Macam mana aku kata seram? Percaya tak? kita manusia boleh berinteraksi dengan makhluk halus atau yang lain dari dunia manusia.

Melalui teknik meditasi ini, manusia dapat berhubung secara langsung dengan jin, makhluk halus dan makhluk dunia luar yang kita tak boleh lihat dengan padangan mata kasar. Aku bertuah dapat mengikuti program paranormal bersama kumpulan Mengupas Alam Ghaib. Secara tak langsung dapat bersama kumpulan paranormal yang aku buat iaitu Halimunan Paranormal Team.

MPAG ini diasaskan dan dibimbing oleh Ustaz Nasir dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Program paranormal kami jumaat malam hari itu sedikit sebanyak mencungkil sejarah 8 abad yang lama dulu. Sedikit demi sedikit pembuktian akan diceritakan semula. Walaubagaimana kami tetap berhati-hati dengan tipu helah jin dan iblis.

Nak tahu apa yang kami telah dapat ?? Jeng-jeng nantikan blogpost aku seterusnya. Maka bermula la episod paranormal diceritakan di dalam blog aku……..

6,494 total views, 1 views today

Aktiviti Paranormal di Mimaland
Roh dan Jasad

2 Replies to “Mengupas Alam Ghaib – Pengalaman Mahal”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge