Melawat Ladang Teh Halia Bentong

ginger-tea-bentong

Pertama kali minum teh halia Bentong. Tuang air panas di dalam gelas, buka pek teh halia fuh terbau aroma segar teh halia Bentong berjenama Caroma ini. Terus terang aku cakap pada mula nak minum teh halia Bentong agak cuak juga. Halia kot! kau tahu macam mana rasa halia tu kan? Kalau tergigit masa makan memang aku lueh balik keluar mulut. Lepas tu cepat-cepat makan nasi untuk cover balik rasa halia yang pedas-pedas.

Ramai yang tahu khasiat halia seperti buang angin, toksin, menghilangkan bau badan, redakan tekanan dan banyak lagi tapi tak ramai yang sanggup makan dan minum air halia. Aku tak ada la nak cerita sangat pasal teh Halia Bentong ni, tapi aku tengah eksited nak cerita pasal ladang Halia Bentong.

caroma-ginger-farm

Mana tak eksited nya aku berpeluang dapat tengok  secara dekat ladang halia Bentong, teh halia Bentong yang aku sedang minum ini. Rupanya teh halia Bentong berjenama Caroma ini mempunyai ladang halia atas usahasama Caroma dengan Environment Natural Element terletak di Tanjung Malim.

chemical-free-bentong-ginger-farm

teh-halia-bentong

ladang-halia-bentong

Sebelum tu aku nak bagitau pasal halia Bentong ini lain daripada halia yang biasa jual dekat pasar yang kau selalu tengok tu. Halia Bentong ini daripada saiz lagi besar dan rasa lagi piawww pedas halia, aku dah rasa aku tahu la! Sebab dipanggil halia Bentong pula banyak ditanam di cerun bukit tanah tinggi sekitar Janda Baik dan Bentong.

polybag-halia

anak-benih-halia-bentong

Sekarang tak payah susah-susah, dengan teknologi yang digunakan cuma perlukan benih asli halia Bentong ditanam di dalam polibag berisi kan tanah cerun bukit tanah tinggi dan cuma perlu 70% cahaya matahari. Sistematik aku tengok penanaman halia yang dibuat, kawalan  cahaya dan daripada rumput tumbuh bagi tak nak merebut organik nutrisi.

bahan-kawalan-serangga-perosak-organik

bahan kawalan serangga perosak organic.

Penanaman halia ditanam secara organik tanpa menggunakan bahan kimia sintetis. Jadi dekat ladang halia bentong ini tak pakai racun kimia. Mereka guna bahan kawal serangga perosak organik dengan memakai 20 jenis herba.

caroma-cafe

Selepas dah habis tengok ladang aku pergi  melawat kilang memproses Teh Halia Bentong, pelawat diwajibkan untuk memakai sarung tangan, glove dan baju luaran untuk mematuhi peraturan kebersihan kilang. Fuh! tadi dah tengok ladang macam mana standart organik yang dibuat lepas tu kilang pemprosesan dikawal ketat bagi menjaga kualiti Teh Halia Bentong yang dihasilkan.

caroma-bentong-ginger-tea

Secara keseluruhan Teh Halia Bentong kita dah tengok daripada penanaman, semaian sampai ke packaging memang tiptop nampak yang mereka betul betul jaga kualiti produk. Sijil HALAL, HACCP dan ISO pun ada! Semestinya produk buatan Malaysia.

Bagi korang yang mementing kan kesihatan seperti yang aku ada cakap dekat atas dan berminat untuk mencuba Teh Halia Bentong Caroma boleh buat belian online di  joypremix.com sekotak cuma berharga RM30 je dalam ada 10 sachet 20 gram. Murah je kan, berbaloi-baloi jimat duit beli online tak payah susah-susah keluar habiskan minyak, parking lagi tu dan macam-macam hal lagi la. Baik beli online je.

PROMO CODE : Discount RM5 – BENTONGHALIM5 purchase di joypremix.com – Total RM25 je.

Nak tengok dekat facebook klik Vi Tas

Caroma Bentong Ginger Tea juga akan dipasarkan ke Aeon Supermarket pada masa depan.

(89)

2,428 total views, 1 views today

Ultraman Lelaki Besar
Sebab Sebab Kena Datang Korean Fair

1 Comment on "Melawat Ladang Teh Halia Bentong"

  1. Best nyaa dapat lawat tempat2 sebegini..

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!