Melancong Dalam Negara Dapatkan Pakej Diskaun

mita tourism fair 2016

Jangan kata nak ke luar negara, di dalam negara yang tercinta ini pun tak habis terokai lagi. Dalam 14 buah negeri dalam Malaysia ini sudah berapa banyak tempat telah dilawati? Mungkin akan ada cakap 2-3 buah negeri sahaja yang pernah pergi.

Tetapi sebenar masih ramai yang tak tahu terdapat tempat-tempat yang popular di dalam negara dan masih banyak terdapat produk-produk pelancongan yang belum diterokai atau dikenali. Disini saya nak bagi pujian kepada MITA Tourism Fair atas usaha inisiatif mengumpul serta mengajurkan acara Himpunan Pengiat Industri Pelancongan di Malaysia.

godomestic, dekatje

Kempen Hashtag #GoDomestic #DekatJe diperkenal kan bagi menggalakan pelancongan domestik serta  MITA Tourism Fair mensasarkan produk-produk berpontensi berasaskan pelancongan  di Malaysia untuk di promosikan. Masyarakat akan mula celik dengan segmen-segmen dalam industri seperti Sport Tourism, Medical Tourism, Food Tourism, Eco dan Agro Tourism.

Menariknya, tahun 2016 Kedah menjadi Destinasi Pilihan MITA Tourism Fair sempena Tahun Melawat Kedah atau pun dikenali sebagai Discover Kedah 2016. Negeri Kedah terkenal dengan jelapang padi, banyak tawaran pakej istimewa untuk mengembara di Kedah, oleh itu MITA ingin mengajak pengunjung yang hadir nanti dapatkan pakej yang ditawarkan.

mita tourism fair 2016 klcc

Sebanyak 150 gerai pameran daripada 100 pengusaha pelancongan akan memasarkan berbagai bagai produk pelancongan yang menarik tak boleh dilepaskan. Oleh itu saya nak jemput pembaca-pembaca blog Halim Brothers untuk datang sendiri pada 29 januari  sehingga 31 januari ke pameran MITA Tourism Fair 2016 yang akan diadakan di KLCC.

han rainforest resort

MITA Tourism Fair 2016 menjanjikan suatu tawaran percutian yang menarik kepada pengunjung. Hampir 50% diskaun pakej pelancongan domestik ditawarkan yang tak boleh dilepaskan.

Laman web rasmi MITA Tourism Fair
Facebook : MALAYSIAN INBOUND TOURISM ASSOCIATION (MITA)

2,571 total views, 2 views today

Kembara Media Felcra 2016 Disambut Meriah
Sambut Tahun Baru 2016 di Menara KL Untuk Tengok Pemandangan Bunga Api

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge