MATTA Fair PWTC 2015

matta fair 2015

Iklan Matta Fair dah mula berjoget-joget dalam blog aku ni ah. Boleh pula tak perasan Matta Fair datang kembali. Kali ini Matta Fair dibuat dekat PWTC.  Memandangkan dekat dengan tempat aku maka boleh la pergi usha sekejap lagi. Korang yang tak tahu lagi singkatan kepada Matta ni apa, MATTA adalah bermaksud Malaysian Travel and Tour Agent bertujuan untuk mempromosikan pelancongan di dalam Malaysia dan luar negara.

Tapi sebelum nak datang kena buat persiapan dulu.  Kena bayar yuran kemasukan Dewasa RM4 dan kanak-kanak bawah 12 tahun ke bawah masuk adalah percuma.

Cara ke MATTA FAIR 2015

Dengan kereta:
– Jika korang datang dengan kereta, boleh park kereta sekitar kawasan PWTC, Hentian Putra atau tempat letak kereta terbuka.
– Kalau korang tak nak buang masa pergi park kat vallet Seri Pacific Hotel tapi kena cas RM15-RM45 juga lah bergantung kepada berapa lama korang park. Lepas tu  korang hanya berjalan terus ke Pameran MATTA dari pintu masuk hotel.
– Pilihan lain adalah untuk datang awal dan meletakkan di PWTC.
– Tempat lain adalah untuk meletakkan seluruh di The Sunway Putra Pusat (The Mall) dan berjalan di atas jejantas.
– Elakkan meletakkan kenderaan di sepanjang jalan sesuka hati kerana silap-silap haribulan korang boleh kena saman! hahaha..
– Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, korang datang lah awal sebelum jam 11 pagi.

Teksi:
–  Naik teksi dan cakap nak pergi MATTA Fair di PWTC.
– Pastikan Teksi menggunakan meter (tambang)

Bas:
– Naik Bas Rapid KL berhenti di Chowkit tapi kena jalan kaki sikit ke PWTC tu…
– Jangan balik lambat, pukul 12 tengah malam bas dah habis.

LRT :
– LRT STAR berhenti di Stesen PWTC dan berjalan kaki sikit ke MATTA Fair
– LRT PUTRA LINE berhenti di Stesen Masjid Jamek dan tukar station LRT STAR.

Tarikh: 13 Mac 2015 (Jumaat) – 15 Mac 2015 (Ahad) 10:00-9:00
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Ok chow! aku nak gerak p tengok kot-kot ada pakej Melancong yang best-best. Jumpa kat sana tegur-tegur lah ya.

(6)

2,304 total views, 1 views today

Hot Balloon Putrajaya 2015
Bosan Baca Blog Kau, Skema Sangat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge