Makeover John Master bersama Abang Nara

Nak cerita pasal aku terpilih jadi peserta John Master Confident Men under Abang Nara. So macam mana aku boleh terpilih? Aku nampak abang Nara post dekat IG dia pencarian John Master Confident Men, task dia kena post gambar kita yang menampakkan confident kita. So aku pertaruhkan beberapa gambar ni… hehehe

Macam mana, ok tak gambar-gambar yang aku hantar  #JohnMasterConfidentMen?  Dengan penuh confident aku join. Tak disangka-sangka Abang Nara komen salah satu gambar dekat atas minta emailkan nombor telefon. Kalau dah abang Nara datang komen macam ni, korang rasa?? Aku terpilih tak? Alhamdulillah aku terpilih untuk hadir acara John Master Confident Men keesokkanya diadakan di Sogo, KL.

Awal-awal pagi aku dah bersiap takut terlajak tertidur. Pukul 10 pagi aku dah terpacak dekat Sogo, punctual tau. hehehe… Rupanya bukan Abang Nara je ada,  2 orang to blogger yang datang. Budiey dan Namee Roslan. Setiap blogger pilih 5 orang lelaki untuk di make over kan dengan pakaian John Master.

John Master - Sogo

Maka berpilih-pilih lah kitaorang peserta nih seluar dan baju. Baju lawa-lawa, seluar pon ok-ok smart casual ada, slack ada, cutting fit pun ada. Tapi itu lah saiz aku takdo! seluar panjang, baju pula saiz M besar juga, kena pakai saiz  S lah..

pilihan pakaian john master
Tengah Pilih-Pilih Baju

Lepas dah pilih-pilih baju tu ada 3 orang juri nak tengok kitaorang posing dengan confident. Aku pun bantai lah posing macam mana pun. hahaha.  Sedih! nak dibanding kan group Budiey model-model.

Broframestone
Eh! ada Broframestone. Macam condifent je tu!!
Selepas Make Over
Selepas Make Over
group abang nara
group abang nara

Nampak apa kitaorang pakai?? Tulah baju yang kitaorang dapat untuk bawak balik sekali. Yeah! thank John Master Malaysia, Sogo.  Lebih confident lepas ni dengan memakai pakaian jenama John Master. Mana tak nya seluar harga RM2 ratus lebih baju pulak RM1 ratus lebih. Hehehe

Tapi seluar nak kena bagi potong dan kecikkan sikit baru ngam dengan aku. Thanks juga Abang Nara telah pilih diri ini untuk terlibat bersama aktiviti makeover nih! Semoga dapat berjumpa lagi..

(8)

1,404 total views, 2 views today

Iftar Potluck Blogger 2015
Jom Kita ke Festival Ramadan Klang

3 Replies to “Makeover John Master bersama Abang Nara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge