Makan Tengah Hari Sedap di Shah Alam Set Menu Nasi Dalai

makan sedap tengah hari di shah alam

makan sedap tengah hari di shah alam

Makan tengah hari sedap di Shah Alam, saya nak mencadangkan satu kedai makan di Bangunan Umno Seksyen 11, Shah Alam. Dekat situ memang ramai orang kerja pejabat. Macam-macam pejabat agensi kerajaan ada dekat situ. For sure tengahari dalam pukul 12 perut masing-masing dah mula berbunyi, tunggu tiba masa nak keluar lunch jela. Sempat saya tengok ronda-ronda kawasan terlihat ada juga 3-4 biji kedai makan yang lain. Nampak semua kedai menawarkan menu masakan panas melayu dan nasi campur.

Gigih pula kan tinggal dekat KL datang Shah Alam semata-semata nak makan tengahari. Nampak tak bukan sebarang kedai makan ini tau. Jemputan daripada penaja Blogger Raya 2016, salah seorang pemilik katering Sajian dHidang iaitu sekarang dah jadi kawan Aliff Aziz, eh ini bukan Aliff Aziz penyanyi tu tau, ini tauke katering kahwin tersohor di Shah Alam. Fuh! best kalau dapat pakej kahwin ekslusif dari katering Sajian dHidang.

Berbalik pada makan tengah hari sedap di Shah Alam. Rupa-rupanya Sajian D-Hidang bukan je ada katering, Restoran Sajian dHidang pun ada. Antara 2 top menu kegemaran orang tempah katering daging salai masak lemak dan ikan masin berlada. Disebabkan 2 ini paling top sampai orang tertanya-tanya tak akan tunggu katering kahwin baru dapat makan. Fuh! dia punya penangan nah ambik kau terus dimasuk kan jadi menu baru. Nama menu memang unik habis, tak pernah lagi dengar dalam Malaysia nama Nasi Dalai? Hah! pernah dengar tak nama Nasi Dalai dekat mana-mana? Tak kan?

nasi dalai shah alam

Apa benda menu Nasi Dalai ini?

Nasi Dalai ringkasan untuk Nasi Masak Lemak Daging Salai. Didatangkan satu set menu bersama Kerabu Sayur, Ikan Masin Berlada, dan Sambal Belacan membuatkan saya bertambah selera nak makan. Daging salai masak lemak ini sebenarnya adalah kegemaran saya memang saya tak lepaskan peluang nak rasa, daging empuk, rasa lemak bersantan jelas terasa pekat, cuma saya lebih suka lemak asli kelapa dan rasa pedas. Kebanyakkan kedai makan rata-rata saya cuba mesti buat tak pedas sebab katanya risau orang tak makan tu yang ada sambal belancan untuk bagi terasa pedas.

Sudah selesai makan, teh o ais diberikan percuma untuk membasahkan tekak. Bagi saya ini menu makanan paling jimat untuk pekerja pejabat dekat kawasan sana. Satu set dapat Nasi putih, daging salai masak lemak, kerabu sayur, ikan masin berlada dan percuma teh o ais. Apa lagi kau nak? Makan jela! RM9.90 je. Haritu masa hari pembukaan lagi meriah 50% diskaun RM4.95 je. Hari-hari makan ini pun tak apa. hahaha.

Waktu rehat makan tengah hari berapa lama je kan? Nak buat itu ini, nak makan, solat, parking, berjalan apa semua tu dah makan berapa banyak masa. Nak order makanan panas-panas lambat tu nak kena tunggu 10 minit siap. Menu Nasi Dalai ini dengan kadar segera boleh dapat, dah jimat masa dekat situ.

restoran sajian dhidang

Nak makan percuma tiap minggu pun ada, korang jangan lupa minta kad kesetiaan Sajian, nak lebih detail lanjut pasal makan percuma ini better korang terus tanya dekat kaunter pertanyaan tu macam mana.

Nak alamat ke? Ok la untuk korang mungkin tak tahu macam saya juga masa pertama kali datang tengok alamat juga. Jadi ini alamat. Tengok baik-baik jangan tersilap jangan terpergi dekat Wisma Sajian Dhidang sudah la.

Restoran Sajian Dhidang
No 10, Pusat Dagangan UMNO, Bahagian Shah Alam,
Persiaran Damai, Sekyen 11, 40100
Shah Alam, Selangor.
No Telefon : 03-55114015
Whatsapp : 018-2535773
Facebook : Restoran Sajian d-Hidang.
Introducer : Blog halimbrothers.com

Gambar oleh : @the90s_studio

(271)

927 total views, 1 views today

Makan Best Di Bangi - Nasi Dagang Kuah Ikan Tongkol Power

1 Comment on "Makan Tengah Hari Sedap di Shah Alam Set Menu Nasi Dalai"

  1. Wahhh… Lapar terus…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!