Makan Steamboat Sampai Kenyang di Melaka

Siapa kenal saya tahun lepas mesti teringat kan saya pasal steamboat. Ada member siap cop kat dahi ni steamboat. Hahaha.. Tahun lepas memang galak makan steamboat, boleh dikatakan setiap minggu makan steamboat. Cuma tahun ini dah lama tak makan steamboat. Selalu makan steamboat boleh gatal-gatal badan ooh! Mana tak nya dengan seafood, daging nya lagi mana boleh tahan.

api-api steamboat

Disebabkan dah lama tak makan steamboat sampai ke Melaka cari makan steamboat punya pasal. Nasib baik tak menghampakan. Jumpa juga Api-api steamboat yang menjadi bualan kawan-kawan yang post di facebook diaorang datang makan kat sini.

Korang nak datang sini pun mudah berdekatan AEON Bandaraya Melaka. Susah-susah takut sesat datang dari KL waze je ApiApi confirm sampai restoran steamboat ini.

seafood steamboat

meat steamboat

Harga pula sangat-sangat berpatutan dengan apa yang korang bakal melantak nanti. Macam-macam ada. hahaha
daging, seafood, bebola. Tak cukup tu makanan berlauk dengan nasi putih pun ada.

makanan berlauk

makanan panas-panas

Harga Steamboat Api-Api Melaka

Isnin
Senior Citizen
45 tahun ke atas. IC diperlukan
RM19.99/pax | RM35.99/2 pax

Selasa
Couple Night
Untuk pasangan sahaja
RM44.99/2 pax | RM79.99/4 pax

Rabu
Ladies Night
Untuk wanita sahaja
RM22.99/pax | RM79.99/4 pax

Khamis
Student
Kad pelajar diperlukan
RM22.99/pax | RM79.99/4 pax

Jumaat
Pesta Jumaat
Bawa 9 orang, percuma untuk 1 orang
RM29.99/pax | RM59.99/2 pax

Sabtu
Hari Keluarga
Bawak 8 kanak-kanak, percuma untuk kanak-kanak ke-9
RM29.99/pax | RM59.99/2 pax

Ahad
Istimewa Ahad
Istimewa untuk semua
RM24.99/pax | RM44.99/2 pax

Harga macam ini consider murah juga berbanding dekat KL atleast RM39++ sekepala. Hujung minggu 49++. Tapi dekat Api-api hari weekend dia murah pula. Saja lah nak tu nak kita lepak weekend layan steamboat, tak gitu. hihihi

api-api steamboat Melaka

Alamat Api-Api Steamboat Melaka

Api-Api Steamboat & Grill
No. 8, Jalan Jalan Lagenda 6,
Taman 1 lagenda,
Melaka Tengah,
75400 Melaka,
Waktu Operasi: Mon-Sun: 12:00 pm-12:00 am
Email: apiapisteamboatandgrill@gmail.com
Telefon: 013-304 0500
Restoran ni waktu malam-malam meriah sungguh. Sesuai sangat nak bawa family makan sini, lepak-lepak chill makan dengan member-member. Lepas puas melantak kitaorang balik hotel. Hotel pun ada cerita menarik juga, nantikan update seterusnya pasal hotel. Ada sikit drama telah terjadi masa trip kitaorang pergi Melaka bulan lepas. Dah up entri tu nanti saya letak backlink dekat sini senang untuk korang baca. 😀

2,757 total views, 2 views today

Incoming search terms:

  • steamboat murah di melaka
Munif Hijjaz dan Papero Bergabung Meletop
Bro Char Kuey Teow Tanjung Malim

2 Replies to “Makan Steamboat Sampai Kenyang di Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge