Makan Best Di Bangi – Nasi Dagang Kuah Ikan Tongkol Power

nasi-dagang-sedap

Bagi yang follow aku di instagram atau facebook mesti perasan kan dalam sebulan 3-4 kali aku makan nasi dagang. Sedap sangat weh tu yang repeat makan banyak kali. Bangi tempat makan best mana cakap kau yang ada nasi dagang sekali free lokching 2 batang yang rangup. Kuah kari ikan tongkol dia yang padu, telur rebus sebiji macam mana la aku sanggup datang repeat makan jauh-jauh kat Bangi ni woi.

Aku tulis entry ni pun sebab teringat Nasi Dagang Sedap Orked Lavender Kafe. Dah lama tak makan woii tengah agak bz juga sekarang ni.

spaghetti beef bolognese

Kali terakhir haritu aku datang makan dekat Orked Lavender Kafe, spaghetti beef bolognese. faveret aku ni. Kebetulan diaorang dah tambah menu spaghetti apa lagi aku order la. Kalau tak sebelum ni ada spaghetti tuna je. Spaghetti tuna ni pun layan juga weh, tak percaya try la makan. Mesti korang tak pernah makan lagi kan spaghetti tuna? Kahkahkah.

Korang banyak sangat alasan aku lempang juga, aku yang datang jauh-jauh dari KL (jauh la sangat) pon boleh pergi ke Bangi demi mencari tempat makan best dan sedap di Bangi demi engkorang.

Ok dah, aku dah mark satu kedai makan best dekat bangi, next time nak cuba yang lain kedai makan yang sedap di Bangi.

 Suka Makan Nasi Ayam Penyet? Baca : Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Sedap

Nak apa? Nak alamat? Nah ambil ni.

ORKED LAVENDER KAFE
7-G JALAN PERSIARAN MEDAN PUSAT 2D,
43650 BANDAR BARU BANGI

MON -SAT 12.30 PM-11.30PM
FRIDAY 2.00 PM- 12.00 PM

Kau datang makan jangan ingat aku tak tau aku ada pasang spy dekat sana.

Baik kau dtg makan, kalau aku dapat kau tak datang makan siap kau! Penat-penat aku tulis alamat, lepas ni aku jumpa tempat makan best tak nak kasitau alamat. Padan muka engkau, aku yang makan kau yang tengok. Kahkahlah.

gambar oleh : Fazril Hafiz

2,572 total views, 3 views today

Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Sedap

2 Replies to “Makan Best Di Bangi – Nasi Dagang Kuah Ikan Tongkol Power”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge