Majlis Blogger Raya Sambutan Tahun Ketiga

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering

Alhamdulillah Majlis Blogger Raya 2016 dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Merupakan majlis blogger raya tahun kedua dibuat selepas 3 tahun Hai Blogger! ditubuhkan. Terasa cepat betul masa berlalu. Padahal sebelum majlis berlangsung terasa lambat masa berjalan sampai tiba waktu nya terasa cepat pula masa berlalu dengan kehadiran blogger dan tetamu datang.

Bertema pakaian baju kurung dan baju melayu punya meriah masing-masing datang.

Memang dah niat nak adakan Majlis Blogger Raya ini sebagai majlis tahunan wajib Hai Blogger! untuk diraikan bersama rakan-rakan blogger yang lain. Tak lain tak bukan tujuan dan objektif untuk berjumpa rakan-rakan blogger bermaafan-maafan di penghujung syawal di mana awal syawal kita tak berkesempatan jumpa. Yela masing-masing sibuk dengan keluarga di kampung dan sebagainya.

Agak sukar sebenarnya untuk memilih lokasi dan makanan terbaik untuk majlis blogger raya tahun ini. Bermacam-macam tawaran saya terpaksa tolak, sampai terasa putus asa kerana dah rasa lewat untuk adakan majlis blogger raya.

Sehingga la saya telah menjumpai perkhidmatan katering yang boleh sama-sama menguruskan majlis blogger raya untuk 100 pax tetamu. Perbincangan dibuat, setelah diteliti makanan berkualiti dan ekslusif. Berpengalaman selama 14 tahun, telah banyak menguruskan majlis-majlis orang kenamaan. Tak dapat disangkalkan ini katering terbaik untuk adakan majlis blogger raya 2016.

Bersama Pegurus dan Sales Manager Sajian d-Hidang
Bersama Pegurus dan Sales Manager Sajian d-Hidang

Memperkenalkan Sajian d-Hidang Catering. Maka setelah mendapat kesepakatan kami telah memilih pada tarikh 01 Ogos 2016 iaitu jatuh pada syawal ke 27 bagi mengadakan Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang bertempat di Central Kitchen, Seksyen 15, Shah Alam.

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering

Saya tak terbayang punya ekslusif nya Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang dengan bertema kan english theme dan dekorasi kelihatan elegan. Hebat betul penangan kerja-kerja Sajian d-Hidang. Cuba bayangkan sebenarnya semua ini last minutes preparation. Khemah, dekorasi apa semua dibuat pada waktu petang sebelum majlis bermula. Dalam hati saya dah gementar takut tak sempat siap, paling tidak pun khemah sudah disiap pasang sehari sebelum majlis.  Perasan gementar saya tadi berasa lega kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh krew katering sangat cekap dan cepat. Sekejap je siap dalam pukul 6 petang dah siap pasang. Saya memang mencadangkan anda yang sedang mencari katering yang cepat dan pakej lengkap memilih Sajian d-Hidang Catering, nanti di bawah saya bagi nombor untuk dihubungi.

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering, Suffila Aida

Bertema pakaian baju kurung dan baju melayu punya meriah masing-masing datang. Bab makanan tak perlu risau, ada lebih 13 jenis Menu Raya Ekslusif daripada pihak Sajian d-Hidang sediakan untuk para blogger menikmatinya dengan enak. Nak tahu apa 13 jenis menu raya ekslusif tu? Saya senarai kan di bawah.

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering

Lemang, lontong, rendang daging, rendang ayam, kuah lodeh, kuah kacang, satay ayam / daging, roti jala + kari ayam, Kuey Teow Goreng Panas, ABC / cendol, air kordial anggur, burritos ayam / kambing, kambing golek dan banyak lagi.

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering,

Makanan saya tak sempat nak rasa semua, rata-rata saya lihat semua tetamu menyukai menu makanan yang disediakan oleh Sajian d-Hidang. Tapi apa boleh saya kata, ini saya sendiri makan burritos antara yang sedap saya makan pada masa itu. Kalau dekat luar tak akan dapat burritos seperti ini yang penuh dengan isi daging, lembut, enak dan sedap. Cuba la, antara menu yang terdapat di dalam pakej katering Sajian d-Hidang.

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering
Burritos Stall

Burrito merupakan salah satu makanan Mexico. Makanan ini terdiri atas tortilla gandum yang diisi dengan pelbagai jenis daging seperti daging lembu atau ayam.

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering, Suffila Aida

Majlis turut dimeriahkan oleh emcee persis Emma Maembong, dibawakan khas oleh Mohd Fuad. Siapa berminat nak ada emcee persis Emma Maembong bagitau je nanti saya bagi nombor contact. Sebelum tu nah! ini ig emcee kita yang persis Emma Maembong tu , follow instagram Suffila Aida.

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering

Terima kasih kepada tetamu jemputan VIP yang telah saya jemput iaitu Tuan Hafiz Mansor – Coolhijab, Cik Jasseica Rashid – Miwa Jelly Drink, Tuan Noorizam Shah & Puan Nana – Emorra kerana sudi hadir bersama-sama di Majlis Blogger Raya 2016.

Blogger Raya 2016, Hai Blogger! Sajian d-Hidang Catering, coolhijab

Tak disangka tuan Hafiz Mansor datang bawa lebih 20 botol coolhijab untuk dibuat giveaway. So, kita buat kuiz sikit siapa dapat jawab soalan kita bagi sebotol coolhijab dan 10 botol terakhir siapa nak kena rebut. Memang meriah la masa tu siapa cepat dia dapat.

Berkesempatan ini juga saya telah menjemput Tuan Faiz Razak daripada blogrdirect untuk memberi sedikit intro apa itu blogrdirect dan manfaat kepada industri blogger di Malaysia. Boleh mendaftar di blogrdirect.com, buat masa sekarang sistem sedang lagi beta tester. Korang boleh daftar dan cuba uji sistem kemudian boleh bagi maklumbalas untuk penambahbaikkan dan sebagainya.

Majlis sebegini tak akan mampu berlangsung jika tanpa tulang belakang crew dan partner Neyra Shazeyra, Iena Eliena, Rafzan Tomomi, CVS Production, Blogrdirect dan penaja utama Sajian d-Hidang serta penaja bersama MIWA Jelly Drink.

Akhir kata, setiap majlis yang dirancang sebagus mana pun pasti ada cacat cela nya, jika ada kekurangan dan terlebih di dalam Majlis Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang, Hai Blogger! anjurkan ampun & maaf kami pinta. Ribuan terima kasih kepada semua blogger dan tetamu yang telah hadir jika ada rezeki dan umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan penganjuran lebih ramai dan meriah.

Oh! Sebelum terlupa kepada yang sedang mencari perkhidmatan katering pakej majlis perkhawinan, majlis korporat‎, majlis graduasi, Hi-Tea, Inflight catering dan lain-lain lagi. Saya 100% mencadangkan kepada anda yang berminat untuk mengadakan majlis yang grand, exclusive, makanan berkualiti dan sedap untuk menghubungi Sajian d-Hidang sebagai pilihan pakej katering.

SAJIAN D HIDANG (M) SDN BHD
Sajian d-Hidang Catering
33 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Facebook : Sajian d-Hidang Catering
Nom Pejabat: 03 – 5510 8776 / 9776 / 3773

p/s: Unlock achievement tahun lepas penganjuran blogger raya 2015 sekitar 20 orang tetamu, tahun ini kami telah berjaya anjurkan untuk 100 orang tetamu. Bagaimana dengan tahun hadapan? 100? 200? 300 orang? Sama-sama kita nantikan sokongan rakan-rakan diperlukan dan amat dihargai. Tanpa sokongan korang tidak akan dapat disempurnakan majlis sebegini.

Baca: Sambutan Blogger Raya 2015

(5)

2,798 total views, 2 views today

Datang Jauh Ke Melaka Semata Nak Makan Kek dan Roti
Movie Day Out Tonton Zack Kapcai

3 Replies to “Majlis Blogger Raya Sambutan Tahun Ketiga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge