Mai Langkawi Bulan Mei

mai langkawi, Langkawi International Laksa Carnival 2016 (LILAC)

Kepada peminat Laksa, diminta untuk memohon cuti kerja dari 27 hingga 29 Mei nanti. Dan kepada yang tak tau nak bercuti ke mana bulan Mei nanti??? Mai la ke Langkawi pada tarikh yang sama tu. Mentang-mentang tahun ni tahun melawat Kedah atau Discover Kedah Year 2016 kan.

Nak buat apa dekat Langkawi waktu tu?

Haaa… Kalau korang nak tau masa tu ada Langkawi International Laksa Carnival 2016 (LILAC) yang akan berlangsung di Laman Padi. Karnival ini mengumpulkan semua jenis laksa yang terbaik yang ada di Malaysia dan juga adik-beradik laksa atau rice noodle dari China, Filipina, Thailand dan Indonesia.

hurmmm… Tak menarik lagi? Ok. Kepada pemminat-peminat KPop, rice noodle atau laksa dari Korea akan turut berada di LILAC nanti. Macam mana, ada terliuq tak baca? (da mula da aku guna loghat Kedah).

Apa lagi, pakat mai ramai-ramai ke Langkawi dari 27 hingga 29 Mei nanti. Pasti hangpa lepas tu cakap “I Love Laksa” punye la. (Hehehe. “I Love Laksa” tu tema LILAC2016.)

Kalau hangpa suma nak tau laksa dari dalam dan luar negara ini diterbangkan, dibawa dan dipersembahkan khas untuk pengunjung untuk menikmati perbezaan rasa dan rupa laksa atau rice noodle dari pelbagai latar belakang.

Tak lupa juga LILAC2016 kali ni ada tiga selebrity chef jemputan iaitu Dato’ Fazley Yaacob, Shiela Rusly dan Sarah Benjamin serta profesional chef iaitu Chef Johari Idrus. Hangpa jangan duk rebut peluang untuk bergambaq dengan chef-chef selebriti tu je. Nanti rebut juga peluang untuk memenangi hadiah yang ada.

Oiiii… Jumlah hadiah dia RM50,000.00 naa bukan ciput.

Haa.. Lepaih habis rasa semua laksa-laksa yang ada di LILAC2016 tu nanti hangpa boleh la bawa keluarga hangpa pusing-pusing Pulau Langkawi. Time ini la hangpa nak pi Langkawi Skyglide dan Langkawi Skyrex. Tempat tu tengah up tu. Berjuta orang nak pi sana.

Pastu time nak balik jangan hangpa lupa pi beli sourvenoir. Beli la cokelat, ubat gamat, baju I Love Langkawi untuk kawan-kawan atau ahli keluarga lain naaa. Nampak tak cheq terus bagi planning nak buat apa 3 hari dekat sana. Kalau hangpa rasa bajet problem, don’t worry. Kempen Mai Langkawi nanti ada roadshow untuk mempromosi Langkawi sempena Discover Kedah Year 2016.

Masa Roadshow nanti dapatkan diskaun dari 20 hingga 50 peratus untuk penginapan dan produk perlancongan seperti Dayang Bay Hotel, Hotel Bahagia, 3D Arts Museum, Underwater World Langkawi Skycak dan macam-macam lagi.

Ini list 11 lokasi roadshow tu nanti:

No Program Tarikh Tempat
1 Mai Langkawi Roadshow in Negeri Sembilan 26 & 27 Mac 2016 Seremban, Negeri Sembilan
2 Mai Langkawi Roadshow in Perak 9-11 April 2016 Ipoh, Perak
3 MATTA Fair Kelantan 28-30 April 2016 KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
4 5th Johor Travel Fair 6-8 Mei 2016 Sutera Mall, Johor Bharu, Johor
5 Mai Langkawi Roadshow in Kedah 20-22 Mei 2016 Sungai Petani, Kedah
6 Mai Langkawi Roadshow in Penang 3-5 Jun 2016 Pulau Pinang
7 Mai Langkawi Roadshow in Selangor 22-24 Julai 2016 Puchong, Selangor
8 MATTA Fair Melaka 19-21 Ogos 2016 MITC, Melaka
9 Mai Langkawi Roadshow in Terengganu 30 September – 2 Oktober 2016 Kuala Terengganu
10 Mai Langkawi Roadshow in Kuala Lumpur 21-23 Oktober 2016 Kuala Lumpur
11 Mai Langkawi Roadshow in Kedah 4-5 November 2016 Alor Setar, Kedah

Ha. Orang tua-tua cakap peluang cuma datang sekali, apa lagi, pakat mai la ramai-ramai ke Langkawi naa.

748 total views, 1 views today

Gosip Semasa Di Sepetang Bersama Blogger 2016
Tahniah! Ulangtahun Kedua Projek Travel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge