Mahdi Moudini Turun Penang, buat Persembahan Ilustrasi Memukau

Mahdi MoudiniAhli silap mata dan ilustrasi bertaraf dunia, Mahdi Moudini yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan serta 3 kali berturut-turut menerima anugerah tokoh Merlin yang dianugerahkan oleh badan ahli silap mata berprestij dunia, International Magicians Society (IMS). Antara anugerah yang diterima beliau, :

  1. Ahli Silap Mata Iran Terbaik 2012
  2. Silap Mata Ekstrimis 2013
  3. Best Illusionist in Malaysia 2014

Serta mendapat Doctor of Magic Awards.

Sejak tiba di Malaysia 15 tahun yang lalu, ahli silap mata kelahiran Iran ini berbakat dengan gaya persembahan berkarisma dapat banyak permintaan persembahan silap mata untuk acara-acara berprestij, persembahan untuk kerabat diraja, ahli politik dan orang kenamaan antarabangsa.

Di dalam Malaysia, beliau pernah membuat persembahan di depan Sultan Selangor dan Terengganu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengelarkan kepadanya ‘Godfather of Magic‘, dan juga Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Membuat persembahan ilusi dengan pantas memerlukan kercergasan badan dan minda oleh itu rutin harian Mahdi Moudini melakukan 1500 sit up dalam masa kurang 45 minit diikuti dengan 100 minit berjoging dan 200 tekan tubi bermula pukul 5.00 pagi.

Saya ingin pecah rekod Guinness Book of World Records dengan melakukan 3000 sit up dalam 30 minit, ” kata ahli pakar silap mata dan ilustrasi, Mahdi Moudini.

Mahdi Moudini Magic

magic tali Meja Terbang

Pada penghujung bulan Februari lepas, Mahdi Moudi telah datang ke Pulau Pinang membuat persembahan ilustrasi dihadapan ribuan penonton semasa pelancaran Sky Vista dan CNY di Setia Spice. Beliau buat persembahan tangan di ikat, tangan di potong, ilustrasi menukar wang ringgit kepada wang usd, magic burung tersembunyi, magic ular dan banyak lagi yang memukau para hadirin.

September depan Dr Mahdi Moudi dalam perancangan untuk membuat persembahan terbesar magik bertaraf dunia dimana seramai 8 orang ahli silap mata akan terlibat nanti di Kuala Lumpur.

Selama 2 hari saya dan bersama rakan-rakan media cetak berpeluang beramah mesra dan menemuramah Mahdi Moudi sendiri yang seorang yang amat mesra serta peramah. Ini juga pengalaman paling berharga saya bekerjasama dengan rakan rakan media cetak daripada Harian Metro, Utusan, URTV dan Media Online. Terima kasih atas jemputan serta kerpercayaan yang diberi pada Media Baru  / Media Digital seperti kami (blogger).

(0)

1,975 total views, 1 views today

Mek Mulung Putera Cahaya Bulan Mati Dibunuh
ZARRA Sinar Puteri Lancar Produk 4 dalam 1

3 Replies to “Mahdi Moudini Turun Penang, buat Persembahan Ilustrasi Memukau”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge