Lunch Set BBQ Lamb KL Kemensah Dengan Wife

bbq lamb kl kemensah

Sekarang ni bila nak keluar jalan-jalan atau makan dah tak boleh seorang-seorang dah, kena pergi berdua. Ada satu tempat ini aku tengok macam menarik, itu yang aku ajak wife aku sekali pergi lunch dekat BBQ Lamb KL Kemensah. Sebab aku tengok tempat ni lain daripada lain, nak rasa pengalaman makan dalam sungai rendam kaki dalam air sambil makan.

Perjalanan nak pergi sana dalam sejam juga la, nak cari BBQ Lamb KL Kemensah ni tak susah mana pun sebab tempat ni belakang Zoo Negara je. Cuma kena hati-hati memandu sebab makin dalam makin sempit jalan.

booking bbq lamb kl kemensah

Weekend memang cepat full house weh, lambat kena la menunggu kejap

Mujur kita orang dah booking awal sampai-sampai sana dah beratur panjang. Ada pelanggan yang walk in ada pelanggan yang booking awal seminggu. Bila walk in tu kena beratur tu. Kita dah la excited tak sabar nak rasa makan dalam sungai kan, better booking awal-awal call dia orang 012-2114100. (klik terus whatsapp)

bbq lamb kl kemensah review

Kita orang makan set lunch yang ada bbq lamb grill, chicken grill, meat grill, smokey duck bersama nasi berempah, coleslow, sup serta tiga sos istimewa BBQ Lamb KL Kemensah. Air dekat sini dia orang bagi percuma ice lemon tea secara free flow. Minum la korang sampai kembung perut. Set lunch ni untuk 4 orang tapi kami makan berdua je. hahaha

Bagi aku dekat sini sos dia orang memang padu bila cicah dengan lamb grill tu tak berenti mencicah, chicken grill dan meat grill lembut ya amat ber juice yela proses bbq tu buat air juice daging keluar. Smokey duck juga tak mengecawakan aku, jarang nak jumpa orang kita buat smokey duck ni. Bila dah ada orang kita yang buat smokey duck ni aku tak ragu-ragu la nak makan kan. Daging itik tu jangan cakap la, bila dah dibakar dengan secukup nya fuh lembut daging dia kalah daging ayam manis-manis lemak itik lain tau.

Aku tak ketinggalan nak komen pasal nasi berempah, al maklum kan tekak orang asia, makan western pun mesti nak kena nasi juga. Tapi tak akan nak nasi putih biasa je kan, yang best kat sini nasi tu dia orang blend (campuran) nasi tu dengan ratus rempah yang super marveles.

Senang kata memang tak rugi datang makan dekat sini, sekali sekala nak rasa pengalaman kelainan sambil menghirup udara alam semulajadi. Sebab dekat sana dikelilingi dengan pokok-pokok dan air sungai yang mengalir dari air terjun kemensah.

bbq lamb kl kemensah waktu operasi

Waktu operasi BBQ Lamb KL Kemensah

Hah! Kalau korang nak tahu waktu operasi dan menu BBQ Lamb KL Kemensah nak booking apa semua ni lagi bagus korang terus whatsapp Encik Zainuddin, ni number dia >> 012-2114100. (klik terus whatsapp)

Atau boleh tengok dekat facebook BBQ Lamb KL Kemensah.

Macam aku cakap tadi seelok nya korang booking awal-awal senang sikit bila dah ada nama dia orang nak handle customer.

Agak-agak nya lepas ni nak ajak wife aku melaram pergi mana pula? hahaha

Begini la bila orang dah ada isteri.

(106)

412 total views, 1 views today

AWAS ORANG-ORANG SELANGOR – SERIUS TAK PERNAH RASA KAMBING GOLEK YANG PALING ‘SEDAP’ NI.
MIVAS - Event Vape International Malaysia

Be the first to comment on "Lunch Set BBQ Lamb KL Kemensah Dengan Wife"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!