Lunch Date Sharif Sleeq bersama Bloggers dan Peminat

Gambar Oleh Mohd Rasul

Gambar Oleh Mohd Rasul

Tonton.com.my, portal video nombor 1 di Malaysia dengan rekod lebih 4 juta pengguna berdaftar dibawah kelolaan Media Prima Digital telah menjemput para media, blogger dan peminat makan tengahari bersama Sharif Sleeq sempena meraikan ulangtahun Tonton yang ke-4. Makan tengahari kami ditempatkan di Johnny Rockets Sunway Pyramid.

Meraikan 4 tahun yang hebat bersama lebih 4 juta pengguna berdaftar, tonton lancar siri original “Hanya Satu” yang menampilkan Syarif Sleeq, Kilafairy, Qhaud Rashid, Fazrul Khan, Wan Sharmila bersama bintang jemputan Altimet, Anzalna Nasir, RJ dan Raja Farah.

Johnny Rocket – The Original Burger

Ini pertama kali saya makan burger yang begitu besar, jika tidak silap burger ini sejenis burger hamburger. Burger bakar pun kalah daripada segi saiz nya. Saya telah memilih set Bacon Cheddar Double berharga RM31.90. Semua set burger anda boleh pilih sama ada mahukan Onion Ring ataupun Sweet Potato. Saya pilih sweet potato sekali yang sampai Onion Ring yang besar gila. Puas juga saya cuba menghabiskan nya.

Bacon Cheddar Double

Set Hidang burger bersama Salad dan Onion Ring

Yang menarik nya Restoran Johnnny Rocket ini, apabila customer masuk manager akan sebut “Hye Guys” so ramai-ramai crew mereka jawab Hello! sebagai menyambut pelanggan mereka. Ini mesti anda tak akan jangka bila makan di Johnny Rocket, sedang anda asyik makan makanan anda tiba-tiba muzik dipasang dan semua crew mereka menari gangnam style. Hahaha ini best!

Gambar Oleh MohdRasul.com

Gambar Oleh MohdRasul.com

Terima kasih kepada rakan blogger saya @Emas Putih kerana menjemput saya ke program ini. Tengok lah, kemain lagi mereka berselfie!

Food Blogger Melayu (2)

Food Blogger Melayu 3

Food Blogger Melayu

Dukacita maklumat saya terima , Jonny Rockets tidak mendapat apa-apa sijil halal daripada pihak Jakim kerana restoran ini menghidangkan minuman alcohol. Tetapi bahan mentah yang digunakan daripada pembekal yang mempunyai status Sijil Halal Jakim.

“We do not have halal cert in the restaurant because we have a bar that serves alcohol. However, all our food is halal since we purchase our meat and poultry from local suppliers that have gotten JAKIM Halal Certification. Hope the above clarifies.”

(387)

8,498 total views, 1 views today

Kuala Lumpur Photography Festival 2014 - Mid Valley
Voxscape Mempersembahkan Malaysian Day Acoustic Night

5 Comments on "Lunch Date Sharif Sleeq bersama Bloggers dan Peminat"

  1. Amboi yg tudung kuning tu..kemain lagi sengihnye! haha..

    alaaa..xde sijil halal ke 🙁

  2. untung ler dpt jumpa sharif sleeq….

  3. dari dulu tau yang diorang ada sijil halal tuk pembekal bahan mentah. takpe la, janji pi sana jgn order alcohol sudah la hahahaha
    Uncle Zuan recently posted…Buffet Ramadhan di Kelantan Delights Citta MallMy Profile

  4. dapnye beger tu.. tak pernah lagi makan Johnny Rocket
    nikkhazami recently posted…Sebab Buang Iklan NuffnangMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!