Lorong Seni Seksyen 2 Shah Alam

Pernah masuk lorong-lorong belakang tak? Pada pandangan kita lorong belakang mesti kotor, mesti tempat orang buang sampah, tempat orang jijik, anjing, tikus, lipas, gagak pun banyak itu la lorong belakang yang kita ada. Pada tahun 2013, Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil insentif kawasan yang begitu kotor di seksyen 2 antara dua blok rumah kedai dinaik taraf sebagai lorong seni sekaligus mengangkat sebagai produk pelancongan baru di Selangor. Insetif ini juga dapat mengurangkan aktiviti vandalisme, anak-anak muda yang berbakat dan kreatif boleh jadikan lorong seni sebagai wadah menunjuk bakat yang ada.

Hujung minggu yang lepas, aku menghabiskan masa di sekitar Shah Alam. Selepas pergi Youth Bazaar Fiesta, kami ke lorong seni Seksyen 2 Shah Alam. Petang-petang hujung minggu ramai juga orang terutamanya golongan  remaja datang melawat dan bergambar di lorong seni. Ini la peluang aku nak mengasah bakat belajar menggunakan DSLR. Aku banyak main-main dengan ISO dan focusing. ISO tak boleh tinggi sangat nanti gambar berlawan dengan cahaya persekitaran. Ada dua-tiga gambar yang ok dengan menggunakan ISO 200. Bab focusing aku tak dapat lagi cara nak main..

Antara gambar-gambar yang ok la juga, yang lain semua macam hampeh T_T

P.Ramlee
Mural Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Pendekar Bujang Lapok

Lorong Seni

Lorong Seni  8

Lorong Seni 2
Sect 2 Shout Art
Lorong Seni 3
Jemput Duduk…. hee
Lorong Seni 5
Yang Muda Yang Punya Gaya
Lorong Seni 9
Cepat-cepat Naik Bas! Bas nak gerak dah ni!
Lorong Seni 6
Slurpee 7e
Lorong Seni 10
Ayokk… Kan dah kena rotan dengan Cikgu..

Selain lorong seni Seksyen 2 Shah Alam, Sekyen 7 pun ada lagi sebuah Lorong Seni dibangunkan pada tahun 2014. Dinamakan Lorong Seni Seksyen 7 ini panjangnya 206 meter lebih kurang 400 kaki. Tahniah kepada MBSA berjaya menempatkan untuk remaja melakukan aktiviti yang berfaedah di samping juga selepas membersihkan kawasan ini kekurangan populasi tikus dan lipas kawasan ini bertambah bersih.

Tapi sayang tiada rezeki nak masuk ke lorong seni seksyen 7, kerana hujung minggu orang macam semut parking pun tiada. Dapat tengok daripada luar meriah siap ada busking lagi. Mural yang dilukis pun cantik-cantik. Buat rakan-rakan blogger yang berkesempatan boleh kiranya meluangkan masa lapang ke Lorong Seni Seksyen 2 Shah Alam atau Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam

Lorong Seni Seksyen 2 Shah Alam
Lorong Seni Seksyen 2 Shah Alam

(353)

9,208 total views, 2 views today

Fradoo ABC Special Seksyen 2 Shah Alam
Permainan Baru : DSLR Canon 600d

5 Replies to “Lorong Seni Seksyen 2 Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge