Live Viewing Party Man United vs Man City dibawakan oleh DCODE

dcodefc event

Siapa ada tengok match game Manchester United  lawan Manchester City ahad lepas? Korang tengok kat mana? Tak kan tengok kat rumah depan tv je kot? Kita orang ramai-ramai fans Man United dan Man City berkampung dalam satu bumbung Live Viewing Party #DCodeFC bertempat di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.

Ini pertama kali aku tengok bola secara live di Big Screen Projector. Memang happening betul, kumpul ramai-ramai tengok bola. Event Live Viewing Party mula pada pukul 6.00 petang, so sebelum tunggu match game start pukul 10pm, ada pelbagai game yang boleh main. Daripada game yang kita menang akan dapat peluang cabutan bertuah. Hadiah pula awesome-awesome. Ada Iphone 6, Ipad Mini, ps4 dan banyak lagi hadiah menarik.

Tak sangka ada 7 orang artis  popular buat persembahan pada malam itu. Ada Honey Madu, Dayang Norfaezah, Forteen, Faizal Tahir dan lain-lain.


Paling best Faizal Tahir sangat sporting dengan fans-fans Manchester United. Memang havoc gila, tapi dengar cerita Faizal Tahir fans Liverpool, eh2! macam mana boleh ada pulak malam tu. hehehe

penyokong manchester united

Saat-saat jam pukul 10 malam dinantikan semua penyokong Man United dan Man City dah tak sabar-sabar nak tengok sambil diacarakan oleh DJ Ray Era yang banyak mulut membuat kan event lagi bertambah meriah. Rugi betul siapa tak datang tu.

Bila game start semua diam fokus tengok big screen. dan tiba-tiba diam sekejap tadi dipecahkan dengan jeritan penyokong-penyokong ManU dan ManCity geram apabila sipi-sipi nak gol. Siapa tak geram tengok sikit je lagi nak gol. hahaha

Tapi sayang pada match malam tu draw 0-0. Yang dapat aku kata kan kedua-kedua team sama-sama hebat sampai tiada dapat membolosi gawang gol pihak lawan.

live viewing party

Terus terang aku cakap, aku bukan suka tengok bola, tapi bila event Live Viewing Party yang dianjurkan DCode aku rasa sangat best, meriah dan dapat mengeratkan hubungan dengan orang ramai. Kadang-kadang betul juga sukan dapat mengeratkan hubungan. Takmo gaduh-gaduh ok.

Next time kalau ada event big screen perlawanan bola nak tengok lagi. Jangan lupa jemput ye.! 😀 

(6)

1,112 total views, 1 views today

Seafood dan Steamboat Buffet Bukit Bintang
Undi Top 5 Fashion Videographer

Be the first to comment on "Live Viewing Party Man United vs Man City dibawakan oleh DCODE"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!