Live Update Sepetang Bersama Blogger 2015

Sekarang aku buat live update entry dekat Taman Cabaran, Presint 5 Putrajaya sempena Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2015 yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Event SBB tahun ini merupakan tahun keempat yang dianjurkan. Tahun-tahun sebelum ini event SBB diadakan secara indoor bagi mengumpulkan blogger-blogger dalam Malaysia yang juga turut disertai blogger-blogger Nusantara yang lain. Tahun ini pihak penganjur telah merangka event SBB secara outdoor, tujuan adalah melakukan aktiviti sambil beriadah selain itu dapat mengeratkan hubungan silahturahim sesama blogger baru dan lama.

Seawal jam 8 pagi tadi pendaftaran telah dibuka, aku tango ramai blogger-blogger yang aku kenal dan belum pernah bersua muka telah mendaftar awal. Kami dibahagikan kepada 10 kumpulan, dimana setiap kumpulan mempunyai 8 orang ahli. Tanpa disengajakan aku telah dilantik menjadi ketua kumpulan. Dalam kumpulan aku ni hanya seorang blogger je yang aku kenal, yang lain aku belum kenal lagi. Aku beruntung dalam kumpulan aku ada seorang blogger Indonesia yang sudah 8 tahun dalam menulis blog.

1982258_10155667608135293_3853415355542667809_n

Tugasan kami yang pertama adalah menyusun puzzle, terdapat satu kepingan puzzle yang tiada. Part ini agak mencabar sebab salah seorang ahli kumpulan kami kena memanjat Wall Climbing untuk dapatkan kotak Yeos yang mempunyai kepingan puzzle dan klue seterusnya. Dengan dua kali percubaan ahli kumpulan kami berjaya mendapatkan kepingan puzzle tersebut. Untuk melengkapkan tugasan ini kami kena berselfie bersama puzzle dan pihak penaja Yeo’s Malaysia.

11535701_10204277401607158_6937062474963229101_n

 

Tidak cukup itu kami kena lakukan video dumbmash bersama salah satu pihak penaja samada Yeo’s Malaysia, eQurban, Bakarlah dan banyak lagi. Tapi kami memilih penaja Yeo’s untuk bersama melakukan dumbmash bersama. Agak kelakar jugak lah. huhuhu jemput tengok diatas.

11297749_1124697437556946_9244335_n

Cuba bayangkan beberapa checkpoint yang kena kami tempuhi sepanjang Taman Cabana sebesar 3000 hektar ini. Saat aku menulis entri ini adalah checkhpoint akhir yang perlu menyiapkan entri blog tentang aktiviti kami pada hari ini. Naik bukit, turun bukit jawab soalan-soalan daripada pihak Yeo’s. Fuh! mencabar betul. Tapi kami tetap tabah meneruskan task-task kami, nasib baik kami telah dibekalkan minuman Yeos boleh juga kami membasah tekak.

Bergambar dekat Skatepark
Bergambar dekat Skatepark

Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeos Malaysia

 

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak penaja terutamanya pihak penaja utama Yeo’s Malaysia kerana sudi menaja event SBB kali yang kedua. Kepenatan kami melakukan aktiviti di Taman Cabaran tidak terasa kerana telah dibekalkan dengan pelbagai perasa minum Yeo’s seperti Yeogurt Laichi, Teh Krisantimum, Yeo’s Kundur dan banyak lagi perisa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Paling penting mari lah kita sama-sama menyokong usaha Yeo’s Malaysia beramal bersama Bintang mengumpul dana untuk rumah anak-anak yatim.

11418250_1124697340890289_1464106158_n

Ok lah korang! sampai sini kemaskini aku buat masa ini, aku dan blogger-blogger yang lain sedang enak menikmati kambing biri-biri bakar, ayam bakar dan bermacam-macam makanan yang panas-panas dibakar. Korang mesti terliurkan? Makan bakar-bakar ini semua ditaja oleh BakarLah BBQ n Rental

Terima kasih kepada semua dan salam perkenalan kepada blogger-blogger yang belum mengenali aku. Aku dalam dunia blog ini baru setahun jagung diharapkan pertemuan kita ini berkekalan serta dapat melakukan pelbagai aktiviti demi menaik taraf dunia blogging kita.. Terima kasih kepada pihak penganjur, para-para sponsor serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Diharapkan dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan.

(4)

1,748 total views, 2 views today

Hulubalang Melayu Segamat Bersatu
YES! Shaklee Aku Punya

5 Replies to “Live Update Sepetang Bersama Blogger 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge