Live Band Acoustic di Pak John Steamboat & BBQ

Sejak diperkenal kan makanan steamboat kepada saya, Pak John Steamboat & BBQ dan halim brothers boleh dikatakan isi dan kuku yang sentiasa bersama di setiap sesuapan mulut ke dalam perut. Kini, di Pak John Steamboat & BBQ sambil anda menikmati Pak John Signature Soup, Tomyam and Prawn Soup ditemani persembahan muzik akustik oleh sekumpulan anak muda Voxscape Malaysia.

Tomyam Soup
Tomyam Soup
Prawn Soup
Prawn Soup

Sedang asyik tangan sibuk bermain chopstik membelek-belek daging kambing yang di import terus dari New Zealand betul-betul garing, layan juga halwa telinga di dengarkan muzik-muzik yang slow and steady.

pak_john_tomyam_soup

Gadis melayu berlesung pipit ini dengan gaya mimik muka nya, sesekali akan nampak senyum lesung pipit lekang di pipi menarik perhatian saya ketika giliran nya menyanyi. Jika anda bernasib baik, mungkin pada hari yang anda datang dia ada membuat persembahan akustik menghiburkan semua pelanggan di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ.

syuhada_najuwa_voxscape

syuhada_najuwa

Sudah bercerita panjang ini, lupa nak beritahu yang Live Band Muzik Akustik ini cuma ada di Pak John Steamboat & BBQ outlet eCurve Mutiara Damansara setiap hari minggu Sabtu dan Ahad. Pak John outlet Wangsa Walk, kecil berbanding outlet Pak John di eCurve Mall yang boleh memuatkan 200 orang penuh satu kedai.

blogger_at_pak_john

Pada malam minggu pertama akustik di Pak John eCurve Mall, makan malam saya ditemani bersama rakan-rakan blogger ujie.com, Khudri Halim dan Elana Khong merasai kesedapan serta kelazatan pak john steamboat yang sungguh mengeliurkan lagi-lagi Homemade signature sauce nya.

Signature Sauce

Thai, Belacan, Sweet, Thai Green Chili, Soya, Garlic Chili Sauce dan yang terbaru  Pineapple sauce. Rasa sos terbaru Pineapple sauce ala-ala rasa Pajeri Nenas. Masam-masam manis gitu.

Kepada semua pembaca blog halim brothers dot com, makan malam pada hujung minggu sabtu dan ahad Pak John Steamboat & BBQ cawangan eCurve Mutiara Damansara adalah pilihan terbaik makan steamboat sambil mendengar muzik voxscape entertainment.

Sebelum ini pun saya dah tulis intro tentang voxscape boleh baca di entri Voxscape Mempersembahkan Malaysian Day Acoustic Night

(119)

6,474 total views, 1 views today

Makan Malam Masakan Russia Bersama Kedutaan Russia
Projek Pencarian Nasi Lemak Sedap dan Lazat di Kuala Lumpur dan Selangor

2 Replies to “Live Band Acoustic di Pak John Steamboat & BBQ”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge