Lepaktime Bersama Blogger Kecik Molek

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu yang ke 5 segmen Hai Bloggger! . Siapa blogger minggu kelima? jeng-jeng-jeng…

Dia mengaku yang dia seorang blogger yang kecik molek, dia sendiri mengaku okeh! Hahah sememangnya dia seorang yang kecik molek. hoho

Cer teka-cer teka siapa? Memperkenalkan Tya Salmid @Athirah Carelink.

Tya Salmid Blogger Kecik Molek
Tya Salmid Blogger Kecik Molek

 

Jumaat lepas aku jemput Tya Salmid untuk join segmen Hai Blogger!. Sporting, best orang nya..

Aku rasa kau orang pun dah kenal kot dengan blogger Tya Salmid ini, ah! apa? Belum kenal lagi? Tak apa, aku bawa kan khas ke udara eWana.fm pada hari isnin 6/2 jam 8 malam. Dengarkan apa benda si kecik molek ini nak berceloteh eh? Dia tak keseorangan tau, dia akan bersama blogger ganu Dedeq DE Wishes. (Sekarang berada di KL)

Ini lah dia Dedeq DE Wishes
Ini lah dia Dedeq DE Wishes

Sebelum kita orang sampai di studio / konti eWana.fm untuk buat rekod promo dan segmen, kita orang singgah dulu Halal Kiosk Burger Ramly. Best & sedap dan boleh setanding Burger Mekdi.

Halal Kiost Burger Ramly
Tengok tu sampai 2 bungkus dia punya. hoho

Sampai2 di studio / konti eWana, aku bagi taklimat dan penerangan macam mana segmen Hai Blogger!  untuk on air.

Mula-mula depa test-test suara dalam konti cam malu-malu la sikit, lama-lama dah syok pulak depa berceloteh. Nak tau apa benda yang depa nak berceloteh dan berkongsi kena la dengar www.eWana.fm isnin 6/2 jam 8malam – 9malam. Dalam segmen Hai Blogger! segmen Hai Blogger! tau bukan segmen2 lain tunggu berjanggut pun tak dapat dengar. haha

 

Selepas dah habis buat rakaman, apa lagi sesi bergambar la. 46 orang blogger lagi aku nak bergambor bersama, mana tak nya segmen ini terbuka untuk 50 orang blogger / minggu. Rugi la siapa tak ambil peluang yang ada ini untuk maju setapak di hadapan.

Si kecik molek & ganu

dengan budak kecik molek
Nampak tak? Terpaksa turun sikit nak bergambar.

dengan dedeq

Siapa paling tinggi?
Siapa paling tinggi?

2 jam dalam konti masing-masing perut terasa lapar, so kena la cari makanan kat Wangsa Walk. Ingat nak makan steamboat, sekali tutup pula. Tu yang try makan Subway, harga mak datok. Boleh tahan mahal.. Nak merasa punya pasal beli aje la..

Yum3 dap nya..
Yum3 dap nya..
Peace! Jemput Makan.
Peace! Jemput Makan.
Not Bad laa....
Not Bad laa….

Makan Malam Subway Sponsored by #BrothersMediaNetwork.

Satu lagi nak pesan ini, makan di subway air kena beli asing, add on soft drink RM1, air mineral RM2.50 T_T . Sebab batuk teruk malam tu yang order air mineral, kalau tau baik beli luar je.

———————–

Aku remind semula, segmen Hai Blogger! satu segmen yang di beri peluang oleh Radio eWana.fm pertama kali di Malaysia kepada blogger merasai pengalaman menjadi Dj radio, disebabkan kita ini blogger so DJ Blogger la kan? Segmen ini setiap hari isnin jam 8 malam. Mana-mana blogger yang berminat boleh isi borang di sini (borang belum buka) atau hubungi aku di facebook Halim Brothers. Jika terpilih 3-7 hari sebelum ke udara, kena datang untuk sesi taklimat dan promo. ( Setiap hari isnin atau jumaat)

Objektif dan Sinopsis boleh baca Segmen Hai Blogger! di eWana.fm

 

(816)

8,467 total views, 3 views today

The ballroom Nu Sentral Grand Opening

3 Replies to “Lepaktime Bersama Blogger Kecik Molek”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge