Lembut, Panas, Besar Sate Baung Bandar Baru Bangi

Sate Baung Bandar Baru Bangi
Tengok tu! Berselera aku makan…. ­čśÇ

Sate? Siapa suka makan sate? Angkat tangan? Sate sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. Nak buat apa-apa majlis mesti mau ada sate. Betul tak? Kali ini aku nak memperkenalkan sate yang terkenal di kalangan “ohge Kelate”. Tak lain tak bukan Sate Kampung Baung.

Terima kasih kepada Dj Idris kerana sudi menjemput aku mencuba sendiri keenakan Sate Baung di cawangan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Pada mulanya aku ingat Sate Baung ini sate ikan baung. Rupanya tekaan aku meleset.  Rupa-rupanya  Sate Baung ini mengambil nama sempena sate ini popular akan kesedapannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa Kelantan. Secara jujur, aku suka sate ini. Sate besar-besar lembut, kuah kacang nya umphh! terangkat.

Sate Baung Sedap
Amacam??

Pemilik Sate Baung En Amri memberitahu sate yang dibakar menggunakan bahan-bahan segar, diproses secara tradisional, diadun dengan sebati menggunakan 15 jenis rempah rahsia secara tradisional, kuah yang lazat  membuatkan sate kekal sedap. Berbaloi dengan harga 0.80 sen secucuk.

Wah! Membuatkan aku lagi terkejut, orang dari luar negeri Kelantan jauh-jauh dari KL dan Selangor datang ke Kelantan semata-mata mahu makan Sate Baung.

15 tahun pengalaman operasi perniagaan Sate Baung telah berjaya membuka tiga cawangan di Pengkala Chepa, Pasir Hor Kelantan. Yang menarik nya, kini tidak perlu risau jika mahu merasa kesedapan Sate Baung. Sate Baung telah membuka cawangan pertama mereka di Lembah Kelang yang berada di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Sate Kampung Baung

Jom ramai-ramai orang Kuala Lumpur dan Selangor kita serbu Restoran Sate Kampung Baung di Bandar Baru Bangi. Semoga perniagaan Sate Baung terus sukses.

Update :┬áSaya ada perasan beberapa komen melalui status rakan facebook dan blog saya mengatakan Restaurant Sate Baung lambat mengambil pesanan serta perkhidmatan yang kurang memuaskan.. Diharapkan pihak pengurusan Sate Baung ambil tindakan segera untuk mempercepatkan mengambil pesanan mungkin juga kena menambah bilangan pekerja jika pelanggan ramai datang serbu. Rasa sate dah sedap tapi kalau mengambil pesanan lambat boleh buat mood makan jadi “spoil”..

Restoran Sate Kampung Baung
No. 8-G Jalan 7/1G,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8912 4926 / 012-200 4800 / 019-681 8111
Facebook: Restoran Sate Kampung Baung

——-

Gambar oleh Mohd Rasul.

(517)

12,403 total views, 2 views today

Incoming search terms:

  • sate baung
  • satay baung bangi
Fradoo ABC Special Seksyen 2 Shah Alam
Keenakan makanan Baba Nyonya dan Persembahan Kebudayaan

10 Replies to “Lembut, Panas, Besar Sate Baung Bandar Baru Bangi”

  1. waa. niceee..dekat dengan umah ni. selalu kalau makan satay kat bangi makan kat restoran anugerah seksyen 8 je..nak g hj samuri kajang memang jem memanjang area stadium tuu..kat yus seksyen 4 pon xpower..ada lagi satay 70 sen kat bangi seksyen 7.sedap pulak..memang kena try ni.thanks for the entry.jemput singgah blog setahun jagung saya. ­čÖé

  2. Salam… oh rupanya Sate Baung pun ada di KL ni. Saya… masa di Kota Bharu selalu juga makan Sate Baung. Ia dekat tempat tinggal saya dulu ketika sewa di jln Pengkalan Chepa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge