Lekor Chips Ranggup dan Lazat

Lekor Chips - Original Maruku Ikan

Saya nak memperkenal satu produk baru makanan ringan, Lekor Chips. Produk ini yang telah menarik minat saya untuk tahu lebih lanjut semasa pergi ke Youth Bazaar Fiesta. Nak kata baru tak la baru sangat. Sebab produk ini dah diperkenalkan sejak tahun 2008 lagi dan dah sampai ke Singapura. Entah macam orang Malaysia masih belum kenal lagi akan Lekor Chips. Oleh sebab itu saya ambil pendekatan untuk menghebahkan Lekor Chips ini kepada orang ramai.

Update Terbaru : Lekor Chips datang dalam Pakej Family ( 25 Paket, 70g setiap paket ) cuma RM50 – Beli di sini LekorChips.com

Lekor Chips – Original Maruku Ikan

Original Maruku Ikan

Lekor chips ini merupakan maruku berasaskan ikan buatan khas pengusaha bumiputera dari Tg Piai, Johor. Yang membuat istimewa Lekor Chips ini dihasilkan daripada isi ikan asli dan bukan seperti perisa ikan yang terdapat di pasaran. Hari itu sempat juga saya mencuba snack Lekor Chips, rasa nya ranggup, sedap dan lazat. Sekali cuba tak berhenti. Sesuai sangat orang kata buat makanan kudapan seisi keluarga. Buat masa ini Lekor Chips hanya terdapat dengan perasa original sahaja dan  di dalam nya berisi sebanyak 70gm  dan 500gm.

Memperluaskan Daerah

Stock Lekor Chips

Lekor Chips sedang giat usaha memperluaskan daerah-daerah untuk memperkenalkan kepada orang ramai agar lebih dikenali produk halal toyyiba dan muslim ini. Untuk yang tinggal  di sekitar Klang dan Shah Alam, bekalan Lekor Chips sudah berada di beberapa buah kedai runcit disana, antara :

1. Kedai H.M. Mokhyar di dalam Pasar Jawa Klang
2. Kedai keropok 83 (Tingkat 3F, no 35) di GM Klang
3. Alsihaz Enterprise (Lot 24) di PKNS Shah Alam
4. Majmakmur Enterprise di PKNS Shah Alam

Dan pada masa akan datang pihak mereka akan kemaskini di kawasan berdekatan sana.

Cuba Dulu Baru Tahu!

Nak tahu macam mana rasa Lekor Chips yang sebenar-benarnya? Boleh dapatkan tester dengan mereka yang akan berada di Damansara Street Fest ep3 anjuran Ezam Creative and Communication, bertempat di LG e-Curve Damansara 27 & 28 September ini. Dan juga 28 September di  OMG Fest Part 2, bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Marukku ikan ranggup dan lazat. Sekali rasa tak henti menguyah, untuk yang berminat nak membuat tempahan atau jadi agen boleh hubungi di talian 016-7707712 / 012-2763863 / 016-7151005 atau facebook Lekor Chips Tg Piai

Akhir kata daripada saya : Semoga Lekor Chips menjadi pilihan Snacks Rakyat Malaysia No 1 yang sudah tentu produk Muslim dan Halal Toyyiba

10,453 total views, 1 views today

Giveaway Bengkel Fotografi One-to-One Bernilai RM550 oleh Tarmizi Shukri
Oh-Tshirt Printing t-shirt Murah

4 Replies to “Lekor Chips Ranggup dan Lazat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge