Kunjungan Blogger dalam Rancangan Apa Kata Wanita

Jujur cakap memang jarang dah tengok tv. Sebab sekarang dah banyak mengadap depan laptop je. Bukan kata sekarang 2-3 tahun lepas lagi duk menghadap laptop. Bila buat kerja dekat rumah, tv buka tapi setakat buat dengar je lah. Bunyi setakat ada bunyi je tak ada lah sunyi sangat. Sekali sekali je toleh pandang belakang tengok tv. hehehe.

Korang pernah tak terfikir macam mana proses sebuah rancangan secara langsung berlangsung?  Nak juga tahu macam mana cara dia orang bekerja. Bila dapat jemputan dari RTM untuk slot Apa Kata Wanita sabtu minggu lepas apa lagi kita kasi gather lah seramai blogger yang boleh.

Apa Kata Wanita ini slot bicarawara bersiaran di tv1 setiap sabtu jam 11 pagi – 12 tengah hari. Pada masa itu tajuk adalah tentang usahawan celik. Gigih mencari panelis yang sesuai untuk bersiaran. Nak seorang student blogger buat bisnes online dan lagi seorang pelajar sekolah buat bisnes online.

Student Blogger
Kalau korang masih ingat lagi Lia Omey blogger dan dj radio online kini fokus bisnes online jual perfumes dexandra. Benda ini saya perasan pertengahan tahun ini Lia Omey bermula dengan blogger review. Dah ramai blogger review perfumes dexandra. Daripada itu perfumes dexandara mula membiak. Dalam sesi perkongsian wawancara Lia Omey berkongsi pendapatan selama bisnes perfumes dexandra dapat menghasilkan jualan sebulan sebanyak RM10k. Lagi kata Lia walaupun sekarang tahun akhir di UITM Shah Alam dapat membahagi masa antara study dan bisnesnya.

Pelajar Sekolah
Haffiz Ariffin berumur 14 tahun bersekolah di SMK King George V dari sejak kecil lagi minat bisnes bermula dengan jualan origami pada kawan-kawan dan cikgu. Buat origami tak sesusah mana hanya perlukan bermodalkan kertas dan kemahiran yang berkoskan RM0.20 tetapi dijual dengan harga RM1, RM0.80 untung setiap satu. Wow! itu sudah bagus bagi pelajar sekolah rendah.  Haffiz juga mengikut jejak abangnya Hisyam Arifin selepas melihat kejayaan abangnya bisnes online dengan menjual produk serum rambut coolhijab.

Seorang lagi pelajar sekolah lepas UPSR, Addiena Aswad berumur 12 tahun pelajar perempuan ini lebih cendurung minat tentang kecantikkan. Atas dasar minat itu Addiena berkongsi tips dengan kawan-kawan nya sekaligus menarik minat untuk membeli produk dipromosikan oleh Addiena. Blog Addiena boleh dilayari di Addiena_store.

blogger apkw

blogger malaysia masuk tv
Dalam Bilik Makeup bersama Usahawan Celik Online Haffiz Ariffin dan Student Blogger Lia Omey

Begitu lah cerita nya kami geng-geng blogger datang ke set studio Apa Kata Wanita sebagai penonton tengok secara live pengacara Datin Zamzarina Zambri mengedalikan segmen bicarawara, terselit lah juga lah sikit-sikit muka terpampang dalam tv. hehehe

Nak tengok rakaman ada di sini >> MyKlik RTM

2,165 total views, 1 views today

Vapefest Untuk Badan Amal Bakal Diadakan di Shah Alam Convention Centre
Kini Saya Pengguna Setia Ephyra

4 Replies to “Kunjungan Blogger dalam Rancangan Apa Kata Wanita”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge