Kuala Lumpur Photography Festival 2014 – Mid Valley

Saya baru lagi dalam bidang photo ini. Banyak perkara nak kena belajar. Kebetulan baru-baru ini sehingga 21 September diadakan Kuala Lumpur Photography Festival 2014 yang dianjurkan oleh Foto Grafika – Majalah Fotografi bertempat di Mid Valley. Di dalam event ini mempamerkan pelbagai jenama-jenama popular camera. Sudah tentu event seperti ini menarik minat pro-pro photographer. Camera DSLR yang saya beli untuk kegunaan cover gambar event dan upload di blog. Sebelum saya nak masuki dunia photography ini, member dah pesan “kalau nak main camera, barang mahal-mahal”. Memang betul mahal! Bag camera sahaja dah beratus ringgit. 🙁

Camera saya tu, guna kit lens je buat masa ini, dah alang-alang ada dalam photo festival ini. Saya “try” cabut kit lens saya itu dan masuk kan lens sigma 50mm 1.4 ART. Daripada elok-elok ringan dengan kit lens terus berat lepas pasang lens sigma. Tapi gambar memang betul-betul sharp dan harga pun sharp juga la 😀 hehe..

Lens Sigma
Sigma 50/F1.4

Gambar terus jadi hensem tu.. HAHAHA

Harga pun hensem juga la.. Tengah promosi sempena Kuala Lumpur Photography Festival 2014 cuma RM2828 je….

Jap-jap rileks! Ada lagi yang menarik.  Olympus pun tak mahu mengalah. Canggih Olympus kali ini, hanya touch screen gambar akan auto focusing dan snap. Model Olympus OM-D M5. Tengok gambar bawah dah tahu berkualiti dan harga pun lebih daripada harga DSLR Standart.

Olympus OM-D M5.

 

Kini ku mengerti kenapa harga servis photo dan video mahal, kerana sebab barang-barang camera Mahal…….

8,207 total views, 1 views today

Bloggers Award 2014
Hujung Minggu Di Kuala Lumpur

7 Replies to “Kuala Lumpur Photography Festival 2014 – Mid Valley”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge