Komen Blogger dalam Majalah

 

Sementara tengah panas-panas lagi ni ah.. Dapat masuk komen bergambar secoet dalam majalah Mingguan Wanita. Cerita nya macam ni, bulan lepas akak wartawan Mingguan Wanita minta komen blogger untuk artikel yang akan diterbitkan. Bukan aku seorang je, ada 2 orang lagi blogger bagi komen Ayue Idris dengan Hanna Sytieh.

komen blogger dalam majalah

Soalan yang dibagi macam ini :

Blogging dah jadi trend anak muda masa kini. Bagaimana anda melihat perkembangan ini?

Aku dengan jawapan bernas nya beri komen. Bla… bla.. bla…

Hari saban hari, aku pun dah lupa pasal ni. Nak tanya akak wartawan tu komen kitaorang keluar isu berapa, asyik lupa. Tup-tup Ayue upload gambar kat facebook. Gelak-gelak bila tengok gambar masuk Mingguan Wanita, pun boleh. Mana lah tahu lepas ni boleh masuk Mingguan Lelaki ke? eh! hahaha

Artikel yang ditulis berkenaan Blogging Antara Minat dan Duit. Menarik juga artikel yang dibincangkan bersama Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Falkulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Syed Agil Alsagoff.

Komen Blogger dalam Majalah

Komen yang aku berikan

Komen kitaorang ni masuk Mingguan Wanita isu 1634. Kalau korang berminat nak baca lebih lanjut tentang artikel ni cer tengok kedai-kedai buku ada jual lagi tak? Sebab Mingguan Wanita ni keluar setiap minggu. Tapi haritu aku beli kat kedai buku ada lagi isu mingu lepas.

Dengan tak semena-semena berita ni sampai ke paparazi masuk dalam Blog Retis kau… hahahaha

Nah baca kat sini – 3 Blogger Kongsi Pendapat Dalam Mingguan Wanita

Btw, thanks akak reporter MW kerana telah memuatkan komen bergambar kitaorang.

Kalau ada mana-mana majalah nak komen kitaorang, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Seronok juga muka masuk majalah. 😀

(0)

1,637 total views, 1 views today

Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15
Jom Join Bengkel Grafik Hero

4 Comments on "Komen Blogger dalam Majalah"

  1. wahhh untunglah dpt masuk majalah, boleh jad motivasi utk terus bgiat aktif dlm dunia blog…
    apa2 pun tahniah!

  2. power lah awak ni.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!